Pages

BISNES MENJANA PENDAPATAN RM 400 RIBU?

aSSALAMUalalaikum wbt...

Sudah sekian lama saya memerhatikan mereka yang di luar sana menghantar kiriman e-mail sebegini:

Klik je.Lihat RM40 berbaris2 masuk ke akaun anda.
((((((((Program Baru & Paling Top )))))))))
Baru je join dah dapat RM10,000.
Anda Tidak Percaya?
Klik sini lihat bukti http://www.
Jadi yg terawal dan terima limpahan downline percuma dari upline anda.
*****Sms pemberitahuan pembayaran ke Handphone anda secara percuma****
****Duit terus ke akaun anda tanpa melalui admin****
****Auto Followup*****
****Redomizer****
Klik sini untuk daftar
Tiada Langsung Unsur Penipuan
daftar dan dengar bunyi sms serta lihat RM20 dan RM40 mencurah-curah masuk ke akaun anda.
Potensi Pendapatan Sehingga RM400,200 Dengan 1 Akaun
Bayaran Pengaktifan Hanya RM60 Sekali Seumur Hidup
Sekiranya terus ingin menjadi top reseller daftar 4 lot secara cucuk satay dan promot akaun ke 4 anda seperti mana saya lakukan.
Klik sini untuk daftar


atau sebegini:

Untung 150%. Taje je dapat RM50 + RM100
Baru Dilancarkan dan PayOut 100%
Modal Hanya RM100
Balik MODAL selepas menaja 2 Orang
Satu TAJAAN anda terima RM50.00
Klik Sini daftar segera.
Untuk setiap tajaan kaki ke 3 dan seterusnya , anda dibayar 100% (RM100) secara infiniti, dan tiada had! Susun sebanyak mana sekalipun.
Apabila tajaan kaki ke3 dan seterusnya pula menaja rakan dibawah nya, anda layak terima RM25 lagi.
Klik Sini daftar segera.
((((Tiada Unsur Penipuan dan Latar Belakang Syarikat yang Kukuh))))
“ Winner In Networking ”
WIN DOLLAR RESOURCES
( JM0542782-P )
5, Tingkat 2, ( Atas Bank Rakyat )
Jalan Anggerik 1, Taman Kulai Utama,
81000 Kulai, Johor

Bukan sekali dua, tetapi bertalu talu menerjah ke e-mail saya, apa yang lebih menghairankan mereka menyatakan seolah-olah betapa mudahnya memperolehi wang dan mendapat pendapatan sehingga RM 400, 000.00.

Saya tidak hairan, jika ianya betul betul berasakan produk yang dijual, tapi kalau sekadar membayar untuk menjadi ahli, dan ahli pulak membayar kepada ahli lain, dan begitu lah kitarannya, sampai bila sistem ini boleh bertahan? Ia bukanlah 'perniagaan sebenar', ia adalah tipu muslihat yang di atur secara bersistem, dan menjadikannya seolah olah suatu perniagaan yang menjana pendapat JUTAAN ringgit...kalau lah semudah itu, sapa sapa yang bergaji besar, tidak payah lagi kerja..dan join saja program ini, kita dah dapat RM 400 ribu sebulan...

Mudahnye dapat duit..ketika usahawan internet yang lain mempunyai produk e book untuk dijual, ketika usahawan internet lain mempunyai produk kesihatan dan makanan untuk di jual, tiba tiba ada segelintir dari kita 'berlakon' menjadi usahawan yang konon konon boleh menjana pendapatan RM 10 ribu sebulan (dgn menunjukkan slip bank mereka)...saya pun boleh menunjukkan penyata maybank saya yang menunjukkan RM 7 ribu sebulan masuk ke dalam akaun saya...dan sesiapa saja boleh tunjukkan sebegitu...

Bagi yang terpengaruh dengan program sebegini, saya meminta mereka untuk berfikir dua kali atau 10 kali, biar kita berfikir secara dalam dalam, sesungguhnya berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat seribu rakaat.....

Saya selalu menggalakan mereka mereka yang berada di luar sana, jika hendak betul betul menjana pendapat melalui internet, jom kita cari produk produk yang bagus, dan jualkannya di internet, percayalah, jika anda sudah ke tahap sebegitu, barulah anda faham apa itu bisnes internet sebenarnya, di mana sukarnya perniagaan internert, dan betapa seronoknye dan pantasnye perniagaan maya ini.

Selamat mencuba, saya doakan suatu hari nanti, mereka yang mengedar e-mail sebegini akan mempunyai produk yang baik bukannya sekadar program taja -menaja...

Jom Bisnes Internet!

0 ulasan: