Pages

JOM INFAQ



GAMBAR di sisi.
Selasa, 04/08/2009 – Tahanan-tahanan Palestin di Penjara Salem, Israel melancarkan mogok lapar selama 2 hari sebagai bantahan terhadap kezaliman berterusan yang dilakukan oleh pengawal-pengawal keselamatan Israel serta keadaan hidup yang dahsyat di penjara itu.


Assalamualaikum wbt,

Moga pembaca budiman dalam keadaan sihat yang bertaqwa, andai sakit, kita sakit dalam kaadaan bertaqwa.

Pembaca sekalian, saya menyeru kepada diri saya dan kepada umat Islam seluruhnya agar mengambil peduli saudara saudara kita di Palestin, yang kita sedia maklum, saudara kita di Palestin berjihad memperjuankan Islam, sedangkan kita tidur lena dibuai mimpi.

Ayuh kawan kawan, berinfaq setiap minggu, dan saya bukanlah hendak menghebahkan kebaikan saya, ingin saya jelaskan, saya sudahpun mempunyai tabung Palestin di rumah sepertimana yang disyorkan oleh JIM lama dahulu, dan setiap hari Jumaat, insyaALLAH saya infaqkan rezeki yang Allah kurniakan. Saya syorkan setiap dari kita melakukan perkara yang sama. Sahutlah seruan JIM, kita bebaskan bumi Palestin dari penjajah kafir!


Tidakkah saudara kita di Palestin termasuk dalam melakukan jihad, tidak wajarkah kita membantu saudara kita yang pergi berjuang?

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (terjemahan surah Al-baqarah ayat 216)


Bukankah ciri orang yang beriman itu, menginfaqkan harta mereka?

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (2:3)

JOM SAUDARAKU...kita sama sama berinfaq...

PALESTIN MILIK UMAT ISLAM...

2 ulasan:

aku mozu said...

aku dah bce post2 ko..

aku tertarik ati gak ngn tanda2 kiamat.. memang ske cite dimaklumkn... sume dah ade. Dah la dah ade, xbleh diatasi plak oleh manusia. Mcm cntoh jenayah dan sosial, kdg2 kite pn smp penat nk ckp psl bende ni sume.

bisnes ko mkin bagus.. tahniah!

LamanKekLapis said...

em...jazakallah. niat aku nak mantapkan ekonomi org Islam...