Pages

Kisah Bersama Syaitan

Salam ceria,  assalamualaikum wbt...

Kisah ini terjadi dengan seorang pemuda, nampak ringkas namun penuh makna kehidupan.
Makna kehidupan atas landasan taqwa. Kisah ini mungkin juga berlaku pada semua manusia, bezanya sama ada kita sedar atau tidak, bezanya kita menganggapnya kawan atau musuh.

Kisah nya begini, pada suatu hari yang dimuliakan, Jumaat, seorang pemuda mempunyai keinginan di hatinya untuk bersedekah untuk anak-anak yatim. Selalunya, di Masjid utama, ada box sedekah yang disediakan untuk golongan anak-anak yatim. Sebelum pergi menunaikan solat Jumaat, pemuda ini tadi membelek-belek beg duit nya untuk mendapatkan wang yang ingin disedekahkan. Yang terdapat di dalam beg duit tersebut, duit nilai RM10, RM5(1 keping) dan RM 1(3 keping). Di dalam hati pemuda tersebut, tidaklah dia hendak meniatkan untuk bersedekah RM10, yang diniatkan nya adalah mungkin RM3 atau lebih. Ketika itulah, pemuda tersebut mengambil note RM5 untuk tujuan tersebut, namun tiba-tiba hatinya berkata, nilai RM5 ne sama nilainya dengan nilai top up digi, bisikan halus itu menyatakan 'lebih baik beli top up jika dibandingkan dengan sedekah ini'. Suara-suara halus itu juga memberi arah supaya lebih baik bersedekah dengan note RM1 tu.  Allahu akbar..

Pemuda itu lalu sedar dan terus mematikan khayalan dan bisikan halus para syaitan durjana itu, lalu mengabaikan dan beristigfar kepada Allah. 

Di dalam hati pemuda tersebut berkata berbaloikah membandingkan nilai dunia dengan ganjaran akhirat?

Ambilah iktibar dari cerita di atas, sesungguhnya nilai ganjaran akhirat itu tidak nampak di depan mata padahal dunia itu kita nampak. Benarlah, sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagi kamu, maka mengapa kita harus tunduk dengan syaitan laknatullah.

Waahua'lam

0 ulasan: