Pages

ANJING-ANJING di LONG BEDIAN

Anjing-anjing di Long Bedian
Kurus dan tidak bermaya
Tidak seperti aning-anjing di Kota Miri
Gemok dan sihat

Anjing-aning di Long Bedian
Kotor dan badannya di liputi debu-debu tanah
Sehingga bulunya seakan-akan berwarna kemerah-merahan tanah
Tidak seperti anjing-anjing di Kota Miri
Cantik bulunya dan cantik dipandang mata

Anjing-anjing di Long Bedian
Lemah longlai mencari kudapan pagi
Di kirinya hutan, di kanannya pohon sawit
Apakah punya rezeki untuk hari ini?
Tidak seindah khabar anjing-anjing di Kota Miri
Perutnya boroi dek banyaknya makan

Anjing-anjing di Long Bedian
Terus-terusan hidup sebegini
Tanpa perubahan, tanpa apa-apa
Esok hanya menanti ajal menjemput pergi!

Nukilan ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ia Cuma berkisar tentang seekor anjing sahaja.

10.10 am
Park Hotel, Miri
(tak best langsung hotel nie, kalau aku tau, tak nak aku dok sini)

3 ulasan:

aku mzke said...

aku terharu la ngn sajak ni... ini adalah karya terbaik aku rse penah bace kt blog ko.

Cume ko ptut amik iktibar dr anjing2 long bedian... jd syukur la dpt dok hotel yg x best tu kalau dibandingkan dengan anjing2 di long bedian yg berehat di tepi2 jln, berbumbungkan bayang pohon dan beralaskn debu merah.

lamankeklapis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Raithab said...

ko sindir aku ker apa...?....oh..oh...

aku gie terengganu sabtu ne...