Gambar -gambar dalam perjalanan ke Kuching International Airport, ayahku yang memandu di tengah kesesakan lalulintas , isteriku di belakang dengan wajah ceria, dan aku sedang mencuba kerusi urut di KIA sambil menunggu boarding time.
Salam…salam lebaran dan salam menangisi kepulangan ramadhan…
Hari ne saya nak ceritakan satu kisah ttg Air Asia dan senaman pagi. Saya dan isteri semalam pulang ke kampung dengan flight Air Asia AK 5213, flight yang dijadualkan 9.05 malam , delay sehingga 9.50 malam…biasalah Air Asia, kalau diorang lambat, takpe..em..kan Tony..tapi kalau customer lambat seminit…em…tak leh masuk wa cakap lu….kadang kadang orang cakap, tambang murah, kualitinya murah juga..kebajikannya jadi murah…em…maksudnya orang air asia pun murah ek…apa apa pun lu fikir la sendiri….
Menaiki Air Asia tidak seindah menaiki MAS seperti mana anda sedia maklum jika anda pernah naik MAS..tapi jika tak anda tak maklum lah tu…
Kita beralih arah dengan cerita kita, tidak sampai 10 minit dalam kapal terbang, malah tak menjejak 20 kaki pun dari aras laut, saya dan isteriku tidur lena tanpa sedar, tidur tidur dan buka mata, kami pun dah sampai di LCCT Airport…em..betapa letihnya kami seharian mengejar masa, mengemas barang dan membungkus kek lapis Sarawak (yg digemari seluruh manusia) dalam minggu minggu ne…memang patut kami tidur lena dalam ‘angkasaraya’.
Seusai tiba, kami pun ambik barang atas ‘pagu’(tempat simpan barang atas belon), kami pun melangkah keluar dari sana dan Air Asia telah pun menyediakan SENAMAN PAGI buat semua penumpang setianya…BERJALAN SEJAUH 1 kilometer lebih (isteriku dah bising bab ne..diam diam je), em bagus AIR ASIA ne..sesiapa yang tak pernah bersenam dan ingin merasai senaman AIR ASIA, sila lah naik AIR ASIA dan bagitau awal awal kat pilot tu…suruh dia berhenti jauh jauh dari pintu masuk ke LCCT..biar lagi jauh berjalan , sambil bawak beg beg yang besar…beng yang kecil pun dah rasa lenguh, inilkan pula beg besar. Dinasihatkan kepada pihak yang berminat, agar menyediakan beg beg yang berat, kalau boleh bawak kek hati pari yang beratnya 3.7 kg setiap satu, bawak 2 dah 7 kilo lebih…wow…lepas ne mana mana yang beratnya 60 kg..mesti dalam sebulan boleh kurang 2 kg…inilah senaman AIR ASIA…daftar sekarang di AIR ASIA.com
Setelah penat bersenam secara paksa, anda bolehlah menikmati minuman panas di cafeteria LCCT di hujung sekali…sebagai hadiah buat senaman pada malam itu…em..senaman malam lah katakan…
1 ulasan:
salam perkenalan.
Post a Comment