Assalamualaikum wbt..sudah lama tidak update blog, walaupun begitu saya masih aktif di hadapan lap top, selain tengah memperbaharui blog saudagar-on-line.blogspot.com, saya juga aktif dalam forum forum tertentu, di bawah ini adalah catitan forum saya di http://www.kedahonline.net berkenaan isu kartika, ada pro dan kontra, dan saya juga melihat kekadang masyarakat Malaysia umumnya tidak 'bersangka baik' dengan sesuatu kebaikan yang berlaku apalagi kejahatan yang jelas. Ikuti kisah dalam forum ini, ada berani? komenlah... | ||
bahtiarmahidin wrote: salam.. keimanan yang dimiliki kartika wajar dipuji dan di contohi oleh masyarakat sekalian. Perkara mengakui dan mahu dihukum sebenarnya adalah fitrah keimanan manusia yang bertaqwa.. saya ucapkan syabas kepada kartika, mudahan taubatnya diterima. Saya juga tidak menyalahkan akhbar kerana mempromosikan isu ini, ia mempunyai pro dan kontra....sudah masanya Hukum Islam itu diimplementasikan di dalam kehidupan secara zahir dan batin... Wassalam.. Rafflesiaceaehunter wrote: Aku langsung tidak memuji dan mencontohi Kartika ni!! Kartika bukan orang yang layak dipuji dan dicontohi!! atomic98 wrote: pasaipa raff? salam....kita memuji keimanan kartika yang mahu dihukum sebat secara syariah...jgn terlalu bersifat 'menghukum'....sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..akuilah kita kekadang pun membuat silap dan dosa...adakah kita tidak mahu Allah mengampunkan kita? sudah semestinya ya...maka jgn perkecilkan usaha keampunan yg dibuat oleh kartika..mudahan Allah mengampunkan kita semua... Rafflesiaceaehunter wrote: banyak sebab mengapa aku tak mahu memuji dan mencontohi kartika ini...(sememangnya kartika tidak layak dipuji dan dicontohi!!) kalau anda mahu memujinya dan mencontohinya...terpulang!! aku tak mahu!! atomic98 wrote: siaran ulangan... pasaipa raff? bahtiarmahidin wrote: yalah..pasai apa?.... Rafflesiaceaehunter wrote: sebab apa kartika tidak patut dipuji...sebab kartika ni memang melakukan dosa besar, minum arak.. orang yang bersalah memang patut dihukum.. kenapa pulak kita nak puji dia? sama kes ada pencuri pecah masuk rumah korang... korang hilang barangan beribu-ribu ringgit... tiba-tiba, pencuri tu kena tangkap dan pencuri tu mengaku bersalah.. hangpa nak puji pencuri tu, orang yg melakukan dosa tu?? tak tahu laaa kalau hangpa nak puji pencuri tu pulak!! mengenai "sebab apa kartika tidak patut dicontohi"??... sebab kartika ni manusia biasa seperti kita.... kita tidak boleh mencontohi manusia yang tak maksum!! kita hanya mencontohi Rasululullah sahaja.. ALLAH SubhanAllah Wa Taala berfirman dalam Al-Quran: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Surah Al-Ahzab (33): ayat 21] ALLAH menyuruh jadikan Rasulullah contoh tauladan yang baik bagi kamu.... tiba-tiba ada orang nak jadikan kartika sebagai contoh pulak.... Rasulullah sebagai contoh?... atau kartika sebagai contoh?.. mana satu anda nak ikut?!!
|
0 ulasan:
Post a Comment