Pages

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Bisnes tidak mudah, namun tidaklah sukar !

Gambar 3

Gambar 2

Gambar 1




Pembaca budiman sekalian.

Kali ini, kita nak melanjutkan perbincangan tentang perniagaan. Jika kita sebut perniagaan, ia tidak boleh lari dari perniagaan yang di promosikan dalam internet.

Perniagaan pada masa sekarang ini memerlukan internet sebagai medium promosi dan marketing.
Ini adalah unsur penting dalam perniagaan tanpa batasan.

Malangnya, tidak semua yang tahu dan benar-benar faham bagaimana hendak mempromosikan produk/aset dalam internet agar ia benar benar berkesan dan efektif.

Kita akan ceritakan sedikit kelemahan yang ketara yang sebenarnya perkara ini 'simple' sangat, yang kita boleh elakkan dan hindari.

Gambar Produk

Cuba anda lihat gambar 1 di atas, pemilik mempromosikan homestay sebagai tempat pilihan menginap, tetapi, kita lihat gambar yang di ambil tidak mencerminkan dia mahukan pelanggan menginap di homestay nya. Dengan gambar berpagar, maka siapakah yang tertarik untuk menginap di homestay nya?

Lihat pula gambar 3, kemasan pada tilam dan katil menampakkan ketidakselesaan kepada yang hendak menginap. Inikah gambaran yang hendak kita berikan kepada pelanggan kita?

Bezakan dengan gambar 2 di atas, kelihatan biliknya di kemaskan dengan cadar dan tilam yang menarik, teknik gambar pun di ambik secara teratur. Jika anda sebagai pelanggan, dengan harga yang sama, mana satu pilihan hati anda? Jika gambar 2, anda boleh terus ke http://bestwaykuchingtour.blogspot.com utk menempah homestay ini, link http://bestwaykuchingtour.blogspot.com/2011/03/pakej-homestay.html

Sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang wajar kita pertimbangkan dalam meletak gambar dan mempromosikan produk anda di dalam laman internet. Salah satu nya adalah gambaran yang betul, menarik untuk produk yang kita jual.

Bisnes tidaklah mudah, namun tidaklah sukar seperti yang kita sangka! tak begitu kawan-kawan ?

sharing si caring !

Selamat berjaya !

Penulis adalah
Pengurus Lamankeklapis
Penulis di linkpantas






flash BANNER

hari ne aku belajar buat flash banner..emm...syukur...

kek lapis


flash banner kek lapis

ne lah hasilnya...


Sambung lagi cerita kita...hari ne saya nak kongsi ilmu sedikit..mudahan dengan perkongsian ini ada manfaatnya bersama...

1. Untuk membuat flash banner sendiri, sila download Photoscape...anda boleh download di download.cnet.com...cari photoscape...

2. lepas anda download...sila install macam biasa....

3. dah install..buka lah macam biasa....di atas tu ada tab editor...sila klik pada tag editor....

4. cari gambar yang anda hendak jadikan background....

5. buat font..dan cari aplikasi yang best best untuk flash anda...

6. buat 3-4 (bergantung)...gambar/gif pic....contoh macam di atas...saya mula mula buat KEK LAPIS SARAWAK..ne gambar 1 (SAVE)...PELBAGAI WARNA, RASA dan PILIHAN ..ne gambar 2 (SAVE)..dan seterusnya....

7. dah SAVE 3 Gambar?...ok seterusnya..pergi ke tab AniGIF kat atas tu...jumpa tak?..tak jumpa, sila telefon bomba k...

8. crop ketiga tiga imej tadi ke dalam ruangan...

9. set kan masa dan pelbagai lagi anda boleh buat...

10. jgn lupa photobucket...ini untuk hosting (betul ker) flash banner anda....biasa biasakan dgn photobucket...

selamat BERAMAL...........tahniah anda berjaya belajar sesuatu yang baru hari ini...

Part time Bisnes..




Sebahagian Kek Lapis yang sudah pun dihantar kepada orang yang menempahnya di Perak.

Salam..

Sesampai aku pada pukul 6 pagi lebih di rumah bapa mertua ku, aku lena sekejap di rumah sebelum ke rumah kawan isteriku untuk menghantar kek lapis dan kain pua kumbu, sebelah petangnya pula kami sekali lagi ke Kuala Kangsar untuk menghantar Kek Lapis kerana kawan yang seorang ne, dia berada di rumah selepas asar, jadi kami pun pergi lagi ke KK memandangkan kami dah berjanji untuk berjumpa selepas asar. Sesampai di rumahnya, kami pun masuk ke rumahnya setelah dipelawa masuk, kalau tak pelawa takkan nak masuk terus. Dia bersama suaminya yang juga seorang cikgu dan anaknya yg berumur 6 tahun setengah. Isteriku ini boleh tahan jugak bersembang, sembang punye sembang, suaminya datang, suaminya juga seorang cikgu, aku sempat bertanya khabar dan bertukar cerita dengan suaminya, daripada cerita itu, aku mengetahui suaminya mengajo’ (loghat perak) orang asli di pedalaman kampong Sg Siput, aku tak tau pun ada orang asli yang tinggal di hulu kampong ini. Dia bercerita jalan tu ke sekolah tu tak leh naik kereta, jadi dia naik moto ke sana dan singgah ke rumah kawan nya di sana untuk menukar motonya ke moto scrambler, wow cikgu ke sekolah naik scrambler(betul ker ejaan aku?)…teringat juga aku kisah cikgu yang merangkap kawanku yang naik bot ke seberang sungai untuk mengajo di seberang sana, yang ngerinya, pagi-pagi bila air surut, si buaya ramai-ramai mempamirkan tubuhnya yang seksi bersidai di pinggir sungai tu..em..ngerikan.



Besar pengorbanan cikgu dan luas pemandangan mereka, sanggup sebegitu dalam mendidik anak bangsa, mudah-mudahan mereka dengan tulus mengajo bukan semata-mata kerana di ‘anugerahkan’ dengan gaji yang besar baru sanggup melakukan rutin harian yang mencabar seperti itu. Aku ucapkan tahniah kepada guru-guru yang sebegini. Merekalah guru untuk generasi akan datang.



Kita tinggalkan kisah tersebut berlalu , sepertimana berlalunya rutin harian seorang guru. Aku kembali menceritakan tentang bisnes part time aku di sini, menjual kek lapis, sebahagian gambar Kek yang aku ambik untuk di hantar dengan orang tengah, dan orang tengah ini diberikan komisen jika orang yang order atas nama dia. Sekurang-kurangnya dapat juga keuntungan kek lapis ini membantu dan menambahkan pendapatan yang sedia ada, ketika perlukan duit dalam masa kecemasan. Itulah yang berlaku pada aku, duit keuntungan Kek aku gunakan ketika aku dalam keadaan kecemasan dan tika ‘menunggu’ hujung bulan.
Biasa begitulah rakyat kebiasaannya, menunggu hujung bulan, menanti hujung bulan…bulan je tak tiba ke riba mereka. Inilah yang hendak aku ubah dalah diriku, aku tidak mahu ‘bergantung’ dengan keadaan ini, biar kita ada sesuatu yang dapat memutar keadaan kebiasaan itu. Aku nak menjadikan diri ini luar biasa, biar jalan yang tidak dilalui oleh orang kebanyakkan, biar aku seorang yang melalui jalan itu agar aku dapat menjadi orang berharta pada jiwa dan kebebasan berkerjaya pada yang aku minat. Aku pasti betapa ramai yang diluar sana, mengimpikan perkara yang sama, kebebasan kewangan, membeli tanpa had, menginfaq tanpa bicara, melakukan dengan rela hati….em..kita boleh jika berusaha dengan cara yang luar biasa, kita dapat jika berfikir secara positif, kita mampu jika punya visi dan matlamat untuk mengubah diri kita sendiri.



Maka atas sebab itu, aku membeli buku yang berkaitan dengan tujuanku, agar aku dapat memahami dengan sempurana apa yang aku inginkan, supaya aku bergerak dan berbuat atas landasan ilmu dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Jom, kawan kawan, kita berubah..Hari ini mesti lebih dari hari semalam, kalau hari ini kita dapat solat maghrib berjemaah, esok kita dapat 2 kali solat berjemaah, kalau hari ini kita bertasbih satu kali, esok kita bertasbih 3 kali, kalau hari ini kita mendapat pendapatan RM 2000, esok kita akan dapat RM 3000 sebulan, kalau hari ini kita tidak solah, esok kita akan solat , kalau hari ini kita membaca satu halaman Al Quran, esok kita gandakan 2 halaman. Kita boleh jika kita mahu, sebaliknya kita gagal kerana hati kita sudahpun ‘berpendapat’ sebegitu! JOM BERUBAH dari segenap segi untuk keredhaanNYA!



9.18 Malam, 11 Jun 2009
104 A, Trosor, Sg Siput(U)
31000, Perak.