Pages

Showing posts with label Trosor. Show all posts
Showing posts with label Trosor. Show all posts

Perjalananku 11 Jun 2009



Kesesakan di Kaunter Check In Air Asia (Kuching Internatioanl Airport)...ketika aku hendak berangkat ke LCCT.

Assalamualaikum..


Tak sampai 2 hari aku di Negeri Perak, dalam masa sesuntuk itu, ada banyak perkara yang perlu di buat dan dipastikan kesiapannya, namun ada juga yang terlepas dan tak terbuat. Mengejar hari esok yang akan menjelma, aku akan pulang ke negeri tumpah darahku.


Pelbagai isu yang ada di Perak, yang mungkin tak keluar di dada akhbar atau di media massa, hanya yang berada di sini mungkin mengetahuinya, selain isu dua menteri besar yang masih menghantui Perak, isu lain yang tak kurang serius adalah berlaku rusuhan kaum di Perak, sama ada ini khabar angin atau tidak, ramai yang di Perak berkata Polis telah mengetatkan pintu masuk ke Taiping kerana telah berlaku rusuhan kaum di sana, sampailah di kuala Kangsar, dikatakan telah berlaku pembunuhan seorang melayu dan dua orang India di kuala Kangsar….


Itu isu di Perak, kita tinggalkan isu itu, biar orang Perak yang menyelesaikannya, biar pihak yang berwajib menguruskan isu itu dengan bijaksana dan hikmah. Emm…aku hari ini sempat ke Ipoh, jalan-jalan ke Kamdar dan Jaya Jusco Ipoh. Singgah ke Kamdar, tidak lain tidak bukan untuk membeli kain buat hari Raya bersama isteriku. Konon, nak warna sama, em..biasa lah..semua orang biasa dengan keadaan begitu, warna sama, makan sama..tido pun sama. Kami juga sempat menjelajahi Jaya Jusco, masuk masuk je pintu utama JJ, kami di ‘promosikan’ oleh MPH Book yang membuat diskaun harga buku buku mereka di ruang legar tingkat bawah. Aku pun membawa isteriku melihat-lihat buku tersebut, 20 % untuk yang ada kad keahlian MPH dan 15% untuk yang bukan ahli. Menarik jugak buku buku kat situ, yelah memang buku tu ada kat Kuching, namun harganya mahal sikit dari semenanjung. Aku dan isteriku membeli 5 buku dan satu majalah, buku tersebut bertajuk 501 Persoalan Fikah Wanita, Rahsia Jutawan Ebay, Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan,Setengah Berisi Setengah Kosong dan Eksperimen Sains di Belakang Rumah, manakala majalah Solusi menjadi pilihanku. Aku tidaklah mahu memceritakan betapa bagusnya sesebuah buku itu, sebab bagi ‘peminat’ buku, pergi ke kedai buku umpama pergi ke syurga ilmu, rasa ghairah tengok buku, rasa seronok bila di samping buku dan pelbagai rasa lagi bersangkutan bagi memiliku buku-buku yang ada di situ. Seronok mendampingi buku umpama seronok bersama teman seperjuangan atau mungkin lebih seronok. Lupakan kisah itu, yang aku nak sampaikan ialah aku telah dapat berjimat jika membeli buku-buku di sini, penjimatan aku sebanyak RM 2-3 untuk setiap buku, apa lagi MPH membuat diskaun, lagi banyak dapat berjimat. Kalau dikira mengikut matematik mudah, andai satu buku aku dapat jimat RM 3, maka 5 buku aku dah jimat RM 15, ini tak termasuk kiraan harga buku di Sarawak dan di Semenanjung yang kira-kira beza harga RM2. Kesimpulannya aku dah jimat RM2 untuk setiap buku kerana aku membelinya di sini. Kalau dikira-kira aku dah jimat RM 10 ditambah dengan RM 15, aku dah jimat RM25, em..puas hati aku, kalau ada rezeeki lebih tadi nak gak aku borong novel-novel pahlawan-pahlawan Islam kat sana tadi, apakan daya, itu saja budget yang ada, semua buku tu dah hampir mencecah RM 100.

11 Jun 2009, Trosor, Perak.