Pages

hukuman sebat Kartika & pandangan Shahrizat

PETIKAN AKBAR BERITA HARIAN 26 Ogos 2009

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita 2009, beliau berkata, penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini.

"Kami di kementerian sentiasa mengikuti perkembangan kes ini dan tidak mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan itu.

"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.

Shahrizat berkata, Kartika juga masih mempunyai ruang untuk meminta semakan semula hukuman yang dijatuhkan itu, namun kementerian dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk memaksanya berbuat demikian.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak.

"Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.

KOMENTAR

Salam..semua masyarakat sedang melihat isu ini dengan luas dan bebas. Pelbagai pandangan diberikan, ada yang menyokong hukuman sebat ditangguhkan dan ada yang memprotes.

Di atas adalah pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bukan Menteri Agama, bukan juga Ulama dan bukan Ilmuan Islam, semata mata Menteri Pembangunan Wanita.

Anda boleh baca sendiri komen sebegini, konon konon hukuman ini boleh memberi impak buruk kepada negara, dan dikatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem zalim...Allah...adakah zalim hukum hudud? adakah perundangan Allah itu zalim? Dasar apakah yang lebih tinggi dari dasar Tuhan Alam Semesta?

Saya berharap, tidak ada pandangan yang 'toyol' sebegini, saya tidak membenci peribadi menteri cuma pandangannya yang saya rasa wajar ditegur...jangan berkata apa yang kita tidak ada ilmu di dalamnya...fikir-fikirlah dulu...

Bila Tuan Guru Nik Aziz cakap berkenaan mereka yang ke syurga dan ke neraka (padahal betul la dia cakap, siapa yang pisahkan iman dan Islam masuk neraka), sibok sibok menteri usulkan kepada majlis Ulama untuk 'fatwa'kan bahawa kenyataan Nik Azizi sesat!...dalam hal ini yang betul betul bersangkutan dengan Islam, takde pun dipanjangkan ke Majlis Ulama?...Malaysia ..malaysia...nnt kalau cakap bukan negara Islam..ada yang akan mengamuk!

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

60.Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.


2 ulasan:

aku mozu said...

siot ko.. berani kutuk pendapat Shahrizat.

xpe.. aku sokong. berani kerana benar. Betul ckp ko, nk beri pandangan biar la die ahli ilmu dlm bidang tu.

Unknown said...

Shahrizat 2 banggang....ckp ikut sedap mulut!