Pages

KEDAI TUTUP SEHINGGA 1 OCTOBER 2009


Assalamualaikum wbt,

Adalah dimaklum kan TEMPAHAN RAYA TELAH DITUTUP, tiada lagi tempahan selepas ini, sama ada melalui e-mail, sms atau apa apa jua kaedah yang digunapakai yang boleh sampai kepada tujuan MEMBUAT TEMPAHAN RAYA...

KEDAI LAMANKEKLAPIS DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 1 OCTOBER 2009.

Saya meminta maaf atas segala kekurangan dan kerana terpaksa menghentikan tempahan buat sementara waktu.

Saya juga mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS terutamanya buat pengedar yang aktif, yang berusaha bersungguh-sungguh menjadi pengedar kek lapis sarawak sehingga segenap masyarakat dapat menikmati kek lapis dan juga kek tradisional sarawak- kek hati pari.

Walaupun tempahan ditutup, anda digalakkan mendapatkan maklumat kek di sini dan bagi pengedar dan pembeli kek, anda di galakkan menyemak kod POS LAJU di lamankeklapis.blogspot.com, cara nya mudah saja.

Pada ruangan LATEST DELIVERY, akan tertera kod POS LAJU (saya akan e-mailkan kod POS LAJU setelah kek dihantar), copy kod itu, dan klik butto TRACK & TRACE di bahagian atas blog ini, dan paste di ruangan track, anda akan dapat jawapannya, bilakah pesanan akan sampai.

Akhir sekali, sekali lagi tahniah buat anda semua, bergembiralah dengan hasil usaha kita di hari raya nanti, jangan diperkecilkan nilai keuntungan atau komisen yang diperolehi, katahuilah saudaraku, seorang jutawan, tidak akan menjadi jutawan jika tiada wang bergelar RM seposen...

salam ramadhan...

Wassalam...

Bahtiar b Mahidin
Kuching, Sarawak

0 ulasan: