Pages

Perjuanganku Hidupku Matiku...

Assalamualaikum wbt,
Semalam selepas saja balik dari meeting di sebuah tempat di sekitar Kuching, aku mendapatkan isteriku di talian, merangkap sahabatku di dunia dan akhirat. Aku menelefonnya bagi menjelaskan apa yang sepatutnya dia tahu dan faham, moga-moga dia faham akan perjalanan hidupku. Pertama kali, sebelum ku turun ke perjumpaan semalam, hujan memang lebat, kalau ikutkan nafsu mungkin aku tidak mahu pergi, isteriku bertanya melalui telefon (sebab hujan semalam yang lebat memberi efek yang jelas bahawa lebatnye hujan di luar), dia bertanya, kalau hujan, macammana nak pergi. Seperti ku katakan tadi, secara logik dengan hujan yang lebat, dan aku cuma menaiki motosikal, logik akal kami berfikiran sebegitu. Namun, jika di imbas kembali perjuangan perjuangan rakyat palestin, yang seharian berdepan dengan pertarungan nyawa, yang dihujani dengan bom oleh kaum Yahudi laknatullah, jika dikenang perjuangan para sahabat dahulu memperjuangkan addin, wajarkah kesukaran pada hari ini mematikan usaha da'wah? wajarkah kesengsaraan yang sedikit mengugat perjuangan yang menebal di hati? senangkah dengan alasan yang tiada berpenghujung untuk terjun dalam medan ini?....Aku beristigfar panjang, kalau lah hujan lebat itu melemahkan perjuangan kita, apa lagi jika selain itu?
Aku menerangkan kepada isteriku mudahan kami sama-sama faham, jalan yang kita lalui sebagai pengemban dakwah ini amat berat dan sukar, apa lagi di Kuching, banyak lagi yang harus diperbetulkan dan di syiar kan. Mudahan Allah mudahkan kerja-kerja ini.
Untuk sahabatku sekalian, mari kita istiqomah dalam perjuangan ini, marilah kita sama-sama mengemban da'wah ini agar ia mekar di bumi kita, atau kita mati dalam memperjuangkannya....
11.48 am, Batu 2 1/2, Kuching.

1 ulasan:

aku mozu said...

Duhai sahabat,
Jika kau lihat pd dunia,
Dgn semangat jiwa mu,
Maka terbakar dunia...
Lantas kering lautnya.

Duhai sahabat,
Jika kau laung pd dunia,
Dakwah muliamu,
Sedunia yg mnyambut..
Bisa tenggelam dlm asyik.

Duhai sahabat,
Jika kau kibarkn panji perang,
Aku kn sambut gendangnya,
Kita amuk bangsa laknat!!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!