Pages

satu Pendapat

Assalamualaikum wbt,
Ketika orang ramai memperkatakan tentang pemboikotan produk Amerika dan Israel, ada juga yang menyuarakan kebimbangan dari segi ekonomi jika Malaysia memboikot produk Amerika, yang di andaikan jika Amerika berbuat sama dengan apa yang di lakukan oleh kita, maka ekonomi Malaysia akan terjejas.
Maksudnya, Malaysia dikatakan rakan niaga terbesar Amerika, dan tidak dinafikan ekonomi Malaysia bergantung kepada US, mungkin pakar ekonomi boleh menghuraikan apa yang di sebut di atas, mungkin ada kebenarannya.
Suka dicadangkan, andai ini benar, maka kerajaan Malaysia harus sedikit sebanyak mengurangkan 'perniagaan dua hala' , yakni meminimumkan perniagaan ini seminimum mungkin. Tidak harus ekonomi kita bergantung penuh dengan US, sepertimana yang berlaku pada dunia arab sekarang ini. Kita mengkritik Pak Arab kerana membisu seribu bahasa, wal hal kita bila diperkatakan tentang pemboikotan, kita juga tersepit. Seboleh-bolehnya, rakyat malaysia, pengguna juga memainkan peranan yang besar dalam perkara ini, contohnya nestle, yang sudah bertahun-tahun ada di Malaysia, yang dikatakan menyumbang kepada Israel dan US, sanggupkah kita mengenepikan Milo, Nescafe dan lain-lain produk Nestle, yang sudah sebati dengan kehidupan kita? Jika tidak sanggup, usah kata untuk memboikot. Kita juga umpama rakyat Pak Arab, yang kekadang cakap lebih untuk tunjukkan kita tidak terikat dengan US, tapi sebenarnya kita juga tidak lebih dari apa yang kita fikirkan.

Di masjid dan surau-surau, syukur dilaksanakan solat hajat dan qunut nazilah, namun tidakkah lebih baik di samping itu, setiap surau dan masjid di adakan tabung-tabung untuk palestin, manakala di masjid untuk 2 bulan ini, tabung2 anak-anak yatim dan masjid di 'gantikan sementara' dengan tabung palestin. Tidakkah cara ini lebih mudah dipraktikkan oleh orang awam/orang-orang tua, kerana tidak semua orang ada kesempatan untuk ke bank, tidak semua orang mempunyai masa dan tau perbank internet, maka jika ia dapat dipermudahkan, kenapa tidak.

Oklah..sambung-sambung kejap je menulis ne...kejap-kejap di ganggu oleh kerja di opis..eee...wassalam.

0 ulasan: