Pages

Pemerintah Berjaya 'sekularkan' masyarakat!



Pelbagai manusia mencetuskan pelbagai warna-warna kehidupan. Warna yang baik adalah hasil dari didikan dan kualitinya pewarna yang di gunakan, sedangkan warna yang kurang menarik adalah terjemahan dari dangkalnya ilmu dan pengetahuan. Namun, warna ini bersifat subjektif sepertimana lukisan, ada yang melihat abstrak itu indah, ada yang melihatnya biasa. Tapi asasnya tetap pada warna-warna yang mencerminkan pada satu, yakni fitrah. Fitrah tidak subjektif, ia objektif. Jika kita sebut fitrah, semua manusia mempunyai fitrah. Contohnya rasa ber’tuhan’, semua manusia mempunyai rasa ber’tuhan’. Ketika zaman dahulu, sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, tempoh ketiadaan Nabi (maksudnya tempoh lama ketika wahyu tidak turun ) adalah tempoh yang panjang. Ketika tempoh yang panjang ini, manusia pada waktu itu menyisihkan warna bersih para Nabi dahulu kepada kegelapan cahaya atas dasar fitrah mereka ber’tuhan’. Apabila mereka melihat matahari, mereka merasakan ianya ‘tuhan’ kerana ia berkuasa menerangi alam, apabila malam menjelma, bulan pula di jadikan ‘tuhan’. Lalu kadang-kadang di ukirkan lukisan bulan itu bersama-sama dengan ‘binatang’ gelap utk melengkapkan kekuasaan ‘tuhan’ itu untuk menjadi bahan sembahan. Perkara ini terjadi kerana adanya fitrah untuk menyembah dan rasa ber’tuhan’.

Manusia tidak mungkin hidup tanpa Tuhan, tidak mungkin hidup tanpa mempunyai fitrah menyembah, sebab itu manusia di seluruh dunia mempunyai agama walaupun bukan dari agama yang benar (agama samawi). Rasa beragama itu lahir sebab adanya fitrah . Allah berfirman : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka:"Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab:"Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah), (QS. 43:87)

Allah jadikan agama sebagai addin. Addin adalah cara hidup, cara bagaimana menjalani hidup, cara bagaimana berfikir selari dengan agama, cara bagaimana makan dan minum, cara bagaimana menjalani jimak, cara bagaimana untuk beriabadah, cara bagaimana untuk kerja dan seluruh lingkup hidup manusia dari undang-undang, politik, sosial dan ekonomi. Itulah addin. Itulah Islam. Ia bukan hanya ada di masjid tapi ia ada di mana-mana.

Melayu itu bangsa. Bangsa Melayu. Org Melayu semestinya Islam, dan Islam itu tidak semestinya melayu. Melayu wajib mengikuti Islam dan bukannya Islam mengikuti melayu. Melayu itu bangsa padahal Islam itu agama. Islam tidak mencegah untuk menguatkan bangsa, namun kekuatan bangsa itu harus di tunjangi Islam. Jika kita sebut bangsa, kita mungkin memikirkan hanya bangsa Melayu atau bangsa bangsa lain, namun jika kita lihat dari sempadan yang lebih luas, kita boleh melihat ‘bangsa Islam’. Siapa bangsa Islam?...bukankah tadi penulis menyatakan Islam itu agama, dan bangsa itu melayu? Lupakan tentang definisi kamus dewan tentang takrifan bangsa. Apa yang kita hendak sampaikan, Islam itu luas sehinggakan tiada di batasi bangsa, tiada di batasi geografi, tiada di batasi adat, malah ia lebih global daripada itu. Bangsa Islam ada di mana mana…di dalam Al Quran di sebut “Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)persaudaraan ini lah lambang bangsa Islam bukannya bangsa melayu atau lain lain.

Bila kita membataskan bangsa dengan dan mengikatnya kuat dalam dada kita (sehingga sanggup berjuang tanpa mendasari agama) maka, kita akan ‘membebaskan’ diri dari ikatan yang Allah firmankan dalam surah di atas. Apabila ini terjadi, golongan sebegini akan nampak ‘bangsa’ bukannya persaudaraan Islam, sabda Nabi SAW..assabiyyah

Perikatan asabiyah ini sudah ada di zaman Nabi

Maka, Islam tidak menolak terus sifat bangsa, namun jika ia melampaui batas tanpa di dasari dan ditunjangi Islam, pada saat inilah Islam menolaknya. Sesuatu bangsa boleh mulia dengan Islam, dan boleh menjadi hina jika meninggalkan Islam, bukannya menjadi mulia kerana di lahirkan sebagai bangsa melayu!

Sewajarnya melayu yang dilahirkan Islam mengikuti dengan baik addin Islam. Melayu tidak boleh tidak memisahkan Islam dalam hidup mereka. Jika ia cuba memisahkan, mereka inilah yang di katakan melayu sekular atau lebih teruk lagi melayu yang tersasar dari Islam. Sekular dalam bahasa mudah memisahkan agama dari hidup. Menjadikan Islam itu berpisah-pisah dalam lapangan politik, ekonomi, sosial dll adalah pemikiran sekular. Seperti yang di fahami, Islam bukan sebegitu. Ia adalah ruang lingkup segenap segi, baru ia akan di lihat indah.

Keindahan Islam tidak dapat dilihat pada peribadi seseorang kecuali peribadi junjungan Nabi SAW. Adapun sesetengah orang yang alim, keindahan Islam ada di situ walaupun tidak sepenuhnya. Maka, tidak boleh tidak, jika seorang alim, ugamawan atau selain nya membuat akhlak buruk yang bukan dari Islam, maka kita tidak perlu menjadikannya contoh seorang mukmin. Tidak perlu, apa yang kita ambik dari nya dalah ahklak yang bersumber dari Islam, jika dia melencong dari ini, maka ia tertolak.

Ada sebahagian golongan memahami ‘keburukan’ Islam dari tingkah laku ulama’. Ulama’ tidak maksum, mereka juga berdosa, namun jika mereka salah, itu bukan merupakan sebahagian dari Islam. Sebagaimana biasa, kesalahan dan dosa selalunya membawa kepada kebaikan (menjadikan manusia itu lebih baik dan bernilai) Ini terjadi dengan taubat, kembali kepada Islam dan penyesalan terhadap dosa dosa.

Sebahagian golongan tidak memahami Islam sebagaimana di fahami ulama’ tersebut lebih lebih lagi orang awam atau masyarakat. Apabila ulama’ berbicara, mereka bercakap dengan kefahaman ilmu yang mereka ada, sedangkan masyarakat juga bercakap namun berpandukan ilmu cetek yang ada pada mereka. Ada yang betul memahami sirah Nabi namun, dalam bab-bab lain mereka tidak begitu mahir sehinggakan pendapat ulama’ di tolak sebegitu sahaja. Apa lagi yang hanya mempunyai secebis ilmu, lalu dengan mudah menyatakan ulama’ ini sesat dll. Ini adalah kejahilan yang nyata, bercakap tanpa ilmu dan memberi pendapat dengan menggunakan akal semata-mata.

Ini di burukkan lagi dengan peranan media yang kita sedia maklum, memutarbelitkan fakta, dan kadang-kadang sesuatu berita yang kecil di besar-besarkan, di ‘aib-aib’kan sebegitu rupa. Ini lah yang terjadi di dalam masyarakat seterusnya pendengar-pendengar yang hanya mendengar dari sebelah pihak dan membuta tuli akan terus menerima tanpa soal bicara. Ini di katakan buta taklid zaman moden, (jika boleh di katakan moden!)

Saudara sekalian, ini berlaku di dalam masyarakat kita, apabila kurang ilmu dan kurang membaca. Kita dengar sesuatu berita dan kita ‘mengimani’ berita tersebut. Ini berlawan dengan apa yang di firmankan ALLAH…WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik 

membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah

kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas

perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6)

Sebenarnya, usaha pihak pemerintah untuk meng’sekular’kan rakyat telah membuahkan hasil walaupun tanpa niat apa lagi dengan niat memisahkan agama dari tunjang segala bidang. Dengan mudah idea sekular ini memasuki pentas kehidupan di sebabkan jahilnya rakyat, di sebabkan dokongan syaitan dan disebabkan nafsu kita yang mahukan hiburan semata-mata.

Kita di hidangkan dengan AF, di hidangkan dengan idola, di hidangkan dengan budaya hiburan (jika boleh di katakan budaya), kita di buaikan dengan Sure Heboh dengan artis-artis yang mendedahkan aurat, dengan Sua Rasa yang semakin heboh berbanding Sure Heboh, dan terbaru Islamic Fashion yang langsung tidak mengambarkan Islam…malah menghina Islam! Kita pun siap sedia mengundi calon artis kita, siap berhabis wang untuk sms artis kesukaan kita.

Semua ini sedikit sebanyak menghakis ‘keintelektualan’ dalam masyarakat. Kita letak hiburan itu berada pada tahap 1 di mana mana..termasuklah untuk apa sahaja upacara..artis lah yang akan menarik minat untuk majlis itu di hadiri ramai. Tidakkan pihak pemerintah berjaya dalam perkara ini?

Dahulu, di beritakan Forum Hal Ehwal Islam mendapat ranking yang pertama di Malaysia (jika tidak ada rancangan P Ramlee di saluran lain..jika ada akan rank no 2- gilir gilir- sekejap 1 sekejap 2)…maksudnya..rancangan Forum Ehwal Islam RTM dahulu merupakan top 1 rancangan TV ketika itu. Kenapa?...Dengan penceramah yang berwibawa, yang tulus dan menarik, akhirnya rancangan itu menjadi kegemaran orang tua dan muda mudi sepanjang tahun tersebut…sehinggalah sedikit demi sedikit penceramah Ehwal Islam di ‘gam’, di ‘bisu’kan…akhirnya ia hilang..dan terus longlai…..sekarang rancangan TV yang paling popular adalah rancangan hiburan..rancangan drama TV…EH Wal Islam entah di mana….( di mana hal ehwal Islam?...hanya di masjid dan surau?)

Ini lah yang berlaku….sejarah membuktikan bahawa parti pemerintah berjaya meng’sekularkan’ masyarakat sehingga lupa agama…lupa tentang kepentingan agama…kita tidak akan lupa pada sejarah lalu….ketika zaman remaja kami di ‘cantas’ oleh para pemerintah yang mengambil tindakan ‘gam’ terhadap ulama’..maka ketika itu kami menyatakan…’jahatnya pemerintah kerana cuba menutup ilmu dari masyarakat !’….Kami tidak akan lupa sampai bila-bila….

1 ulasan:

Anonymous said...

Salam.. mengenai Bank Islam (atau bank yg menggunakan cara Islam) masih lagi terdpt riba (aka Backdoor riba).. ana telah rujuk perkara nih kepada sorang Ustaz dari kulim.. ini disbbkan penggunaan wang kertas tidak mmpunyai 'ain sperti emas dan perak.. sekrg ni kelantan telah pon menjalankan perniagaan harian (jual beli) dengan mneggunakn dinar emas dan perak setlh berjumpa dgn TGNA mmbincangkan perkara ini.. Insya-Allah kedah akan bermula tidak lama lagi.. dan strusnya selnagr, johor..