Pages

Hari-hari yang memenatkan...

assalamualaikum wbt.
Hari-hari yang memenatkan- Tajuk Pertama
Ada masanya idea datang pada ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Kalau ikutkan kesibukan hari ini, aku tidak ada masa untuk menulis, apakan daya korang mesti rindukan tulisan aku, kesian pulak nanti kat korang yang dah lama tidak membaca tulisan ku.
Dua minggu lepas, ketika isteriku berada di sisiku, aku amat sibuk dengan kerja-kerja pejabatku, padahal sebelum ketibaan isteriku, takdelah sibok sangat. Hendak dijadikan cerita, pada minggu isteriku berada di Kuching, ada hari-hari aku tidak sempat balik tengahari ke rumah kerana ada kerja di luar. Amat memenatkan, dan kekadang menyeronokkan. Apa yang seronoknya, aku ingin berkongsi dengan pembaca sekalian. Yang seronoknya, aku ada kerja luar berjumpa dengan pihak klien di UNIMAS, bagi melihat cadangan projek menyiapkan makmal komputer. Pelbagai pihak yang hadir, termasuk dari pihak UNIMAS sendiri dan orang tengah UNIMAS (GLC) , pelbagai pihak itu juga mewakili pelbagai kaum Malaysia, dari Melayu, India, Cina, Iban, Bidayuh...unik kan negaraku...negara anda juga. Setelah mentari naik sepenggal di atas kepala, perut para kontraktor, klien dan pihak GLC tadi sudah mulai merasai nikmat lapar. Lapar boleh jadi nikmat bila kita tau mensyukuri lapar itu. Maka salah seorang daripada mereka lalu mempelawa semua yang hadir untuk makan bersama. Kami makan di tempat berhampiran dengan UNIMAS, dipendekkan cerita, kalau panjang-panjang cerita baik aku buat novel sastera, maka setelah hidangan makanan, hidangan ala-ala hotel padahal tempat tu restaurant biasa je, maka bermulalah acara yang ditunggu-tunggu. Ada di antara mereka yang siap membasuh tangan termasuklah aku. Lalu dengan semuanya sudah bersedia, mereka pun makanlah menggunkan sudu dan garpu. Namun begitu, tidak bagi aku, aku dengan tapak tangan kananku, aku makan dengan selamba menggunakan tangan tanpa mempedulikan 7 orang yang besamaku yang makan menggunakan sudu dan garpu. Aku rasa lebih puas dan nikmat. Begitulah Malaysia..unik kan....
Tayarku pancit buat kali kedua -Tajuk Kedua
....nantilah aku sambung cerita ne...aku ada kerja lah nak dibuat...kerja kau ne macam biskut, kejap ada kejap takde...tapi bagus gak, kekadang aku dapat buat kerja lain..bisnes kek lapis sarawak...2 minggu lepas ada order 45 pcs Kek Lapis Sarawak, minggu ne syukur ada 85 pcs Kek yang orang order...nanti aku cerita k kawan-kawan....

0 ulasan: