Pages

Bisnes Internet -Realiti atau Fantasi?




Tanda-tanda kekenyangan...






TEPPANYAKI -nama macam ala-ala jepun..
Gambar atas sekali- sempena GAWAI DAYAK -tempat THE SPRING. Kuching.
Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh…
Dalam minggu ini, penduduk Sarawak meraikan cuti Hari Gawai yang di sambut oleh mereka mereka yang merayakan hari ini, yang tak merayakannya, mereka ini meraikan cutinya…biasalah…semua orang suka cuti, tidak kisah lah cuti apa, setiap orang sukakan cuti terutamanya orang yang bekerja macam aku…he…he…bestkan cuti..boleh pergi bersiar siar…boleh pegi cuci mata kat shopping complex..boleh tido di waktu tengahari walaupun panas.
Di petang hari boleh minum-minum petang sambil mengunyah burger, selepas itu boleh berbincang dan berkongsi-kongsi idea bagi memperluaskan bidang perniagaan internet ataupun perniagaan yang bukan dari internet. Siapa tau idea dari kedai kopi, walaupun kami tak minum kopi (orang selalu sebut kedai makan kedai kopi) boleh menjadi reality bukan fantasi. Sempat juga petang yang tidak bekerja kami meluangkan masa di kedai makan ala –ala jepun..walaupun chef masakannya orang melayu dan cina. Makan di tempat sebegitu aku rasa tak boleh dibuat harian, ia bukanlah tempat yang sesuai bagi mereka yang berpendapatan sederhana, mana taknya, satu set yang aku makan sampai RM 14 lebih. Inilah cuti, selain dapat ‘mengurangkan’ budget bulanan, anda juga boleh ‘menambahkan’ idea bersama-sama kawan-kawan.
Sepanjang kami makan dan minum, sepanjang kami di dalam kereta dan sepanjang kami berjalan-jalan di pasaraya The Spring, perbincangan kami berkisar-kisar dalam isu perniagaan internet. Kawanku menceritakan, kawan kepada kawannya mendapat 40k sebulan untuk perniagaan intern et, aku pun tak lah terkejut sangat mendengar berita itu, bagi aku itu perkara biasa dalam perniagaan internet. Yang aku tidak biasa bagaimana ia dapat mendatangkan pasaran yang luas di dalam blog atau web nya?
Sebenarnya seronok berhubung dengan internet dan ber’interaksi’ dengan internet. Apa lagi jika kita melibatkan diri dalam perniagaan internet, ia seakan akan satu magnet yang melekat dan kekadang menjadi ketagih. Kita lihat macam lelong.com, mudah.com dan e-bay, web ini mempunyai berpuluh puluh ribu pelanggan, dikatakan e-bay mempunyai ‘register customer’ yang paling ramai. Bayangkan kalau RM 1 (untung bersih) dibelanjankan oleh setiap pelanggan internet dalam lelong.com, kalau 10 ribu pelanggan, ia akan mencecah RM 10 ribu keuntungan.
Kita pun boleh mendapat keuntungan sebegitu atau lebih jika kita menggunakan strategi yang bersesuaian dengan apa yang kita jual. Bagi aku, ada beberapa perkara yang wajar diketahui sebelum menceburi perniagaan internet :

1. Mengetahui asas-asas membina perniagaan internet – asas-asas ini termasuklah membina web, merekacipta rekabentuk web yang menarik, memahami system pembayaran internet dan lain-lain yang dapat memudahkan pengguna dan pembeli melihat web dengan jelas, faham dan mudah. Inilah aku rasa yang perlu, pengguna internet mahukan kemudahan, sesuatu yang ringkas namun berkualiti, sesuatu yang cepat sampai ke rumah mereka bila tempahan di buat..betul tak?

2. Memahami siapa yang kita berurusan – Pembeli kita adalah pengguna internet, dan mereka juga merupakan pembeli yang hendak membeli apa yang kita tawarkan dalam penjualan. Kita mesti mensasarkan pengguna yang betul ke laman web kita. Kita mesti meyakinkan mereka tentang keupayaan kita dan member mereka keyakinan kepada mereka tentang kualiti produk yang kita tawarkan pada kadar harga yang berpatutan dan produk mestilah berkualiti.

3. Unik dan stylo- Produk dan web yang kita buat mestilah unik dan ‘stylo’…senantiasa up to date, senantiasa menjadi unik dan menarik.
Aku mengimpikan apa yang aku tulis, mungkin hari ini tulisan ini tidak diberi perhatian sebab nama aku belum lagi se-gah Irfan Khairi, atau se-tanding dengan nya, esok-esok tulisan ini akan di jadikan rujukan, mana tau ia akan menjadi e-book..sebelum ia menjadi e-book…bolehla korang copy paste….he..he….
11.50 malam, 2 Jun 2009
Astana, RPR Phase 2.
Kuching. Sarawak.




2 ulasan:

aku mzke said...

alahai en bahtiar..
lu mau jd org kaye ye..
wa xnk kutuk lu.. tp wa harap bila lu senang, lu kontek la wa. blanja la wa bcuti ke bali 5 hari 4 mlm. k tu je.

Raithab said...

nnt aku kayo..aku bawak ko ke Madinah ker..mekah ker...berganda ganda pahala aku..kan dah jd kaya pahala aku..kaya gak..