Pages

CIRI-CIRI MUKMIN


aSSALAMuALaIkUm wbT,

Berpagi- pagi kita menyebut dan mengingati Pencipta kita, Pengatur hidup kita dan Penentu hidup kita secara mutlak. Tiada yang lebih bernilai dari sifat dan watak seorang hamba, bila lafaz dan hatinya senantiasa menyebut " Radhi tu billahi rabba, wa bil Islami dina, wa bi muhammadin nabiyya wa rasula"

Ia merupakan pengakuan agung, pengakuan secara tuntas kehambaan, penerimaan Islam sebagai addin dan pengakuan Nabi Muhammad adalah Rasulullah dan menjadi pengikut Nabi.

Inilah sifat tauhid yang wajib di sertakan oleh setiap umat Islam dalam gerak kerja seharian. bertuhankan ALLAH, menjadikan Islam sebagai addin- cara hidup dan Nabi Muhamammad SAW sebagai idola dan tauladan. Namun, sejauh mana kita lihat para pemuda yang berwatak sebegitu pada zaman ini.

Pemuda sekarang lebih tahu akan tarikh lahirnya seorang pemenang AF berbanding tarikh kelahiran Nabi, pemuda sekarang lebih mudah meniru imej imej artis berbanding mengikuti sunnah nya, malaha tidak tau yang mana sunnah dan yang mana wajib, pemuda sekarang mengikuti gaya hidup malah mendalami 'kebobrokan' hidup barat, maka di mana Pemuda Islam? di mana pemuda yang melaungkan Allah itu Esa seperti Bilal b Rabah, yang masih dan menahan kesakitan ketika melafazkan dan memperjuangkan ALLAH itu ESA!

Mana dia Puteri Masyitah-penyikat rambut di raja Firaun yang sanggup di lempar ke dalam air rebus yang mendidih panas semata mata tidak mahu menarik balik kata kata nya menyebut ALLAH! Mana pemuda kaya seperti Abdul Rahman B Aus , yang pemurah dan zuhud dalam hartanya, mejadikan hartanya sebagai tunggangan ke syurga.

Itulah sebahagian ciri ciri mukmin, yang disebut di dalam 5 ayat pertama surah Al Baqarah.Pengunjungan ke atas Kalam Allah sebagai perlembagaan diri dan negara,menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, inilah sifat pertama (Kitab -Al Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa 2:2). Pemuda Islam mengunakan Al Quran sebagai petunjuk hakiki dan utama sebagai landasan hidup mereka, tidak ada sepatutnya petunjuk lain, kitab lain atau apa apa wasilah lain selain AL Quran, inilah sumber utama, inilah pegangan kita.

Siapa mereka ini? apakah yang dilakukannya sehingga dikatakan mereka mendapat petunjuk dah rahmat? Merekalah orang yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solah dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka (2:3Fikirkanlah, kita lihat anak anak muda kita di luar sana, pergi lah kita ke pasaraya besar, lihat anak anak muda kita yang melepak, dari zohor ke asar, sudah solatkah mereka? apa lagi jika di adakan konsert sure heboh TV3, macam sure tak solat je kan...yelah dari petang sampai ke malam, asar dan tak solat, maghrib lagi...kalau lah Allah memberi bala terus, tidakkan kita insaf sepertimana yang berlaku pada zaman Nabi Musa, bala Allah segalanya terus langsung dari Allah swt.
Bayangkan jika begitu, nescaya sure heboh dah jadi betul betul heboh dengan azab dan sengsara!

Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab kitab yang telah diturunkan sebelumu, serta mereka yakin adanya hari akhirat. (2:4)..Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."..inilah pakej iman, kefahaman kita seharusnya merangkumi 3 unsur ini, akui, benarkan, dan amal. Jom kita lihat diri kita dan pemuda yang di luar sana, apakah mereka betul betul faham ttg iman, jika faham mengapa masih berseluar pendek? Jika faham mengapa masih tidak menutup aurat?, jika faham mengapa masih tidak solah? Ini sebahagian ciri ciri orang kafir yang ada pada orang Islam! Tidakkah kita sedar wahai saudaraku...

Ayat 2:5 menceritakan janji Allah, janji yang pasti dan halkiki, yang tidak ada janji yang paling benar selain janji ALLAH, Allah berjanji kepada mereka yang melakukan perkara di atas, adalah mereka yang senantiasa mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang orang yang beruntung. Alangkah indah, kita sebagai hambaNya, dan Pencipta kita menjanjikan kita sesuatu yang memang pasti berlaku umpama kita buat sesuatu kerja yang di suruh boss kita, dan boss menjanjikan bonus satu juta jika siap kerja, kita dalam hati berkata, betul ker boss nak beri aku sejuta...betul ker..kalau betul, kita pun bersemangat membuat kerja tersebut sehingga siap. Namun itu janji manusia, entah betul atau tidak, dan janji itu adalah bergantung kepada izinNya, berlainan dengan janji Allah, ia pasti, tiada izin selain izinNya, tidak kah kita rasa sungguh yakin dengan janji yang Allah berikan? Tidakkah dia Pencipta kita, Raja Manusia?

Inilah sebahagian ciri ciri orang mukmin dan wajib dikuti sampai akhir hayat!

Mudah mudahan memberi manfaat, yang terbaik di kalangan kamu bukanlah yang meyampaikan, bukanlah yang menyebut atau menghebahkan, namun yang terbaik di kalangan kamu adalah yang faham dan mengamalkan dengan ikhlas sepertimana kita lafazkan seharian " Kami terjaga pagi dalam fitrah Islam dan kalimat Ikhlas dan dalam agama nabi kami Muhammad SAW".

Wassalam.

15 AUGUST 2009
8.56 pagi waktu Malaysia

1 ulasan:

aku mozu said...

aku rase karya ko ni jujur.
penuh dgn mesej2 tauhid dan takwa.
moga Allah memelihara kite semua di bawah rahmat-Nya.