Pages

Showing posts with label tauhid. Show all posts
Showing posts with label tauhid. Show all posts

Pemerintah Berjaya 'sekularkan' masyarakat!



Pelbagai manusia mencetuskan pelbagai warna-warna kehidupan. Warna yang baik adalah hasil dari didikan dan kualitinya pewarna yang di gunakan, sedangkan warna yang kurang menarik adalah terjemahan dari dangkalnya ilmu dan pengetahuan. Namun, warna ini bersifat subjektif sepertimana lukisan, ada yang melihat abstrak itu indah, ada yang melihatnya biasa. Tapi asasnya tetap pada warna-warna yang mencerminkan pada satu, yakni fitrah. Fitrah tidak subjektif, ia objektif. Jika kita sebut fitrah, semua manusia mempunyai fitrah. Contohnya rasa ber’tuhan’, semua manusia mempunyai rasa ber’tuhan’. Ketika zaman dahulu, sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, tempoh ketiadaan Nabi (maksudnya tempoh lama ketika wahyu tidak turun ) adalah tempoh yang panjang. Ketika tempoh yang panjang ini, manusia pada waktu itu menyisihkan warna bersih para Nabi dahulu kepada kegelapan cahaya atas dasar fitrah mereka ber’tuhan’. Apabila mereka melihat matahari, mereka merasakan ianya ‘tuhan’ kerana ia berkuasa menerangi alam, apabila malam menjelma, bulan pula di jadikan ‘tuhan’. Lalu kadang-kadang di ukirkan lukisan bulan itu bersama-sama dengan ‘binatang’ gelap utk melengkapkan kekuasaan ‘tuhan’ itu untuk menjadi bahan sembahan. Perkara ini terjadi kerana adanya fitrah untuk menyembah dan rasa ber’tuhan’.

Manusia tidak mungkin hidup tanpa Tuhan, tidak mungkin hidup tanpa mempunyai fitrah menyembah, sebab itu manusia di seluruh dunia mempunyai agama walaupun bukan dari agama yang benar (agama samawi). Rasa beragama itu lahir sebab adanya fitrah . Allah berfirman : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka:"Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab:"Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah), (QS. 43:87)

Allah jadikan agama sebagai addin. Addin adalah cara hidup, cara bagaimana menjalani hidup, cara bagaimana berfikir selari dengan agama, cara bagaimana makan dan minum, cara bagaimana menjalani jimak, cara bagaimana untuk beriabadah, cara bagaimana untuk kerja dan seluruh lingkup hidup manusia dari undang-undang, politik, sosial dan ekonomi. Itulah addin. Itulah Islam. Ia bukan hanya ada di masjid tapi ia ada di mana-mana.

Melayu itu bangsa. Bangsa Melayu. Org Melayu semestinya Islam, dan Islam itu tidak semestinya melayu. Melayu wajib mengikuti Islam dan bukannya Islam mengikuti melayu. Melayu itu bangsa padahal Islam itu agama. Islam tidak mencegah untuk menguatkan bangsa, namun kekuatan bangsa itu harus di tunjangi Islam. Jika kita sebut bangsa, kita mungkin memikirkan hanya bangsa Melayu atau bangsa bangsa lain, namun jika kita lihat dari sempadan yang lebih luas, kita boleh melihat ‘bangsa Islam’. Siapa bangsa Islam?...bukankah tadi penulis menyatakan Islam itu agama, dan bangsa itu melayu? Lupakan tentang definisi kamus dewan tentang takrifan bangsa. Apa yang kita hendak sampaikan, Islam itu luas sehinggakan tiada di batasi bangsa, tiada di batasi geografi, tiada di batasi adat, malah ia lebih global daripada itu. Bangsa Islam ada di mana mana…di dalam Al Quran di sebut “Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)persaudaraan ini lah lambang bangsa Islam bukannya bangsa melayu atau lain lain.

Bila kita membataskan bangsa dengan dan mengikatnya kuat dalam dada kita (sehingga sanggup berjuang tanpa mendasari agama) maka, kita akan ‘membebaskan’ diri dari ikatan yang Allah firmankan dalam surah di atas. Apabila ini terjadi, golongan sebegini akan nampak ‘bangsa’ bukannya persaudaraan Islam, sabda Nabi SAW..assabiyyah

Perikatan asabiyah ini sudah ada di zaman Nabi

Maka, Islam tidak menolak terus sifat bangsa, namun jika ia melampaui batas tanpa di dasari dan ditunjangi Islam, pada saat inilah Islam menolaknya. Sesuatu bangsa boleh mulia dengan Islam, dan boleh menjadi hina jika meninggalkan Islam, bukannya menjadi mulia kerana di lahirkan sebagai bangsa melayu!

Sewajarnya melayu yang dilahirkan Islam mengikuti dengan baik addin Islam. Melayu tidak boleh tidak memisahkan Islam dalam hidup mereka. Jika ia cuba memisahkan, mereka inilah yang di katakan melayu sekular atau lebih teruk lagi melayu yang tersasar dari Islam. Sekular dalam bahasa mudah memisahkan agama dari hidup. Menjadikan Islam itu berpisah-pisah dalam lapangan politik, ekonomi, sosial dll adalah pemikiran sekular. Seperti yang di fahami, Islam bukan sebegitu. Ia adalah ruang lingkup segenap segi, baru ia akan di lihat indah.

Keindahan Islam tidak dapat dilihat pada peribadi seseorang kecuali peribadi junjungan Nabi SAW. Adapun sesetengah orang yang alim, keindahan Islam ada di situ walaupun tidak sepenuhnya. Maka, tidak boleh tidak, jika seorang alim, ugamawan atau selain nya membuat akhlak buruk yang bukan dari Islam, maka kita tidak perlu menjadikannya contoh seorang mukmin. Tidak perlu, apa yang kita ambik dari nya dalah ahklak yang bersumber dari Islam, jika dia melencong dari ini, maka ia tertolak.

Ada sebahagian golongan memahami ‘keburukan’ Islam dari tingkah laku ulama’. Ulama’ tidak maksum, mereka juga berdosa, namun jika mereka salah, itu bukan merupakan sebahagian dari Islam. Sebagaimana biasa, kesalahan dan dosa selalunya membawa kepada kebaikan (menjadikan manusia itu lebih baik dan bernilai) Ini terjadi dengan taubat, kembali kepada Islam dan penyesalan terhadap dosa dosa.

Sebahagian golongan tidak memahami Islam sebagaimana di fahami ulama’ tersebut lebih lebih lagi orang awam atau masyarakat. Apabila ulama’ berbicara, mereka bercakap dengan kefahaman ilmu yang mereka ada, sedangkan masyarakat juga bercakap namun berpandukan ilmu cetek yang ada pada mereka. Ada yang betul memahami sirah Nabi namun, dalam bab-bab lain mereka tidak begitu mahir sehinggakan pendapat ulama’ di tolak sebegitu sahaja. Apa lagi yang hanya mempunyai secebis ilmu, lalu dengan mudah menyatakan ulama’ ini sesat dll. Ini adalah kejahilan yang nyata, bercakap tanpa ilmu dan memberi pendapat dengan menggunakan akal semata-mata.

Ini di burukkan lagi dengan peranan media yang kita sedia maklum, memutarbelitkan fakta, dan kadang-kadang sesuatu berita yang kecil di besar-besarkan, di ‘aib-aib’kan sebegitu rupa. Ini lah yang terjadi di dalam masyarakat seterusnya pendengar-pendengar yang hanya mendengar dari sebelah pihak dan membuta tuli akan terus menerima tanpa soal bicara. Ini di katakan buta taklid zaman moden, (jika boleh di katakan moden!)

Saudara sekalian, ini berlaku di dalam masyarakat kita, apabila kurang ilmu dan kurang membaca. Kita dengar sesuatu berita dan kita ‘mengimani’ berita tersebut. Ini berlawan dengan apa yang di firmankan ALLAH…WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik 

membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah

kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas

perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6)

Sebenarnya, usaha pihak pemerintah untuk meng’sekular’kan rakyat telah membuahkan hasil walaupun tanpa niat apa lagi dengan niat memisahkan agama dari tunjang segala bidang. Dengan mudah idea sekular ini memasuki pentas kehidupan di sebabkan jahilnya rakyat, di sebabkan dokongan syaitan dan disebabkan nafsu kita yang mahukan hiburan semata-mata.

Kita di hidangkan dengan AF, di hidangkan dengan idola, di hidangkan dengan budaya hiburan (jika boleh di katakan budaya), kita di buaikan dengan Sure Heboh dengan artis-artis yang mendedahkan aurat, dengan Sua Rasa yang semakin heboh berbanding Sure Heboh, dan terbaru Islamic Fashion yang langsung tidak mengambarkan Islam…malah menghina Islam! Kita pun siap sedia mengundi calon artis kita, siap berhabis wang untuk sms artis kesukaan kita.

Semua ini sedikit sebanyak menghakis ‘keintelektualan’ dalam masyarakat. Kita letak hiburan itu berada pada tahap 1 di mana mana..termasuklah untuk apa sahaja upacara..artis lah yang akan menarik minat untuk majlis itu di hadiri ramai. Tidakkan pihak pemerintah berjaya dalam perkara ini?

Dahulu, di beritakan Forum Hal Ehwal Islam mendapat ranking yang pertama di Malaysia (jika tidak ada rancangan P Ramlee di saluran lain..jika ada akan rank no 2- gilir gilir- sekejap 1 sekejap 2)…maksudnya..rancangan Forum Ehwal Islam RTM dahulu merupakan top 1 rancangan TV ketika itu. Kenapa?...Dengan penceramah yang berwibawa, yang tulus dan menarik, akhirnya rancangan itu menjadi kegemaran orang tua dan muda mudi sepanjang tahun tersebut…sehinggalah sedikit demi sedikit penceramah Ehwal Islam di ‘gam’, di ‘bisu’kan…akhirnya ia hilang..dan terus longlai…..sekarang rancangan TV yang paling popular adalah rancangan hiburan..rancangan drama TV…EH Wal Islam entah di mana….( di mana hal ehwal Islam?...hanya di masjid dan surau?)

Ini lah yang berlaku….sejarah membuktikan bahawa parti pemerintah berjaya meng’sekularkan’ masyarakat sehingga lupa agama…lupa tentang kepentingan agama…kita tidak akan lupa pada sejarah lalu….ketika zaman remaja kami di ‘cantas’ oleh para pemerintah yang mengambil tindakan ‘gam’ terhadap ulama’..maka ketika itu kami menyatakan…’jahatnya pemerintah kerana cuba menutup ilmu dari masyarakat !’….Kami tidak akan lupa sampai bila-bila….

Saat Tuhan Dekat di Hati


Tuhan itu kaya, kaya dengan apa yang tidak terfikir dan terjangkau dengan akal kita.

Manusia itu miskin dan tidak ada apa apa melainkan Tuhan beri kekayaan.

Ada yang kaya dan lupa, dan ada yang kaya dan ingat.

Harta boleh kita kumpul-kumpulkan menjadi timbunan, dan sampai satu hari, timbunan harta itu akan mempersoalkan kita dan menjadi penyebab kita 'menikmati' azab neraka...mudahan kita di jauhkan.

Ada ketika dan masanya kita berasa jauh dari Tuhan, dan ada saat ketika kita rasa Tuhan dekat sangat di hati kita. Itu mungkin atas dasar naik turun iman kita.

Ketika saat rasa dekatnya Tuhan, jangan kita sia siakan..disitulah akan hadirnya pancaran hidayah....hidayah itu lebih mahal daritimbunan harta.

hidayah itu lebih berharga dari intan permata...hidayah itu lebih bernilai dari dunia dan seisinya.

Maka, kenapa terkejar-kejar dengan harta? sampai tiada masa 'mengejar' hidayah?

Tanyalah diri...

mudahan ada manfaatnya

RIBA; HARAM SEPERTI BABI DAN ARAK!

Assalamualaikum wbt,

Islam merupakan addin, addin merupakan cara hidup, pegangan yang kukuh dan keimanan yang di amalkan dalam tatanan kehidupan. Andai kita lari sedikit dari lingkungan itu, maka tauhid kita di anggap cacat, yakni tidak sempurna.

Contoh yang mudah, seorang remaja yang gemar bermain bola namun hanya memakai seluar pendek, maka tauhidnya di anggap cacat/ tidak sempurna. Remaja ini sudah terkeluar sedikit dari lingkungan tauhid yang digariskan Islam, walaupun masih Islam, Islamnya tidak lengkap, begitu juga dengan solat, jika tidak didirikan maka Islamnya tidak sempurna.

Kita lari sedikit dari persoalaan di atas, namun ruang lingkup masalah yang sama dan serupa.

Sebelum pergi lebih jauh, kita kena tanya hati kita, sejauh mana kita yakin Islam dapat menyelesaikan hidup kita (persoalaan ini berhubungkait dengan kefahaman tauhid)? Sejauh mana kita yakin Islam ini terbaik buat kita dan sejauh mana kita yakin Islam adalah rahmat bagi seluruh alam. Sejauh mana?

Em, kita masuk permulaan cerita, dahulu semasa tahun 90-an, perbankan Islam hampir tiada dan tidak ditawarkan oleh bank yang ada pada hari ini. Sekarang kita lihat hampir semua bank mempunyai bank yang menawarkan kaedah/konsep Islam/syariat Islam, walaupun bank konvesional masih berleluasa.

Apa beza bank Islam (bank yang menawarkan perbankan Islam) dan bank konvesional? Secara mudahnya bank Islam tidak bergantung kepada BLR seperti bank konvesional dan bank Islam TIDAK MEMPUNYAI RIBA tetapi tidak bagi bank konvesional (yang mengamalkan riba).

Seperti saya sebut sebelum ini, perkara ini bersangkut paut dengan tauhid kita, orang Islam jika disebut babi lantas jijik mendengarnya, jika disebut arak, maka lantas melaknatnya, namun jika kita sebut riba, apa agaknya yang tergambar di fikiran kita?

Pembaca sekalian, keharaman mengambil, menyumbang dan terlibat dengan riba semuanya jelas sepertimana haramnya arak. Riba itu nilai dan sistemnya haram sepertimana arak dan peminumnya, penghantarnya dan penjualnya atau orang orang yang terlibat dalam pembuatan arak tersebut.

Kadang-kadang kita memandang remeh tentang dosa riba, kita cuba melepaskan ‘dosa’ itu atas dasar ‘jahiliyyah’ atau ‘tiada pilihan’ atau ‘terpaksa’. Cuba kita renungkan kembali, benarkah alasan yang cuba kita lontarkan kepada diri kita sendiri atau kita memang tergolong daripada mereka yang meremehkan dosa riba.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." (QS. Ali Imran: 130)

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaithan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan memka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lain terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang senantiasa berbuat kekafiran/ingkar, dan selalu berbuat dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal shalih, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah buhwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pcngambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (QS- Al-Baqarah: 275-279)

Dari sahabat Jabir -rodliallohu anhu- ia berkata, "Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam telah melaknati pemakan riba (rentenir), orang yang memberikan/membayar riba (nasabah), penulisnya (sekretarisnya), dan juga dua orang saksinya." Dan beliau juga bersabda, "Mereka itu sama dalam hal dosanya." (HR. Muslim)

Ada yang lebih malang dengan menyatakan jika mengambil pinjaman dari bank Islam, ianya lebih mahal sedikit dari bank konvesional, membandingkan harga dengan addin bukanlah tindakan yang bijak malah jauh dari unsur kefahaman tauhid.

Pelbagai bentuk riba yang berlaku pada hari ini, dan bentuk pinjaman yang jelas mempunyai riba seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah, dan kad kredit.

Bagi pinjaman kereta dan rumah, kita mempunyai pilihan untuk mengambik perbankan secara Islam, contohnya Maybank Islamic, CIMB Islamic dan lain lain lagi, mungkin harganya sedikit mahal (setahu saya, sekarang kadarnya setaraf dengan bank konvesional), namun jika kita yakin atas dasar addin Islam, wajar kita memilih secara tuntas dan tanpa soalan untuk menggunapakai perbankan Islam. Bukankah ‘tanpa soal’ tentang sesuatu yang telah wajib merupakan tanda keimanan dan ketaqwaan?

Kad kredit pula di andaikan sebagai ‘pemudah’ cara bagi mereka yang kesuntukan wang. Kad kredit adalah salah satu pilihan selain berhutang dengan kawan taulan atau sanak saudara. Merujuk apa yang di tulis oleh UZAR, keharaman kad kredit disebabkan mempunyai ciri ciri riba yang jelas yakni “Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARIPADA BIL. Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini ”. (sila rujuk untuk maklumat lanjut: http://www.zaharuddin.net/content/view/134/93/)

Kad kredit yang selalu kita megah megahkan dan beranggapan berbelanja tanpa had sebenarnya menyusahkan kita, malah menjebakkan kita ke dalam dosa riba. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berasakan kad kredit ini merupakan ‘bantuan cepat’ ketika tiada wang. Bagi saya, ia bukanlah penyelesaian yang baik, percayalah setiap sesuatu yang kita buat tanpa berlandaskan Al Quran, maka tunggulah saat kehancuranya, dan yang paling malang keberkahan rezeki kita di tarik oleh Allah SWT, dan jadilah kita berulang-ulang dalam dosa riba.

Saudaraku sekalian, saya tahu di luar sana, malah di kalangan ilmuan Islam atau ‘ustaz’ pun kekadang memandang remeh soal riba, dengan alasan ‘jahiliyyah’ atau tidak tahu atau pun beranggapan bank konvesional lebih murah berbanding bank Islam. Dalam bidang ilmu, saya berpendapat seboleh-bolehnya kita memahami asas keilmuan bidang kehidupan, apa apa sahaja bidang, bukan sekadar kita faham bidang yang kita ada, tapi bidang ekonomi, bidang sukan dan lain lain yang bersangkutan dengan addin wajar kita pelajari. Di zaman ini, kita memerlukan ‘ustaz’ yang bukan sahaja bijak berbicara hal hukum taharah atau fekah malah dalam bidang eknomi Islam, sosial dan lain lain.

Saya menasihati diri saya dan pembaca sekalian, jauhilah riba seboleh bolehnya, jika sudah tersilap, mari kita atur balik langkah kita agar kesilapan tidak berulang. Sebagaimana kita ‘geli’ mendengar perkataan babi, kenapa kita tidak geli dengan perkataan riba….

Jom jauhi riba..yang terbaik dari kita adalah yang mengamalkannya..InsyaAllah…

Ya Allah, bagikan kami kekuatan dalam menjauhi riba, berkahilah rezeki kami di dalam kehidupan kami….amin…

Kisah Long Bedian dan Penyembah Tuhan

Pemandangan kota Miri, yang sebelah kiri tu, Boulevard dan bangunan yg satu lagi masih dalam pembinaan.


Lori pihak kontraktor yang membawa muatan kayu terperosok di dalam tanah. Mereka bermalam di dalam lori dan ditemani unggas hutan la jawabnya...


Lori sawit yang 'tumbang' ketika melalui jalan becak di Long Bedian. Crane diperlukan untuk mengangkat lori ke 'bentuk' yg asal.

Tapak projek yang akan dibangunkan Sekolah Menengah Long Bedian, yang pertama di Sarawak menggunakan kuasa solar sepenuhnya.



Luas berjalan, luas pemandangan, itu kata pujangga yang sering kita dengar. Sebenarnya bukan pemandangan sahaja yang luas jika kita berjalan jauh, banyak lagi yang luas dalam dimensi yang lain, seperti 'luas' badan dihinggapi letih, 'luas' duit dibelanjakan dan 'luas'nya pengalaman yang dimiliki.

Perjalanan ku ke Miri tidak lah seindah yang kujangka, walaupun sebelum ini aku pernah ke Miri, namun tidak pula aku sedar bahawa tempat yang ditujui, Long Bedian itu merupakan tempat perdalaman, yang jauh ke kesunyian hutan. Ketika aku sampai di Miri Airport, ada beberapa orang wakil dari konsultant dan Architect serta M & E datang juga dari Kuching, jadi kami tidak lah bersendirian ke Long Bedian, biasalah..apabila hal hal sebegini semuanya diuruskan oleh pihak kontraktor...dari pengangkutan sehinggalah makan..maklum lah kontraktor projek dengan nilai jutaan ringgit. Kami menaiki 3 buah Hilux terus ke sana rupa-rupanya, seanggapaku kami ke hotel; dulu untuk check in, tapi aku dimaklumkan, perjalanan ke Long Bedian memakan masa 6 jam perjalanan...wow..6 jam seperti kita naik bas dari Johor Ke kelantan....

Aku terkejut sedikit dengan berita itu, namun aku bukanlah anak manja yang tidak biasa merasai susah senang. Berita lain yang mengejutkan adalah..jalan ke sana bukanlah jalan biasa, ia adalah jalan balak...tapi bukan jalan balak seperti di negeri semenanjung, jalan ini berbukit bakau dan berlenggang lenggung, serta perjalanan ke sini menggunakan 3 pengangkutan, dari kapalterbang , naik Hilux dan menggunakan feri.

Hujan lebat menghiasi bumi Miri ketika kami sampai, dan sudah tentu kita dapat bayangkan jika hujan berterusan, jalan balak akan lebih teruk dari biasa dan amat berbahaya. Namun syukur alhamdulillah, kami selamat sampai setelah perjalanan selama 6 jam lebih dari jam 8.30 pagi bertolak dan sampai sekitar jam 2.30 petang (termasuk singgah makan)...sampai disana kami makan lagi padahal meeting sepatutnya bermula pukul 3.oo ptg, namun semuanya keletihan dan tidak banyak yang perlu dipersoalkan pada masa begini. Setelah makan, kami memulakan meeting, dan cuma mengambil masa tidak sampai sejam ...kami bersiap sedia untuk balik ke Miri...ini disebabkan jika bertolak lewat kami akan sampai malam di Miri, dan agar perjalanan ke dalam hutan tidak gelap, maka kami bertolak awal. Bukan tidak mahu tidur di sana, cuma kami mengerjar masa untuk balik keesokkannya.

Tidak abis lagi aku menceritakan betapa sakit pinggang dan tulang belulangku ketika ke sana, dan aku pasti mereka yang lain pun merasai begitu. Usahkan tidur, jalan yang tidak rata dan beralun alun seolah olah sedang menaiki kapal (lebih ok lagi naik kapal), alun alunan itu langsung tidak boleh membuatkan kami tidur di dalam kereta walaupun mata mengantuk.

Dengan jalan yang kecil, dan lori balak dan lori sawit beransur ansur, adalah berbahaya untuk pemandu dari lalai, dan hasilnya kesilapan yang sedikit boleh membawa padah, inilah yang berlaku kepada sebuah lori sawit yang 'tumbang' , sebuah lori yang membawa muatan kayu untuk projek kami tersangkut ketika cuba mengelak lori balak. Lori ke tapak juga kekadang terpaksa berhenti di dalam hutan kerana jalan terlalu becak dan tidak memungkinkan perjalanan. Aku terfikir, pemandu lori seperti ini, mesti sudah biasa tidur di dalam lori jika keadaan mendesak, di tengah hutan belantara, kiri kanan hutan dan depan belakang hutan, mujur tiada binatang buas...tapi siapa tau jika ada...lagipun mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan ini, tapi tidak bagiku.

Ketika aku sampai di Long Bedian, perkara pertama aku cari adalah tempat untuk aku solat, aku bertanya dengan seorang cikgu yang kebetulan mengikut kami bersama, jika ada surau di sini. Jawapannya tiada, dan aku sudah menjangka keadaan ini. Dengan penduduknya terdiri dari bangsa penan dan kayan, mereka adalah penganut Kristian, adapaun sekolah rendah Long Bedian, cuma ada 6 guru Semenanjung, dan dulu aku dengar ada seorang Guru Islam di sana tapi sudah di tukarkan ke bahagian lain. Kalau ada pun Penyembah Tuhan Sekalian Alam di kampung Long Bedian ini, ianya boleh dikira dengan jari, mungkin 5-10 orang sahaja...atau mungkinkan aku seorang sahaja yang pada masa itu sedang solat di bilik meeting tersebut!

Diceritakan oleh Guru Besar SRK Long Bedian, orang penan yang menghuni kampung ini adalah mereka yang tidak melihat ilmu itu sesuatu yang berguna, mereka(orang tua) lebih merasakan anak anak penan dan kayan cuma sebagai golongan yang mewarisi apa yang di buat dan dikerjakan oleh mereka, dan anak anak lagilah hanya sekadar ke sekolah melengkapkan jadual mereka. Dikhabarkan juga kaum penan dan kayan di sini dahulu kala memang tidak mahu bersekolah sehinggalah mubaligh kristian datang dan kita akan lihat di sini ada gereja yang menandakan mereka adalah penganut kristian (yang sebelum ini tiada agama)...bayangkan betapa jauh mubaligh ini pergi sampai ke Long Bedian, dan aku jadi malu sendiri, dan aku tidak pasti adakah Pendakwah kita pernah sampai di sini.

Dengan populasi yang tidak sampai 200 orang di kampung tersebut, kadang kadang aku terfikir, berbaloi kah sekolah yang menelan kos berpuluh juta dibina di sini? Kosnya mahal disebabkan perjalanan membawa bahan binaan adakalanya tidak dapat digerakkan melalui darat...dan menggunakan tongkang....aku rasa kos memindahkan mereka dari kampung ini lebih murah dari kos membina sekolah ini.

Sebelum sampai di Long Bedian, kita akan melalui Long Lama, dan kawasan ini dihuni oleh dayak, sepanjang perjalanan kita akan lihat rumah panjang (long house) dan kami juga melihat rumah panjang yang paling panjang...long long house...memang panjang...

Ketika dalam perjalanan balik ke Miri, kami sampai malam di kota Miri. Kami mungkinlah tidak seletih pemandu yang membawa kami, dan mereka adalah pemandu yang terbaik (belum tentu F1 driver dapat menandingi mereka)...melalui jalan bengkang bengkok, naik turun bukit, dengan tanah becak..ya merekalah johan buat masa ini.

Itulah kisah di Long Bedian, kemajuan yang dirasai oleh kita di Kuching tidak dirasai oleh mereka, malah di sana tiada line telefon, tidak ada guna ada hand set di sini. Air mereka cuma mengharapkan takungan air hujan (mungkin mereka tidak perlu bayar bil air) dan akhir sekali tiada cerita Penyembah Tuhan Yang Maha Esa di sana, jika anda ke sana sebagai orang Islam, laksanakanlah solat walaupun di sekeliling anda semuanya org kafir, walaupun mereka melihat 'keganjilan' anda menunaikan solat, sujudlah di bumi Long Bedian sebagai tanda mulianya Islam!

Beruntungnya kita memperolehi hidayah Islam, dan iman, jika dibandingkan dengan mereka di Long Bedian, mungkin mereka pernah mendengar Islam tapi tidak memahami addin ini. Maka , kembalilah kita, nafas kita hanya untuk Dia....

Miri Airport
3.15 PM, Thursday







Yang HARAM di azab, yang HALAL dihisab!

Sudah lama tidak mendengar seorang murabbi yang ku hormati memberi pengisian. Ilmu yang dimilikinya sudah cukup mengerakkan semangatku untuk hadir ke kuliah subuh di Surau Kampung Gersik, Kuching.

Dengan berpakaian ala ala tentera, berbaju hitam, dia memulakan bicara dgn kesyukuran kepada Ilahi. Ayat bersahaja tapi mudah difahami.

Jarang kita lihat di sekitar Kuching, mereka yang bergelar ustaz mencapai tahap ilmu sebegitu, kalau adapun mungkin boleh dikira dgn jari, tidak seperti di Semenanjung Malaysia, ramai ustaz dan ulama di sana. Adapun ulama' di sini, Allah sahaja yang mengetahui.

Itulah Ustaz Sarbini, menghabiskan masanya bertahun tahun di Indonsia dalam mendalami ilmu, ceramahnya tidak pernah menghampakan. Setiap apa yang dibicarakan dikaitkan dgn unsur kehambaan, unsur tauhid dan perjuangan suci.

Ketika mengupas tentang isu MAZA, dia berkata, isu yang dikaitkan dgn wahabi adalah cerita lama, lagu melayu. Pandangannya, masyarakat masih lagi tidak bersedia untuk berubah dalam menerima apa yang cuba disampaikan. Jika begitu, sampai bila tahap ilmu masyarakat kita akan meningkat jika tidak bisa menerima perubahan.

Seringkali beliau berceramah, tidak lupa dia menyebut kata kata seorang ulama', yang berbunyi " yang haram akan diazab, dan yang halal akan dihisab". Mendengar ayat ini, sudah cukup mengerunkan, pada sesiapa sahaja yang mendengar sama ada remaja atau orang tua, org miskin dan yang kaya, yang berpangkat atau tidak berpangkat, semuanya terkesan dgn pepatah sebegini. Mana tidaknya, kalau yang haram sudah pasti di sabitkan kesalahan dan dosanya, dan yang halal juga tidak terlepas dari penghisaban.

Ya, dalamnya mengandungi sifat taqwa yang paling dalam, kehati hatian walaupun yang halal apalagi yang haram. Beliau juga mengingati kita ttg harta yang terbahagi kepada 3 bahagian, harta yang di 'makan' (dibelanjakan), harta yang di 'bakhil'kan(kedekut, tidak mengeluarkan zakat dan infaq) dan harta yang dibelanjakan pada jalan Allah.

Adapun jenis yang pertama, ia dibelanjakan untuk makan minum, dan akhirnya ia keluar sebagai bahan buangan, adapun yang kedua,harta yang disimpan dgn tujuan kedekut, tidak mahu dibelanjakan untuk sedekah dll, dan yang ketiga harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, inilah harta yang bernilai di sisi Allah...dgn syarat ianya ikhlas, dan tuntas kerana Allah.

Inilah dia, harta kita walaupun halal, ia tetap akan dipersoalkan, ke mana harta itu pergi, adakah untuk maksiat atau ibadah, begitu juga umur kita, adakah dihabiskan dgn amal, atau amal telah menghabiskan kita menuju ke neraka! nauzubillah...

Beliau juga mengingatkan kita tidak terlalu mencintai dunia, dan beliau mengingati kata kata seorang ulama dahulu, " sebanyak dan sebesar mana kita mencintai dunia, sebanyak dan sebesar itulah kita sedang meningalkan cinta akhirat"

Maka, jika kita sejengkal menuju dunia, maka sejengkal lah kita meninggalkan akhirat. Saya sendiri merasai kesannya, ketika cinta dunia menguasai diri kita, nafsu mula membisikan kata indah ttg keindahan dunia dan kemegahannya lantas, akhirat dikesampingkan, lalu kita bertanya, yang mana abadi?..akhirat atau dunia yang di kejar kejar....

Beliau juga menceritakan pengalamannya dalam ertikata seorang da'i, bekerja tanpa had masa, tiada overtime, dan inilah perjuangan, harapan hanya pada Allah, menjual diri pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Aku malu sendiri, dan merasai bebanan dakwah ini amat berat, ku muhasabah diri, satu usrah remaja pun aku kekadang tidak berjaya mengatur sempurna. Betul, bukan kejayaan yang ditanya tapi usaha. Dengan kesibukan dunia, program program dakwah dikesampingkan, wajarkah begitu, padahal tujuan hidup tidak seperti itu? Bukankah setiap detik, kita dihisab?


Itulah sedikit sebanyak kuliah subuh yang disampaikan Ustaz Sarbini Dahlan, murabbi yang kuhormati dan gembirannya hatiku andainya aku dapat lagi menjadi anak buah usrahnya lagi bagi memantapkan ilmu dan keyakinan tauhidku!

Hidayah Hadir Atas Jiwa Hamba


Assalamualaikum wbt,

Setiap manusia memerlukan bimbingan, setiap yang berjiwa hamba mendambakan hidayah dan petunjuk, setiap yang bernyawa di muka bumi ini mengharapkan jalan fitrah sesuai dengan kejadian kehidupannya.

Insan itu hamba, sama ada dia hamba kepada selain Rabb-nya, atau hamba kepada dirinya atau hamba kepada nafsu besarnya. Jiwa kehambaan itu sebenarnya tidak pernah terhakis pada mereka yang senantiasa tunduk dan taat. Mereka yang setiap hari melafazkan “ Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”, tidak akan dibiarkan sunyi dari pancaran hidayah dan petunjuk.

Apa itu hidayah? Hidayah adalah kurniaan yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendaki, hidayah adalah tuntas dari Allah SWT. Ia membimbing dan menunjukkan jalan sepertimana lafaz kita seharian “ Tunjukilah kami jalan yang lurus”.
Pengakuan kita sebagai hamba terserlah ketika melafazkan kalimah “Hanya kepada engkai kami sembah”, ia mengandungi sifat tauhid yang jelas, merangkumi gerak geri, iringan nafas, aliran darah, ia juga mencakupi segala zahir dan batin. Pengakuan itu merupakan tanda seorang mukmin, membesarkan Allah, mengakui dan mengesakanNya, tidakkah kita rasa betapa eratnya hubungan hamba dengan Tuhan ketika melafazkan kalimah ini.

Akuilah kehambaan yang sudah ada dalam diri kita, apabila jiwa hamba ada, pasti kita tidak bermohon selain dari Nya, mesti kita mengharap tidak lain dari Nya, dan mengadu tidak bukan kepada Pemilik Alam, Pemilik Hari Pembalasan. Kuasa apakah yang kita harapkan selain dari kekuasaan Allah SWT bagi mengubah apa yang ada pada diri kita, nikmat apakah yang lebih besar melainkan kehambaan kepadaNya, apakah kita ingin memohon selain kepada Yang Memakbulkan Doa?
Fikirlah, warkah ini mengajak kita kembali kepada fitrah penciptaan, merenungi diri walau sesaat. Kekadang kita lalai dengan apa yang ada di hadapan kita, lantas kita tidak mengira akan adanya hari akhir yang akan menjenguk dan menyapa kita. Kenapa begitu?
Wahai mereka yang mengakui Allah itu Esa, wahai jiwa hamba, muhasabah diri ini, yang penuh dosa, yang penuh hina, sesungguhnya aku bermohon pada Mu akan ketenangan hati, aku bermohon kepadamua berjiwa hamba sepenuhnya kepadaMU bukan selain dari itu.

JOM Berubah..Tingkatkan Iman…Hadirkan Hati Menyambut Ramadhan!

Salam

BAHTIAR MAHIDIN
8.00 pm
Astana, Petra Jaya,
Kuching. Sarawak.