Pages

ONLINE BIZ vs OFFLINE BIZ



Assalamualaikum wbt,

Hari ini aku hendak berkongsi sedikit cerita tentang perniagaan internet. Perniagaan internet tidaklah semudah ABC dan tidaklah sesukar XYZ.

Pandangan aku, perniagaan internet adalah kaedah memasarkan barangan online dan dibeli secara online tapi dihantar secara manual. Ketika masih remaja , aku tidak berapa tahu apa itu perniagaan internet, malah aku tidak tahu bahawa kita boleh berjual beli di internet sehingga aku sendiri yang terlibat dan terjebak dalam perniagaan ini. Aku sedikit sebanyak faham apa sebenarnya yang berlaku di dalam ‘jaringan internet’.

Jika anda selalu pergi window shopping di pasaraya yang besar, atau anda selalu bersiar siar membawa isteri ke pasaraya yang paling besar di Malaysia atau di dunia, anda akan lihat perniagaan secara manual dijalankan dan didagangkan. Anda juga akan lihat senyuman para pembeli dan senyuman para penjual atau sebaliknya. Anda juga akan lihat tawar menawar manual berlaku, anda juga lihat betapa banyaknya kedai dan lot niaga di pasaraya yang besar, dan pelbagai barang dari makanan sehinggalah ke barangan yang remeh temeh. Semua nya ada di jual di pasaraya besar.

Em..anda sudah faham kan situasi itu. Bagus, sekarang perkara yang anda lihat tadi adalah perniagaan secara manual, perniagaan internet adalah lebih luas dan besar dari itu, mungkin berpuluh, atau beratus ratus kali ganda besarnya dan luasnya. Pembeli anda datang dari seluruh negara, pembeli dan penjual berkumpul satu bumbung jaringan yang sama, pembekal dan pengedar bertukar tukar barangan di satu elemen jaringan yang sama, tidakkah ia sesuatu yang besar dan luas. Tidak ada sempadan.

Ketika aku ingin membeli kek lapis yang ditempah oleh pengedarku, duit di dalam poketku tidak cukup untuk menampung modal kek dan kos pos, maka aku ke bank untuk menambil wang dalam akaun bank simpanan. Aku terfikir, kalaulah duit boleh di ambil secara ‘online’, bukankah senang. Mungkin suatu hari nanti, duit tidak wujud lagi, yang wujud Cuma bilangan dan angka, mungkin nanti kad akan menggantikannya, dan ia bukanlah dalam bentuk duit yang dapat di pegang tetapi cuma angka (yang ghaib). Yang ghaib itulah sifat duit hari ini.

Perniagaan online juga memungkinkan kebebasan bekerja tanpa batasan dan tanpa kawalan, yang mengawalnya adalah diri kita sendiri, yang menjual adalah kita dan kita juga pembeli. Saya suka katakan, saya antara manusia yang sukakan pembelian secara online, ia lebih menimatkan masa, dan sudah tentu kita punye banyak pilihan. Lihat saja http://lamankeklapis.blogspot.com, anda punye pilihan yang banyak dalam pembelian kek lapis sarawak, anda boleh pilih mana yang berkenaan di hati dalam banyak banyak lot maya yang menjual kek lapis sarawak. Tidakkah kita mempunyai banyak pilihan ? Tidakkah masa kita tidak terbatas, terpulang pada kita, bila kita hendak membeli dan menjual, semuanya terpulang dan terserah pada kita.

Fikir-fikirlah kalian, sama ada mahu membuat online bisnes atau offline bisnes…dua dua nya punye kelebihan dan kekurangan.

BAK KATA WONDERPET..apa yang penting …BEKERJASAMA..he..he…

Wassalam.

4 ulasan:

June said...

Ya memang mudah berbisnes dan shopping online ni. Tapi yang ramai sellers gagal memahami ialah cara iklan kedai/website yang beretika. Tidak elok kalau memijak rezeki orang lain untuk kepentingan sendiri.

Saya terkilan dengan cara anda iklan di Wanitamelayu.com . Tergamak anda letak iklan di kedai yang disewa dan dibayar oleh seller Mamahana yang menjual kek lapis sarawak juga.

http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=13615&highlight=lapis+sarawak

Susah payah dia bayar sewa bulanan kedai untuk iklankan Kek Lapis Sarawak dia, anda dengan senang lenang tanpa mengeluarkan satu sen pun, menempek iklan kek anda (persaingan) di ruangan kedai Mamahana. Sungguh tak patut.

Berniagalah dengan cara berhemah, bukan dengan teknik yang tidak bermaruah.

Saya adalah customer Mamahana dan sangat berpuashati dengan service beliau.

Sekian.

Raithab said...

saya dah pun meminta maaf atas kesilapan yang berlaku, saya tak tau forum itu macam tu...selalunya tak sebegitu..saya dah pun minta maaf kepada mahama dan yang lainnya.

Raithab said...

saya pun dah buang iklan saya dari situ..harap maklum..terima kasih kerana memberi teguran, di harap jika di lain masa, sila terus e-mail teguran di e-mail saya.

June said...

saya pun minta maaf sebab posting kat sini dan cbox terang terangan. Bukan niat untuk memalukan. Cuma sekadar teguran.. saya tak terfikir nak email. Maaf sekali lagi. Anda boleh delete posting saya diblog dan cbox.

Terima kasih kerana membetulkan keadaan.