Pages

Blog Paling Popular-apa dan kenapa?

Assalamualaikum…
Semalam aku belek-belek laman blog yang paling popular, antaranya laman blog Mahathir, laman blog Afdlin Shauki, dan Yvoon Foong, sebanyak 70 blog yang paling polular, dan yang paling di atas adalah sebuah laman blog berbentuk politik, aku pun lupa nama blog nye..korang searchla sendiri kalau nak tau…taip je popular blog in Malaysia…ada la keluar….

Yang menariknye, aku tengok ada blog yang popular tu, design dan rekabentuknye biasa je..takde background, memang asli blog tu…takde tokok tambah sepertimana yang di buat oleh sesetengah dari kita, namun blog ini dikunjungi beratus ribu orang…

Yang menariknye…blog itu bukanlah blog marketing namun lebih kepada blog kontroversi, cakap-cakap politik, senang cerita blog tu memang menceritakan suasana politik Malaysia.
Sebenarnya tujuan aku mencari blog yang paling polular adalah kerana, aku nak tengok sejauh mana peranan marketing, bisnes internet dalam blog, namun aku tak jumpa pun blog yang promote bisnes yang popular yang mempromosikan produk bisnes. Dari senarai 70 blog tu, aku tertarik juga satu blog yang 5 paling popular yakni blog yvoon Foong, lebih kurang lah namanya, perempuan ne menghidapi penyakit dan berusaha melawan penyakitnya, setiap bulan kena buat pemeriksaan dan surgery, dan dalam blog itu ada di letakkan kotak bagi sesiapan yang ingin menderma bagi keperluan sakitnya, blog ini juga menempatkan pendapat-pendapat tentang ilmu perubatan masa kini. Itu je lah aku jumpa blog yang bebas dari unsur politik, yang lain, artis punye blog lah.

Lupa aku nak bangitau, yang blog politik yang ranking No 1 tu, aku baca dia punya tulisan, dia cakap inilah last tulisan dia, sebab lepas tu blog tu nak di matikan atas sebab-sebab, orang menggunakan pendapat dia untuk menghentam peribadi individu, sama ada pihak pembangkang atau pihak kerajaan.

Wow…tulisan nye memang bagus, namun terpaksa dimatikan sebab perkara sebegini, yang bestnye kita tak tau siapa penulis blog itu, yg nyata kawan kawan terdekat dia je tau. Ada juga yang menyembunyikan identity diri dalam blog ek…aku pun nak sembunyikan diri lah….
Berlainan suasana kalau kita search popular blog dalam the web, td dalam Malaysia je…mengikut apa yang aku tengok, tak caya tengok sendiri, ada satu blog paling popular adalah blog merekabentuk rumah, design di dalam rumag, clip apa ntah namanye…cliphouse kalau tak silap…kalau silap..lu fikir la sendiri. Em…blog ini menempatkan gambar-gambar ruang rumah dan bilik bilik yang boleh direkabentuk…tengok tak perbezaannya, di Malaysia blog apa yang popular, di Negara lain, blog apa yang dikunjungi ramai orang. Berbeza kan..memang berbeza….(iklan FAB –serbuk pencuci)....kenapa dan mengapa? Lu fikir la sendiri..(pinjam Nabil punye)

Em..oklah..kalau aku ada masa aku nak buat research..kenapa ramai sangat dapat A dalam ujian besar peperiksaan di Malaysia, aku dengar standard penilaian diturunkan mengikut kementerian, kalau dia nak tahun ni dia nak 70 % kelulusan, dia banyakkan A, kalau dia nak 80 % kelulusan di banyakkan lagi AAAAA… benarkah begitu..jadi siapa yang tertipu kalau benar..Tipah tertipu…ibu bapa..pelajar…atau kementerian sendiri yang menipu diri?....emmm..alahai pendidikan Malaysia…dalam diam aku mencintaimu……ish..ish…

4.29 pm, 29 Mei 2009
Jalan Laksamana Cheng Ho. Batu 2 setengah.
Sebelah MAYBANK. Kuching.

0 ulasan: