Pages

Keyakinan Kita Membentuk Diri Kita

Pernahkah kita melihat seorang yang berucap dengan penuh yakin dan keyakinan yang ditunjukkan membentuk karakter dan kewibawaannya. Cara penyampainnya, cara menentukan sesuatu topik sehingga sesuatu topik itu menarik perhatian, kadang-kadang kita terfikir di mana kah dia mendapat keyakinan sebegitu. Terdetik di hati kita untuk menjadi seperti merkea, berkeyakinan dan berketrampilan tika di hadapan orang ramai. Mungkinkah perbezaan kita denggannya adalah tahap keyakinan. (orang putih cakap, confident)

Pada pandangan saya, keyakinan bagi seseorang manusia dangan manusia lain adalah berbeza, bergantung kepada tahap masing-masing. Tika minum petang bersama kawan-kawan di KFC Restaurant petang semalam, perbincangan sedikit sebanyak berkisar tentang tahap kehidupan yang berbeza dengan keperluan yang berbeza. Setiap orang mempunyai matlamat lain di dalam kehidupannya, jika begitu, perbelanjaan/ gaji kerjanya akan di habiskan menurut matlamatnya. Maka, matlamat yang diyakininya itulah yang meyakinkannya untuk membelanjakan wangnya atau tenaganya ke arah tujuan tersebut. 

Jika kita lihat dalam hal lain, keyakinan para pencebur MLM, membuatnya sanggup berjaga malam bagi menghadiri seminar atau menemui pelanggannya berbeza dengan pencebur MLM yang masih was-was dan tidak yakin, mereka ini diumpamakan seperti biskut chipsmore, kejap ada kerja takde. Berbeza kan keyakinan masing-masing?

Keyakinan akan membentuk peribadi dan pemikiran kita. Mungkin ada sesetengah pendapat keyakinan yang datang lahir dari pengalaman hidup. Ada benarnya, salah satu tujuan mukjizat para Nabi adalah untuk menancapkan keyakinan pada hati bahawa mereka adalah Nabi utusan Allah.( correct me if i'm wrong)

Orang yang berjaya pada hari ini bukanlah orang tidak pernah gagal, tetapi mereka yang dah merasai manisnya kegagalan(maksudnya dah berkali-kali gagal). Mereka belajar dari kegagalan dan bertambah keyakinan dalam bidang yang mereka usahakan. Keyakinan mereka untuk berjaya tidak pernah luntur. Tidakkah anda rasa pengalaman membentuk sejalur keyakinan?

Ilmu juga membentuk keyakinan. Dulu, semasa 'presentation' di Universiti, para pelajar bersedia dengan kefahaman tentang apa  yang di sampaikan semasa Projek Sarjana Muda mereka. Ada yang mempunyai penyampaian yang baik, ada juga yang terkapak-kapak menyampaikannya. Ini kerana, dengan kefahaman, mereka yakin akan menyampaikan sesuatu dengan baik dan berkesan.

em....emm..fikir-fikirkan....lu fikir la sendiri(pinjam word nabil)

0 ulasan: