Pages

Showing posts with label kek lapis sarawak. Show all posts
Showing posts with label kek lapis sarawak. Show all posts

cerita di sebalik kek lapis dan isteriku

Assalamualaikum wbt,
Sebenarnya saya malu untuk menceritakan cerita ini, tika orang lain sibok mengerjakan ibadah sempena ramadhan, merebut ganjaran pahala , saya sibok dengan pengurusan tempahan kek lapis raya ini, dan mudah-mudahan apa yang saya buat merupakan ibadah kepada nya, walaupun tidak sama nilai pahala mereka yang membaca Al Quran ketika saya sibok membalut kek dan menulis nama dan alamat pada kotak kek lapis.
Sesuatu yang harus diketahui, kebiasaanya saya akan me'gepos' kek lapis yang ditempah pada hari Isnin sahaja, kalau terlajak pun, hari selasa. Hendak dijadikan kisah, saya dan isteri merangkap sahabat dan teman baikku akan pergi ke kedai kek lapis untuk mengambil kek yang ditempah. Untuk edisi raya ini, bukan sedikit kek yang hendak di ambil, sebab itu, pada isnin sebelum ini, berkotak kotak kek di hantar, dan minggu ini juga banyak sampai saya terpaksa pos pada hari selasa. Adapun pos pada hari selasa di sebabkan kedai kek masih belum menyiapkan tempahan saya, jadi saya kena menunggu esok (selasa) untuk packing kek tersebut.
Itu rutin harian pada isnin, namun tahukah anda apa yang berlaku pada hari sabtu dan ahad. Kadang-kadang saya cuba membahagikan masa antara 3 perkara ini, yang pertama masa untuk keperluan rohani saya, perjuangan saya...dan yang kedua masa untuk isteri saya dan yang ketiga masa untuk perniagaan ini (kek lapis serta saudagar on line blog). Ini saya tak tambah lagi masa untuk kawan kawan dan masa untuk saya beribadah...em..kadang kadang terharu juga...di manakah hilangnya masa saya. Pada ketika saya sibok mengurus hal hal kek lapis , ada deringan telefon kawan yang meminta serunding, pada ketika itu juga ada kawan yang meminta tolong booking tiket Air Asia, dan pada itu juga lah nak beli bekas untuk kek lapis.
Dijadikan cerita, saya juga terlibat dalam Program Remaja Raikan Ramadhan di Kuching, yang saya hadiri di dua tempat, satu di HIKMAH Kuching dan satu di Kampung Buntal, syukur saya dapat menghadirkan diri dan memberi komitemen pada program da'wah sebegitu. Saya juga sedang membuat blog untuk HIKMAH Petra Jaya cuma keterbatasan masa saya tidak mengizinkan saya untuk menyiarkan berita aktiviti prog 3 R (Remaja Raikan Ramdhan) di hikmahpj.blogspot.com..blog ne tak publish lagi.banyak kerja nak di buat...
Berbalik cerita saya pada hari sabtu dan ahad, saya dan isteri ke kedai kek untuk mengambil kek, sampai di sana, ada pelanggan dari KL yang mahukan kek lapis, sesuatu yang normal bagi penduduk semenanjung yang datang dan membawa balik kek lapis sarawak. Namun, sesuatu yang tak normal apabila pelanggan memaksa agar penjual kek memberi mereka harga murah dari sepatutnya dengan alasan mereka kenal dan kawan kepada pemilik kedai kek itu (yg ketika itu tidak ada di sana). Apa bila di telefon, pemilik kedai kek hanya memberi sedikit diskaun pada pelanggan yang konon konon kenal pada pemilik kedai kek itu. Dengan sedikit diskaun itu, pelanggan itu masih tidak berpuas hati, dan hendak harga yang lebih murah lagi...mendukacitakan mendapat pelanggan sebegini, malah dia mengeluarkan ayat ayat yang 'gah' dan dengan pakaian ala ala korporat, masih meminta diskaun yang melampau...kadang kadang saya hairan melihat telatah orang KL (sesetenga-sesetengahnya..maafkan saya)...mereka datang dengan pakaian 'smart' dan berkedudukan namun perangai mereka macam orang jalanan...patutkah mereka hendak mengambil tempahan orang lain yang jelas jelas sudah dinyatakan kek tersebut adalah kepunyaan orang lain, patutkah mereka menyatakan dengan angkuh bahawa pekerja kedai kek itu tidak melayani mereka dengan baik semata mata permintaan melampau mereka tidak dituruti...saya pelik dengan akhlak orang sebegini, mereka membeli tanpa diredhai oleh penjual..berkah kah perbuatan sebegini...
Saya berkata kepada penjaga kedai itu , jika ada lagi pembeli sebegini, suruh je diorang balik dan tak yah datang lagi, melayani mereka adalah sesuatu perbuatan yang membuang masa dan sia sia.
Tamat cerita itu...
Cerita seterusnya adalah cerita hari sabtu malam ahad, saya dan isteriku seperti biasa selepas tarawikh, menjamu selera makan kek cheese (isteri ku buat-ambil bahan bahan dari internet)..selepas menjamu, kami akan bekerja untuk membungkus kek kek dan melabel kek yang sudah berselerak di atas meja....seharian masa membuat kerja sampai lah hampr pukul 12 malam ...dan buat lagi sampai lah isteriku dah layu untuk bekerja...mata dan sembam...saya pun menyuruhnya naik ke atas ..dan tido...walaupun disuruh berkali kali, isteriku lebih rela duduk tidur dari meninggalkan saya membuat kerja sorang sorang...
Akhirnya kami habis dalam pukul 1 pagi lebih, dan saya masih menampal alamat ke setiap kotak dan akhirnya saya habis kerja pukul 2 pagi...ini cerita 7 hb september 2009....
Minggu ne, ahad, saya dan isteri sudah sedia untuk mengambil kek pada petang hari, ada kek yang dah siap ada yang belum, yang penting ambil je yang dah siap..dan pos mesti hari isnin pagi...mana mana yang sudah ada kek nya...
Sampai di rumah lewat senja, sejam lagi hendak berbuka, seusai solat asar...saya duduk dengan isteri saya sambil bersembang...terpacul di mulut isteriku bertanya soalan sambil senyum senyum..."abang, malam ne abis kul berapa?" Saya berasa lucu dengan soalan itu, sebelum ini, isteriku ada berkata, hari ne, kek lebih banyak dari minggu lepas, mestila lagi lewat tidurnye....he..he...boleh dia tanya pukul berapa tidur malam ne...memang..saya sedar betapa letihnya bekerja tanpa rehat, saya melihat sesuatu di dalam diri isteri saya...dan sering saya sebut, dia adalah kawan saya, di mana mana saya bawa dia untuk menemani saya sama ada ke kedai kek atau ke mana sahaja...
Malam itu berlaku perkara yang sama...pada tahap 12 malam, isteriku dah letih tapi masih menemaniku...bila ku suruh tidur, dia masih menidakkannya, katanya hendak menemaniku...
kadang kadang saya terkilan dengan pengorbanannya yang tinggi...sepertimana saya selalu sebut pada dia..biar kita sama sama susah dan sama sama senang...

KEDAI TUTUP SEHINGGA 1 OCTOBER 2009


Assalamualaikum wbt,

Adalah dimaklum kan TEMPAHAN RAYA TELAH DITUTUP, tiada lagi tempahan selepas ini, sama ada melalui e-mail, sms atau apa apa jua kaedah yang digunapakai yang boleh sampai kepada tujuan MEMBUAT TEMPAHAN RAYA...

KEDAI LAMANKEKLAPIS DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 1 OCTOBER 2009.

Saya meminta maaf atas segala kekurangan dan kerana terpaksa menghentikan tempahan buat sementara waktu.

Saya juga mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS terutamanya buat pengedar yang aktif, yang berusaha bersungguh-sungguh menjadi pengedar kek lapis sarawak sehingga segenap masyarakat dapat menikmati kek lapis dan juga kek tradisional sarawak- kek hati pari.

Walaupun tempahan ditutup, anda digalakkan mendapatkan maklumat kek di sini dan bagi pengedar dan pembeli kek, anda di galakkan menyemak kod POS LAJU di lamankeklapis.blogspot.com, cara nya mudah saja.

Pada ruangan LATEST DELIVERY, akan tertera kod POS LAJU (saya akan e-mailkan kod POS LAJU setelah kek dihantar), copy kod itu, dan klik butto TRACK & TRACE di bahagian atas blog ini, dan paste di ruangan track, anda akan dapat jawapannya, bilakah pesanan akan sampai.

Akhir sekali, sekali lagi tahniah buat anda semua, bergembiralah dengan hasil usaha kita di hari raya nanti, jangan diperkecilkan nilai keuntungan atau komisen yang diperolehi, katahuilah saudaraku, seorang jutawan, tidak akan menjadi jutawan jika tiada wang bergelar RM seposen...

salam ramadhan...

Wassalam...

Bahtiar b Mahidin
Kuching, Sarawak

Cerita PUSAK & PUSUK





Assalamualaikum...

Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia, diwajibkan kita berpuasa dan dengan puasanya kita, mudah mudahan kita lebih memahami maksud di sebalik makna taqwa.

Hari ini aku ingin ceritakan suatu kisah dan seterusnya membawa anda semua ke dalam ruangan
Mari Belajar Loghat Orang Kuching

Pada minggu lepas, aku membawa isteriku bersiar-siar di satok, dalam perjalanan ke kedai kek untuk mengambil kek, isteriku ternampak kucing meow, lalu dia pun berkata kepada ku " abang, pusuk,...abang, pusuk tu ha.."...aku pun pelik, pusuk?...mana pusuk?...rupa-rupanye dia ingin menyatakan pusak, namun yang terkeluar dari mulutnya adalah pusuk...

Pengajaran Ayat:

PUSUK dalam loghat sarawak adalah ikan bilis (yg kecil tu) dan PUSAK adalah kucing.

Contoh ayat dalam loghat kuching

1. Pusak itu suka makan pusuk dengan nasik.
2. " tolong beli pusuk lok di pasar satok lok"

Contoh maksud ayat dalam bahasa biasa

1. Kucing itu suka makan ikan bilis dengan nasi.
2. " Tolong beli ikan bilis di pasar satok"

Em...macam itu lah kawan kawan....PUSUK dan PUSAK adalah sesuatu yang berbeza walaupun pronounnya hampir sama.

Sekarang anda dah belajar 2 patah kata...ingat kawan kawan...

KITA ADA KUIZ dan UJIAN nanti...dan siapa yang dapat menjawab dengan betul akan dapat hadiah utama : 2 kek lapis sarawak...BETUL NE...

Soalan kuiz akan merangkumi soalan -soalan yang berkaitan dengan bab yg lepas dan mungkin ada soalan yang kawan kawan kena usahakan sendiri...

Sekian, wassalam...

Selamat Puasa


ONLINE BIZ vs OFFLINE BIZ



Assalamualaikum wbt,

Hari ini aku hendak berkongsi sedikit cerita tentang perniagaan internet. Perniagaan internet tidaklah semudah ABC dan tidaklah sesukar XYZ.

Pandangan aku, perniagaan internet adalah kaedah memasarkan barangan online dan dibeli secara online tapi dihantar secara manual. Ketika masih remaja , aku tidak berapa tahu apa itu perniagaan internet, malah aku tidak tahu bahawa kita boleh berjual beli di internet sehingga aku sendiri yang terlibat dan terjebak dalam perniagaan ini. Aku sedikit sebanyak faham apa sebenarnya yang berlaku di dalam ‘jaringan internet’.

Jika anda selalu pergi window shopping di pasaraya yang besar, atau anda selalu bersiar siar membawa isteri ke pasaraya yang paling besar di Malaysia atau di dunia, anda akan lihat perniagaan secara manual dijalankan dan didagangkan. Anda juga akan lihat senyuman para pembeli dan senyuman para penjual atau sebaliknya. Anda juga akan lihat tawar menawar manual berlaku, anda juga lihat betapa banyaknya kedai dan lot niaga di pasaraya yang besar, dan pelbagai barang dari makanan sehinggalah ke barangan yang remeh temeh. Semua nya ada di jual di pasaraya besar.

Em..anda sudah faham kan situasi itu. Bagus, sekarang perkara yang anda lihat tadi adalah perniagaan secara manual, perniagaan internet adalah lebih luas dan besar dari itu, mungkin berpuluh, atau beratus ratus kali ganda besarnya dan luasnya. Pembeli anda datang dari seluruh negara, pembeli dan penjual berkumpul satu bumbung jaringan yang sama, pembekal dan pengedar bertukar tukar barangan di satu elemen jaringan yang sama, tidakkah ia sesuatu yang besar dan luas. Tidak ada sempadan.

Ketika aku ingin membeli kek lapis yang ditempah oleh pengedarku, duit di dalam poketku tidak cukup untuk menampung modal kek dan kos pos, maka aku ke bank untuk menambil wang dalam akaun bank simpanan. Aku terfikir, kalaulah duit boleh di ambil secara ‘online’, bukankah senang. Mungkin suatu hari nanti, duit tidak wujud lagi, yang wujud Cuma bilangan dan angka, mungkin nanti kad akan menggantikannya, dan ia bukanlah dalam bentuk duit yang dapat di pegang tetapi cuma angka (yang ghaib). Yang ghaib itulah sifat duit hari ini.

Perniagaan online juga memungkinkan kebebasan bekerja tanpa batasan dan tanpa kawalan, yang mengawalnya adalah diri kita sendiri, yang menjual adalah kita dan kita juga pembeli. Saya suka katakan, saya antara manusia yang sukakan pembelian secara online, ia lebih menimatkan masa, dan sudah tentu kita punye banyak pilihan. Lihat saja http://lamankeklapis.blogspot.com, anda punye pilihan yang banyak dalam pembelian kek lapis sarawak, anda boleh pilih mana yang berkenaan di hati dalam banyak banyak lot maya yang menjual kek lapis sarawak. Tidakkah kita mempunyai banyak pilihan ? Tidakkah masa kita tidak terbatas, terpulang pada kita, bila kita hendak membeli dan menjual, semuanya terpulang dan terserah pada kita.

Fikir-fikirlah kalian, sama ada mahu membuat online bisnes atau offline bisnes…dua dua nya punye kelebihan dan kekurangan.

BAK KATA WONDERPET..apa yang penting …BEKERJASAMA..he..he…

Wassalam.

KEK TRADISIONAL SARAWAK






Salam.....Memperkenalkan Kek Tradisional Orang Sarawak, turun temurun dari moyang pertama ke moyang kedua, ketiga, dan ke nenek pertama, ke nenek kedua dan seterusnya, seterusnya ke generasi yang pertama...dan sehinggalah sekarang.

Kek Hati Pari diberi, mungkin sebab hati pari yang hitam, jadi kek ini pun hitam, maka ia di namakan Kek Hati Pari (Orang sarawak madah kek ati parik).

Istimewanya kek ini dikukus 8 jam tanpa henti. Ketahanan kek ini tidak dapat di bandingkan dengan kek kek lain yang berada di alam maya ini.

Kek ini dibuat oleh mak saya sendiri, beratnya sahaja melebihi 3.4 -3.5 kilogram, wow..berat sangat, jadi tidak hairanlah kek ini harganya mahal disebabkan kos pos yang mahal.Saiznya pula 9 x 9 inch dengan harga RM 145 seloyang.

Kek ini selalu dan wajib dihidangkan pada hari Raya di Sarawak. Kek ini merupakan kek wajib semasa raya, namun tidak semua orang sarawak yang pandai membuat kek tradisional ini.

Jom rasa kek ini, bagi sesiapa yang ingin, boleh beli separuh kek yang beratnya kira-kira 1.7 kilogram dengan harga RM 75.00 sahaja(termasuk kos POS LAJU.

Untuk tempahan, sila isi form BORANG PESANAN KEK di sisi blog.


Em...sekian sahaja untuk kali ini....

JOM BELI kek ONLINE

Regards

BAHTIAR MAHIDIN
12.35 tengahari
1 Ogos 2009

Sepanjang MINGGU ne...





Assalamualaikum...

Sepanjang minggu ini, ada cerita yang pelik tapi benar, benar dan pelik dan pelik yang pelik.

Cerita pertama begini, aku selalu pagi pagi memang selalu sampai awal ke opis, aku sampai-sampai je terus online. Aku online sebab nak tau sama ada pembeli kek dah bank in tak duit. Aku bukak-bukak je internet, masuk terus ke yahoo. Em..memang ada e-mail, jadi keputusannya, kejap lagi aku pergi pos office untuk pos kek yang sudah siap. Aku pun menaiki motosikal ku memecut ke pejabat Pos yang berhampiran. Di ringkaskan cerita, aku sudah parking dan berjalan ke pejabat Pos, dalam aku berjalan tu, terjadi dialog aku dengan seorang tua yang tetiba menegur aku. Setelah menegur, aku pun buat buat kenal, dia dengan selamba hendak bersalam dengan aku dan memegang erat tanganku (tidak dilepaskan)..antara dialognya

orang tua : oh..lamak sik jumpa kau..siner ko kinek tok? (Lama tak jumpa, di mana kerja sekarang)

Aku: Oh..kamek kerja di Batu 2 sia (Aku kerja di Batu 2)

Orang Tua : Sambil memegang tanganku :Kamek anak saudara Morshidi, bapak kitak kenal kamek. ( Aku anak saudara Morshidi, bapak ko kenal aku)

Aku: Oh....(walaupn aku tak tau siapa Morshidi tu)...

Orang tua : Kitak diam siner kinek tok? (Ko tinggal kat mana sekarang ne?)

Aku: Kamek diam di perumahan astana, kitak? (Aku dok kat perumahan astana, pakcik?)

Orang Tua : Aku pun diam di kpg astana (Aku dok kat kpg astana gak)

Aku :
Orang tua: Kitak kerja apa kinek tok ? (Ko kerja apa sekarang?)

Aku: Kerja dalam bidang pembinaan,

Orang Tua: Kamek kerja JKR.

Aku: JKR siner? (JKR mana?)

Orang Tua : JKR Wisma Tingkat 13, Heh..aku nok minjam duit RM 8 lok, tayar aku tek pancit....

Aku : Ner moto kitak (mana moto kitak)

Orang tua: Ada...sinun..(Ada di sana)--
Aku:..Kamek pos lok pakcik (aku gie pos dulu)

Orang Tua: Ok,

Lepas aku selesai urusan pos, dia aku tengok dah hilang entah mana, aku pun lari, jalan pusing pusing pejabat Poa tu, kemudian ke tempat park moto aku...

Pelik..kat Kuching dah ada gak orang macam ne.

Emm....

Sesi Bergambar: KEK LAPIS

Semalam sempat gak aku mengambil gambar kek yang terbaru, kawan kawan boleh tgk kat sisi blog aku. (Cantik tak)..Best gak ambik gambar, model nya adalah kek lapis.

Aku beli satu sampel kek Lapis Pandan Coklat, em....sedap...sebelum aku makan kek itu bersama keluargaku, aku sempat gak mem'posing' kan kek itu supaya nampak menarik, dan bila orang tengok mesti rasa nak makan....em...

Terus terang, kek lapis Pandan Coklat ne, memang sedap. Aku puji orang yang buat ne, pandai dia buat kek lapis. Rasa nye berlemak dan berkrim dan di sukai ramai. Bagi sesiapa yang ingin, boleh lah tempah kat aku.



Kalau nak diskaun, boleh di runding...takde masalah...tujuan ekonomi untuk menyempurnakan fardhu kifayah, bukan aku nak untung semata mata. Aku lebih suka dapat menyempurnakan kewajipan sosial berbanding memikirkan keuntungan semata-mata, sebab itu aku nak 'merakyatkan' harga kek lapis sarawak.

Em..cukuplah sekadar itu, kek lapis Pandan Coklat ne..dalam gambar je..kami dah abis makan dah semalam. Pagi ne ada lebih sikit.



Wassalam

DISKAUN KEK LAPIS- Promosi Pengenalan




pRoMOsi hArga PengEnALan Kek Lapis..Diskaun...

Salam..

Hari ini saya gembira, jadi saya ingin war war kan..promosi pengenalan Kek Lapis Sarawak...Kek diterbangkan ke destinasi anda...Asli dan sedap...
Tak caya, cuba...

Em..Promosi Pengenalan...
Beli 3 kek, dapat diskaun 5 %
Beli 10 kek dapat 12 %
Beli 20 kek dapat 18 %
Minimum beli 3 kek....maksimum..tiada limit..


Bila isi form di blog, sila tulis "promosi pengenalan" pada ruang komen untuk dapatkan harga diskaun hebat ini.

Cepat-cepat....promosi berakhir 31 Julai 2009

kunjungi kami di http://lamanaktif.blogspot.com

BUAT PENGEDAR SEKALIAN, KOMISEN ANDA TIDAK TERJEJAS DENGAN PROMOSI INI...ANDA BOLEH LETAKKAN KATALOG YANG DIBERIKAN DI BLOG ATAU WEB SAUDARA/I, JIKA ADA PEMBELI YANG DATANG DARI BLOG/WEB SAUDARA/I, DISKAUN TETAP AKAN DIBERI. (AKAN DI BANK IN KE AKAUN). BAGAIMANA SAYA TAHU JIKA PEMBELI DATANG DARI BLOG KALIAN? EM SAYA SUDAHPUN UPDATE FORM DI SISI BLOG SAYA.

Bagi sesiapa yang berminat menjadi pengedar, inilah peluang menambah pendapatan sampingan...ini suatu yang pasti..anda bekerja dan dapat komisen...itu saja..mudahkan...dan ianya juga sukar ...terpulang kpd anda...

Bolasepak - MALAYSIA VS MU





GAMBAR 1: RAKYAT MALAYSIA berbaju MU di MALAYSIA di perlawan MU menentang MALAYSIA
GAMBAR 2: Baju baru MU
GAMBAR 3: Baju Harimau Malaysia yang orang MALAYSIA malu nak pakai !



salam semua...

Tak pernah pernah blog ini mengupas tentang bola sepak..namun hari ini , atas permintaan ramai, saya memberikan sedikit ulasan tentang bolasepak malaysia dan kaitannya dengan semangat patriotik Malaysia. Lupakan tentang KEK LAPIS SARAWAK, jom kita cerita hal bola.

Anda tengok tak gambar pertama, ia adalah baju harimau Malaysia, dan kedua, adalah baju Manchester United yang baru dan ketiga adalah rakyat Malaysia yang memakai baju baru Manchester United di stadium Bukit Jalil, Malaysia.

Malaysia hampir menang dengan MU, setiap kali MU menjaringkan gol, Malaysia bersorak sorak dan setiap kali juga Malaysia menjaringkan gol, penonton Malaysia juga bersorak gempita.

Setiap hari di sekolah melainkan sekolah agama, kita nyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat. Itu cerita sekolah ...cerita lama. Sekarang kita masih nyanyi lagu Negaraku tapi kita pakai Baju Manchester United yang baru di hadapan PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA, negara kita, BUMI KITA. Kita tunjukkan kepada rakyat penjajah/asing, kita adalah rakyat malaysia yang patriotik? emm...kita harus malu dengan diri sendiri.

Lihat dan contohi pemain malaysia (Congartulations to Raja Gopal- he's done a good job)..walaupun penyokong memakai baju MU, mereka dengan penuh semangat memberi tentangan dan hampir menang dan membuktikan BAJU HARIMAU MALAYSIA yang dipakai lebih berharga dari baju MU yang baru

Aku tak kisah jika peminat MU marah kat aku lepas ne...malah aku tak kisah jika peminat MU tidak mahu membeli kek lapis ku...aku lebih sayang Malaysia dari selain itu....

JOM penyokong Malaysia, tukar baju anda esok hari, pakai baju HARIMAU MALAYSIA,...kita tunjukkan pada dunia, KITA ORANG MALAYSIA.... pada perlawanan kedua esok!

Regards

BAHTIAR MAHIDIN
PENJUAL KEK LAPIS YANG MASIH PATRIOTIK

HARGA PATUT- SARAWAK LAYER CAKE

wow..syukur...Bisnes Kek Lapis ku di Internet semakin menjadi...

Salam buat pembaca sekalian...

Hari ini aku tidak balik tengahari seperti kebiasaan...banyak perkara yang aku belajar...termasuk untuk membuat web sendiri sepertimana yang di anjurkan dalam workshop irfan khairi dan buku e-bay yang aku beli tempoh hari...ia menggalakkan kita untuk melakukannya sendiri dari A sampai Z...ini yang aku cuba usahakan ketika aku tidak sibok bekerja.

Pagi tadi aku telah merasai pengalaman yang cukup berharga...yakni menghantar bekalan kek menggunakan pos laju atas tempahan pengedarku yang berada di terengganu. Walaupun tidak banyak, ia cukup memberi banyak manfaat bagi diriku.

Aku juga memcuba untuk membuat we sendiri hari ini, membuat form kek lapis, yang sudahpun aku letakkan di dalam blog aku.

Satu lagi perkara yang mengejutkan aku pada hari ini adalah e-mail dari beberapa orang, yang bertanyakan katalog kek..syukur aku dah prepare awal awal borang tempahan dan katalognya...

Ada lagi yang mengejutkan aku menerima panggilan telefon dari Kuala Lumpur untuk mendapatkan katalog kek tersebut...

Allah memberi rezeki kepada mereka yang berusaha...percaya atau tidak..tika ada kesempatan aku berjam jam mengatur katalog ku untuk memberi harga yang terbaik dalam senarai harga kek lapis sarawak...aku cuba 'merakyatkan' harga kek lapis agar ia dapat dinikmati oleh segenap rakyat....

terima kasih daun keladi atas sokongan anda semua...

Jom Bisnes...

4.35 Petang, Laksamana Cheng Ho

Part time Bisnes..




Sebahagian Kek Lapis yang sudah pun dihantar kepada orang yang menempahnya di Perak.

Salam..

Sesampai aku pada pukul 6 pagi lebih di rumah bapa mertua ku, aku lena sekejap di rumah sebelum ke rumah kawan isteriku untuk menghantar kek lapis dan kain pua kumbu, sebelah petangnya pula kami sekali lagi ke Kuala Kangsar untuk menghantar Kek Lapis kerana kawan yang seorang ne, dia berada di rumah selepas asar, jadi kami pun pergi lagi ke KK memandangkan kami dah berjanji untuk berjumpa selepas asar. Sesampai di rumahnya, kami pun masuk ke rumahnya setelah dipelawa masuk, kalau tak pelawa takkan nak masuk terus. Dia bersama suaminya yang juga seorang cikgu dan anaknya yg berumur 6 tahun setengah. Isteriku ini boleh tahan jugak bersembang, sembang punye sembang, suaminya datang, suaminya juga seorang cikgu, aku sempat bertanya khabar dan bertukar cerita dengan suaminya, daripada cerita itu, aku mengetahui suaminya mengajo’ (loghat perak) orang asli di pedalaman kampong Sg Siput, aku tak tau pun ada orang asli yang tinggal di hulu kampong ini. Dia bercerita jalan tu ke sekolah tu tak leh naik kereta, jadi dia naik moto ke sana dan singgah ke rumah kawan nya di sana untuk menukar motonya ke moto scrambler, wow cikgu ke sekolah naik scrambler(betul ker ejaan aku?)…teringat juga aku kisah cikgu yang merangkap kawanku yang naik bot ke seberang sungai untuk mengajo di seberang sana, yang ngerinya, pagi-pagi bila air surut, si buaya ramai-ramai mempamirkan tubuhnya yang seksi bersidai di pinggir sungai tu..em..ngerikan.



Besar pengorbanan cikgu dan luas pemandangan mereka, sanggup sebegitu dalam mendidik anak bangsa, mudah-mudahan mereka dengan tulus mengajo bukan semata-mata kerana di ‘anugerahkan’ dengan gaji yang besar baru sanggup melakukan rutin harian yang mencabar seperti itu. Aku ucapkan tahniah kepada guru-guru yang sebegini. Merekalah guru untuk generasi akan datang.



Kita tinggalkan kisah tersebut berlalu , sepertimana berlalunya rutin harian seorang guru. Aku kembali menceritakan tentang bisnes part time aku di sini, menjual kek lapis, sebahagian gambar Kek yang aku ambik untuk di hantar dengan orang tengah, dan orang tengah ini diberikan komisen jika orang yang order atas nama dia. Sekurang-kurangnya dapat juga keuntungan kek lapis ini membantu dan menambahkan pendapatan yang sedia ada, ketika perlukan duit dalam masa kecemasan. Itulah yang berlaku pada aku, duit keuntungan Kek aku gunakan ketika aku dalam keadaan kecemasan dan tika ‘menunggu’ hujung bulan.
Biasa begitulah rakyat kebiasaannya, menunggu hujung bulan, menanti hujung bulan…bulan je tak tiba ke riba mereka. Inilah yang hendak aku ubah dalah diriku, aku tidak mahu ‘bergantung’ dengan keadaan ini, biar kita ada sesuatu yang dapat memutar keadaan kebiasaan itu. Aku nak menjadikan diri ini luar biasa, biar jalan yang tidak dilalui oleh orang kebanyakkan, biar aku seorang yang melalui jalan itu agar aku dapat menjadi orang berharta pada jiwa dan kebebasan berkerjaya pada yang aku minat. Aku pasti betapa ramai yang diluar sana, mengimpikan perkara yang sama, kebebasan kewangan, membeli tanpa had, menginfaq tanpa bicara, melakukan dengan rela hati….em..kita boleh jika berusaha dengan cara yang luar biasa, kita dapat jika berfikir secara positif, kita mampu jika punya visi dan matlamat untuk mengubah diri kita sendiri.



Maka atas sebab itu, aku membeli buku yang berkaitan dengan tujuanku, agar aku dapat memahami dengan sempurana apa yang aku inginkan, supaya aku bergerak dan berbuat atas landasan ilmu dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Jom, kawan kawan, kita berubah..Hari ini mesti lebih dari hari semalam, kalau hari ini kita dapat solat maghrib berjemaah, esok kita dapat 2 kali solat berjemaah, kalau hari ini kita bertasbih satu kali, esok kita bertasbih 3 kali, kalau hari ini kita mendapat pendapatan RM 2000, esok kita akan dapat RM 3000 sebulan, kalau hari ini kita tidak solah, esok kita akan solat , kalau hari ini kita membaca satu halaman Al Quran, esok kita gandakan 2 halaman. Kita boleh jika kita mahu, sebaliknya kita gagal kerana hati kita sudahpun ‘berpendapat’ sebegitu! JOM BERUBAH dari segenap segi untuk keredhaanNYA!



9.18 Malam, 11 Jun 2009
104 A, Trosor, Sg Siput(U)
31000, Perak.

SARAWAK LAYER CAKE

ANEKA KEK LAPIS SARAWAK ADA DI JUAL DI SINI!
klik pada image untuk nampak lebih jelas.

SARAWAK LAYER CAKE

A cake is but a cake, but a layer cake, now that really takes the cake.
Sarawak Layer Cake is a very popular products from Sarawak. It is actually home made product and very tasty. With beautiful fusions of colors and wonderful shapes, tasteful aroma, firm and balance textures, complete baking, the cake can be kept for many months in fridge. This make it the best standard and high quality cake! You'll never regret!
Any enquiry, please e-mail me or send your order now! The price in range RM 25 - 35(small)-0.3-0.5 kg, RM 80 -160(large), please see the pictures. The price include delivery cost. (Interested, please call me at 016-8876704 or e-mail bahtiarmahidin@yahoo.com.
Below is the type of Sarawak Layer Cake.

The measurement will be 8in (l) x 3in (w) x 3in(t), or 8in(l) x 3in(w) x 3in(t).

KEK LAPIS CINDAI , KEK LAPIS TIGA RASA , KEK LAPIS STRAWBERI , KEK LAPIS GETARAN , KEK LAPIS KENYALANG , KEK LAPIS KETUPAT , KEK LAPIS SUTERA DUBAI
,KEK LAPIS MASAM MANIS , KEK LAPIS BELLA , KEK LAPIS MINT , KEK LAPIS SISIK IKAN , KEK LAPIS PUA KUMBU , KEK LAPIS BLUEBERRY , KEK LAPIS PUNCAK REBONG
ROLL KETUPAT , ROLL PUNCAK KASIH , ROLL PERISAI , ROLL FANTASIA , ROLL ANEKA RASA , ROLL PUA KUMBU

Saya akan e-mail katalog bagi sesiapa yang berminat untuk tujuan tempahan. Harap Maklum.

Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran di buat. Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2u- No A/C 151306675061 atas nama Bahtiar bin Mahidin, dan RHB Bank.Terima kasih.

SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KEK LAPIS DI SEMENANJUNG TERUTAMANYA DI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PERAK (IPOH, KK DAN KAWASAN BERHAMPIRAN) SILA E-MAIL PADA SAYA.