Pages

Salam,
Moga semua dalam keadaan bahagia..walaupun sakit, walaupun sedih namun hati bahagia, atau walaupun miskin, walaupun kaya namun hati bahagia, bukankah kebahagiaan itu yang diimpikan oleh setiap manusia melainkan manusia yang hatinya telah lalai. Dari itu, mungkin ada yang bertanya, bagaimana boleh bahagia kalau miskin, bagaimana boleh bahagia kalau perut lapar, bagaimana boleh bahagia kalau kaya?...

Memang pelik bunyinya, namun itulah kenyataannya. Orang mukmin itu pelik, sama ada di timpa susah dan senang mereka tetap bersyukur, jika di timpa susah dan musibah mereka sabar dan redha, jika di limpahi kesenangan mereka bersyukur.
Saya ingin sekali berkongsi dengan kalian tentang tiga peristiwa ini. Yang pertama:

Kes 1 ; Tinggian Demak – Ketika melalui Tinggian Demak.

Rumah-rumah yang besar merupakan suatu kebanggaan bagi setiap yang berjiwa kecil. Mereka yang berjiwa kecil melihat harta benda, kemewahan harta, kebesaran tempat kediaman merupakan sesuatu yang besar, sehinggakan kekadang hati nya ‘membesarkan’ apa yang ia ada(walaupun sebenarnya hanyalah pinjaman) berbanding membesarkan keagungan Pemberi Nikmat.
Ada juga manusia yang berharta, dan memiliki rumah yang besar, namun hatinya tidak sampai membesarkan hartanya malah ia menundukkan hatinya pada Pencipta Yang Maha Besar, lihatlah kekayaan yang dimiliki oleh Abdul Rahman b Aus, Khadijah Isteri RasuluLLah SAW, mereka ini yang berjiwa besar membesarkan Allah dengan menginfaqkan hartanya ke jalan Nya bukannya membesarkan-besarkan tempat tinggal dunia yang sementara.
Kes 2 ; Bas yang terhenti henti.

Bandaraya Kuching sudah lama menjadi bandaraya, namun system jalanraya nya kadang kadang tidak seindah yang digambarkan. Seringkali berlaku, bas berhenti di mana-mana seolah-olah bas mempunyai ‘kuasa veto’ dalam hal ini. Selain itu kemudahan parking untuk stesen bas di tepi jalanraya tidak disedikan, ini menyebabkan kereta yang di belakang bas, akan berhenti secara mengejut jika bas berhenti. Ini bukanlah salah bas, tempat parking bas yang tidak disediakan adalah penyebab utama masalah ini. Ini juga menyebabkan masalah traffic jam, apalagi kalau jalanraya nya hanya dua lorong. Seringkali juga, amat memalukan bagi bandaraya Kuching, ketika bandaraya besar di Semenanjung memiliki bas yang berhawa dingin dan selesa, Kuching masih memiliki “bas antik’, yang aku naiki masa aku sekolah dulu sampai sekarang aku dah kerja, aku masih melihat bas yang sama, dah lebih 10 tahun atau lebih bas itu, cuma bas itu ditukar warna. Warna yang ditukar belum tentu meninggikan kualiti perkhidmatan bas…emmm ..dah melelat dah aku…aku rasa Datuk Bandar Kuching..bertindaklah sekarang sebelum menyesal…

Kes 3; Lampu Isyarat warna Oren pada kereta.

Aku hampir hampir lupa apa kes tiga aku nak kongsi, dah fikir punya fikir sambil tengok kiri dan kanan (aku tgk boss aku kalau dia dating sini- aku Cuma dengar derap kaki dan suara diorang je)..em dapatlah aku kes ketiga. Ini kisah yang menukar cover warna oren sebagai isyarat belok ke kanan dan ke kiri kepada cover warna merah. Aku dah terserempak dan terkena dah lebih 5-6 kali, mereka-mereka yang terlibat ne membuatkan kita keliru kerana beberapa factor:

Faktor pertama: lampu yang di’cover’ dengan warna merah walaupun berkelip kelip tidak memberi ‘impak’ yang efektif berbanding yg original cover (warna orange), maka jika kita tidak perasan, perlanggaran boleh berlaku dalam keadaan sebegitu. Ini tentulah menyusahkan dan membahayakan pengguna jalanraya lain.

Faktor Ke dua : amalan sebegini lebih menjurus kepada risiko kemalangan dan ia berbahaya kepada semua pengguna jalanraya. Sesungguhnya kajian telah dibuat bagi pemasangan warna oren berbanding warna merah kerana warna merah sudahpun menjadi tanda ‘stop’ (international standard colour)…jadi mengapa mahu mengubah sesuatu yang telah dikaji untuk tujuan keselamatan.

Keselamatan tidak boleh digadaikan atas apa apa tujuan, pepatah ada menyebut 'safety is our obligation not an optional'...benarlah kata pepatah tersebut.
Kesimpulannya, mari kita mengambil iktibar pada setiap kejadian yang aku lalui hampir setiap hari...jika kita tidak mengubahnya..siapa lagi yang hendak bertindak...jika aku tidak menceritakannya, siapa lagi yang hendak bercerita...macam karam singh walia...baik dia jadi ahli parlimen baru kecoh dewan...
4.30 pm
Batu 2 Setengah,
Jalan Laksamana Cheng Ho.
93350 Kuching.

0 ulasan: