Pages


wajah guru baru yang 'gementar'..
Assalamualaikum wbt..


Hari ini dalam sejarah Malaysia, sekolah Sheikh Hj Othman Wahab (SHOAW) akan mendapat khidmat seorang guru baru, yang didatangkan dari seberang laut dan yang akan mengajo matapelajaran Sains. Hari ini juga, hidupku berubah (tidak seperti dulu- sepeti lagu exist) dan ini mungkin langkah pertama dan ianya baru bermula.


Pagi tadi seusai solah subuh, seperti kebanyakkan orang Islam yang lainnya, yang mengakui Allah itu Esa dam Muhammad SAW adalah Rasul yang terakhir, aku dan isteriku berkemas kemas seperti kebanyakkan orang biasa seolah olah mengejar pagi yang bakal menyinar. Sebelum matahari terbit di sebelah timur, kami sudahpun keluar merasai dinginnya embun pagi. Ya..aku akan berangkat awal pagi untuk menghantar isteriku ke sekolahnya, sebelum ini aku takde lah rasa embun pagi…paling kurang kul 8 pagi baru turun kerja. Hampir 28 minit dari kediaman ayahku, kami sampai di sekolah tu. Sampai di sana, ramai yang tertengok-tengok pada kami, ye lah sesuatu yang ganjil bila kami datang, kerana sebelum ini kami tidak wujud dalam ‘dunia’ pelajar dan guru di situ…em..memang ganjil apalagi bagi isteriku yang melapor diri…aku buat selamba je..bukan aku yang nak mengajo. Kami pun duduk di kerusi di luar bilik guru, menunggu masa pendaftaran guru….duduk duduk sambil cuci mata….ramai budak sekolah..em dah namanye sekolah..mestilah ramai….


Emm..nak dijadikan kisah sejarah…kisah hari ini, kami disapa oleh beberapa orang cikgu yang ramah. Sebelum itu, aku nak ceritakan, penampilan diriku, aku berbaju smart, tapi pakai jaket…dan pakai SELIPAR (biasa bagi aku kerana kasut aku di opis). Isteriku bebaju kurung la macam biasa. Nak dijadikan drama, tengah tengah kami duduk, ada cikgu yang bertanya “ nak melapor diri ek”…soalan tu dituju pada aku…aku cakap la..”ye…tapi dia” sambil aku menunjukkan isteriku. Soalan yang dikemukan macam aku plak yang nak melapor diri. Yang lebih lucu, ada plak yang panggil aku ustaz!...ha..ha…nak tergelak pun ada, ada rupa ustaz ker aku? Satu lagi yang best, tengah bertanya khabar dengan cikgu lain, ada lagi yang bertanya soalan yang sama, aku pun menjawab,” em..ye..tapi biniku”…lalu…cikgu yang bertanya tadi (dia mengajo sains gak) mengulangi ayat ku,” oh bini ek”..tiga kali dia mengulang ayat yang sama…aku pun menjawab..ye..ye..


Sekilas pandang aku rasa cikgu cikgu yang disitu mesti ingat aku bawak adik aku untuk melapor diri, sebab isteriku tadi senyap je…jadi dia tak tau isteriku orang semenanjung..mesti dia ingat adik aku..saudara ker…


Em..kalau seimbas pandang, isteriku memang Nampak budak buadak..kalau dia pakai baju sekolah sama macam budak budak sekolah ne pakai..mesti orang tak perasan umur dia dah 25 tahun…Itulah alkisahnya, hari pertama aku menghantar isteriku untuk mengajo di sekolah tu….seolah-olah aku plak yang macam nak daftar….ada rupa ker aku jadi cikgu…?


8.00 pagi, Jalan Laksamana Cheng Ho.

1 ulasan:

aku mzke said...

pertama..
ko malas bangun pg.. semua kwn2 da maklum.

kedua...
muka macam ust.. perangai mcm s... ko jwb la sdri.

ketiga...
ckgu2 kt situ ingat ke dorg dpt cikgu besar bru sbb muke ko mcm 3 taun lg nk pencen, sbb tu dorg terkejut bile yg sebelah tu bini. Jgn kecewa, bleh try pkai oil of ulan.