Pages

Baiknya Wanita!


tulisan ini tidak mencerminkan pandangan peribadi penulis. Allah memuliakan wanita dengan terbitnya surah an-nisa', namun lelaki juga di berikan kebertangungjawaban terhadap kemampuan yang mampu di buat oleh lelaki.

Bisnes tidak mudah, namun tidaklah sukar !

Gambar 3

Gambar 2

Gambar 1




Pembaca budiman sekalian.

Kali ini, kita nak melanjutkan perbincangan tentang perniagaan. Jika kita sebut perniagaan, ia tidak boleh lari dari perniagaan yang di promosikan dalam internet.

Perniagaan pada masa sekarang ini memerlukan internet sebagai medium promosi dan marketing.
Ini adalah unsur penting dalam perniagaan tanpa batasan.

Malangnya, tidak semua yang tahu dan benar-benar faham bagaimana hendak mempromosikan produk/aset dalam internet agar ia benar benar berkesan dan efektif.

Kita akan ceritakan sedikit kelemahan yang ketara yang sebenarnya perkara ini 'simple' sangat, yang kita boleh elakkan dan hindari.

Gambar Produk

Cuba anda lihat gambar 1 di atas, pemilik mempromosikan homestay sebagai tempat pilihan menginap, tetapi, kita lihat gambar yang di ambil tidak mencerminkan dia mahukan pelanggan menginap di homestay nya. Dengan gambar berpagar, maka siapakah yang tertarik untuk menginap di homestay nya?

Lihat pula gambar 3, kemasan pada tilam dan katil menampakkan ketidakselesaan kepada yang hendak menginap. Inikah gambaran yang hendak kita berikan kepada pelanggan kita?

Bezakan dengan gambar 2 di atas, kelihatan biliknya di kemaskan dengan cadar dan tilam yang menarik, teknik gambar pun di ambik secara teratur. Jika anda sebagai pelanggan, dengan harga yang sama, mana satu pilihan hati anda? Jika gambar 2, anda boleh terus ke http://bestwaykuchingtour.blogspot.com utk menempah homestay ini, link http://bestwaykuchingtour.blogspot.com/2011/03/pakej-homestay.html

Sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang wajar kita pertimbangkan dalam meletak gambar dan mempromosikan produk anda di dalam laman internet. Salah satu nya adalah gambaran yang betul, menarik untuk produk yang kita jual.

Bisnes tidaklah mudah, namun tidaklah sukar seperti yang kita sangka! tak begitu kawan-kawan ?

sharing si caring !

Selamat berjaya !

Penulis adalah
Pengurus Lamankeklapis
Penulis di linkpantas






TIPS BISNES On_LINE

TIPS BISNES ON-LINE

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menuju TAQWA..kerana itulah matlamat utama puasa...mendidik, mentarbiah diri utk menjadi hamba BERTAQWA...

Sebelum saya pergi jauh, izinkan saya untuk memohon maaf atas jarang sekali utk update di blog ini, selain sibok dengan kerja semasa, saya juga terlibat dalam MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE SARAWAK...majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi menambahbaik aktiviti aktiviti HIDAYAH CENTRE SARAWAK yang berfungsi sebagai pusat sokongan SAUDARA BARU...mereka adalah saudara kita....utk maklumat lanjut sila layari http://miphcsarawak.blogspot.com

Perkara Kedua - TIPS ON-LINE BUSINESS



Saya bukanlah sehebat Irfan khairi utk menceritakan tips sehebat Irfan Khairi, namun percayalah, anda tidak mungkin menjadi Irfan Khairi kerana watak dan kekuatan manusia itu berlainan, apa yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana anda menggunakan kekuatan anda itu untuk menjadi usahawan ON-LINE..

ketika saya berkursus usahawan, saya cuba selindungkan profil saya, saya tidak berminat dengan 'sijil lulusan U' saya..saya hadir di Kurus Usahawan utk belajar seperti juga mereka...maka saya cuba sedaya upaya merahsiakannya...saya hanya mempromosi apa yang saya buat sebagai on line business, ramai yang terkejut dan 'kagum' dengan saya apabila melihat blog lamankeklapis saya, namun kekaguman mereka tidak menyebabkan saya melayang di awangan..Saya juga bercerita dengan mereka, saya pernah mencapai hasil jualan RM 20 ribu dalam masa 3 bulan....apabila mereka melihat blog lamankeklapis yang saya buat sendiri..mereka kagum (kerana saya bukanlah latarbelakang IT dan computer)...

Saya mempelajari buat blog dll yang bersangkutan hanya dengan belajar sendiri..belajar dari guru saya..guru saya pada masa itu adalah internet...seperti mana yang kita faham..internet adalah segala-galanya dalam dunia global..anda boleh duduk di US dan menganggu sistem yang berada di seluruh dunia...tidakkah itu ajaib?...Internet memiliki segala-galanya tetapi ia juga mempunyai kelemahan sesuai dengan batas manusia...

Berbalik dengan cerita asal..lamankeklapis.blogspot saya di lawati lebih 30 lebih sehari...dan kadangkadang sehingga 70 sehari...ambil sahaja 30 sehari..dalam sebulan (tolak sabtu dan ahad)...bulanan lebih kurang 30 x 20 hari = 600 pengunjung sehari...kalau kedai 'fizikal'...600 sebulan adalah sesuatu yang cukup menyesakkan kedai runcit anda ! Ini sebenarnya yang berlaku dalam perniagaan internet...ini sebenarnya yang berlaku dalam ruang seorang yang bergelar pengurus usahawan ON-LINE...anda di mana?

Oleh kerana ramainya yang mengunjungi blog anda dalam sehari..anda pasti tidak mahu mereka berlalu sahaja tanpa membeli produk anda..Betul?...inilah yang di harapkan oleh anda bukan?

Seorang pernah bertanya saya, bagaimana membuat pengunjung membeli produk mereka dalam blog mereka...bagaimana anda rasa?

Hari ini, saya akan kongsikan pengalaman ini (sebenarnya saya ingin membuat perkongsian dalam e-book- namun nampak gayanya keterbasan masa tidak mengizinkan)...ramai orang boleh buat blog dengan baik..ramai orang boleh paste pelbagai widget dalam blog mereka..tidak cukup denga itu...tambah lagi dengan lagu...tambah warna-warni...tambah burung yang terbang..tambah kartun widget....dan akhirnya hanya menjual tudung....

Sebagai pengunjung yang mencari tudung....mereka bukannya nak tgk widget anda yang banyak tu.mereka bukan nak belajar buat blog..mereka cuma datang nak membeli tudung....bukan nak dengar lagu yang anda pasang pada blog anda...betul tak?..maka, kenapa anda letak semua widget ini yang melampau-lampau sedangkan anda menjual tudung?...satu lagi kelemahan adalah, internet di malaysia tidak sebaik luar negara...dengan banyaknya widget anda akan melembapkan capaian..akhirnya pelanggan akan lari...inikah yang anda mahu? Tentu tidak bukan?

FRIENDLY..



Apa yang ingin saya jelaskan...blog anda mestilah 'mesra'..dan mudah..tidak menyakitkan mata...dan ada form utk membeli sepertimana yang saya pernah ceritakan dulu...Bayangkan, jika kedai fizikal...kita melayani mereka dengan kasar..adakah mereka akan datang semula?...begitu juga dengan blog kedai kita...kita kena wujudkan rasa mesra dan indah bersama pengunjung internet kita...tanpanya kita akan gagal dalam melayani pelanggan yang berpotensi kita...

Itulah tips untuk kali ini yang ingin saya kongsikan..terdetik nak menulis apabila ada beberapa orang yang 'hello' di bahagian shoutmix lamankeklapis saya...tapi apabila di terjah blog nya..amat mengecewakan...mungkinkah saya antara pembeli yang berpotensi membeli produk anda, namun atas kegagalan blog anda 'melayani' saya dengan baik..saya terus tutup blog anda...

Mari berubah..jika betul-betul mahu menjadi usahawan on -line...baca dan terus baca...tentang bisnes on-line...

Sekian utk kali ini...

BAHTIAR MAHIDIN
PENGURUS LAMANAKTIF.BLOGSPOT.COM
merangkap PENGURUS LAMANKEKLAPIS

selamat berpuasa...

3.30 ptg, 9 Ramadhan 1434..