Pages

Yang HARAM di azab, yang HALAL dihisab!

Sudah lama tidak mendengar seorang murabbi yang ku hormati memberi pengisian. Ilmu yang dimilikinya sudah cukup mengerakkan semangatku untuk hadir ke kuliah subuh di Surau Kampung Gersik, Kuching.

Dengan berpakaian ala ala tentera, berbaju hitam, dia memulakan bicara dgn kesyukuran kepada Ilahi. Ayat bersahaja tapi mudah difahami.

Jarang kita lihat di sekitar Kuching, mereka yang bergelar ustaz mencapai tahap ilmu sebegitu, kalau adapun mungkin boleh dikira dgn jari, tidak seperti di Semenanjung Malaysia, ramai ustaz dan ulama di sana. Adapun ulama' di sini, Allah sahaja yang mengetahui.

Itulah Ustaz Sarbini, menghabiskan masanya bertahun tahun di Indonsia dalam mendalami ilmu, ceramahnya tidak pernah menghampakan. Setiap apa yang dibicarakan dikaitkan dgn unsur kehambaan, unsur tauhid dan perjuangan suci.

Ketika mengupas tentang isu MAZA, dia berkata, isu yang dikaitkan dgn wahabi adalah cerita lama, lagu melayu. Pandangannya, masyarakat masih lagi tidak bersedia untuk berubah dalam menerima apa yang cuba disampaikan. Jika begitu, sampai bila tahap ilmu masyarakat kita akan meningkat jika tidak bisa menerima perubahan.

Seringkali beliau berceramah, tidak lupa dia menyebut kata kata seorang ulama', yang berbunyi " yang haram akan diazab, dan yang halal akan dihisab". Mendengar ayat ini, sudah cukup mengerunkan, pada sesiapa sahaja yang mendengar sama ada remaja atau orang tua, org miskin dan yang kaya, yang berpangkat atau tidak berpangkat, semuanya terkesan dgn pepatah sebegini. Mana tidaknya, kalau yang haram sudah pasti di sabitkan kesalahan dan dosanya, dan yang halal juga tidak terlepas dari penghisaban.

Ya, dalamnya mengandungi sifat taqwa yang paling dalam, kehati hatian walaupun yang halal apalagi yang haram. Beliau juga mengingati kita ttg harta yang terbahagi kepada 3 bahagian, harta yang di 'makan' (dibelanjakan), harta yang di 'bakhil'kan(kedekut, tidak mengeluarkan zakat dan infaq) dan harta yang dibelanjakan pada jalan Allah.

Adapun jenis yang pertama, ia dibelanjakan untuk makan minum, dan akhirnya ia keluar sebagai bahan buangan, adapun yang kedua,harta yang disimpan dgn tujuan kedekut, tidak mahu dibelanjakan untuk sedekah dll, dan yang ketiga harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, inilah harta yang bernilai di sisi Allah...dgn syarat ianya ikhlas, dan tuntas kerana Allah.

Inilah dia, harta kita walaupun halal, ia tetap akan dipersoalkan, ke mana harta itu pergi, adakah untuk maksiat atau ibadah, begitu juga umur kita, adakah dihabiskan dgn amal, atau amal telah menghabiskan kita menuju ke neraka! nauzubillah...

Beliau juga mengingatkan kita tidak terlalu mencintai dunia, dan beliau mengingati kata kata seorang ulama dahulu, " sebanyak dan sebesar mana kita mencintai dunia, sebanyak dan sebesar itulah kita sedang meningalkan cinta akhirat"

Maka, jika kita sejengkal menuju dunia, maka sejengkal lah kita meninggalkan akhirat. Saya sendiri merasai kesannya, ketika cinta dunia menguasai diri kita, nafsu mula membisikan kata indah ttg keindahan dunia dan kemegahannya lantas, akhirat dikesampingkan, lalu kita bertanya, yang mana abadi?..akhirat atau dunia yang di kejar kejar....

Beliau juga menceritakan pengalamannya dalam ertikata seorang da'i, bekerja tanpa had masa, tiada overtime, dan inilah perjuangan, harapan hanya pada Allah, menjual diri pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Aku malu sendiri, dan merasai bebanan dakwah ini amat berat, ku muhasabah diri, satu usrah remaja pun aku kekadang tidak berjaya mengatur sempurna. Betul, bukan kejayaan yang ditanya tapi usaha. Dengan kesibukan dunia, program program dakwah dikesampingkan, wajarkah begitu, padahal tujuan hidup tidak seperti itu? Bukankah setiap detik, kita dihisab?


Itulah sedikit sebanyak kuliah subuh yang disampaikan Ustaz Sarbini Dahlan, murabbi yang kuhormati dan gembirannya hatiku andainya aku dapat lagi menjadi anak buah usrahnya lagi bagi memantapkan ilmu dan keyakinan tauhidku!

1 ulasan:

AjeRi said...

Ustaz Sarbini mberik kuliah Subuh pagi ya kah?

Arggh!!! Rugi aku sik ngekot!