Pages

Part time Bisnes..




Sebahagian Kek Lapis yang sudah pun dihantar kepada orang yang menempahnya di Perak.

Salam..

Sesampai aku pada pukul 6 pagi lebih di rumah bapa mertua ku, aku lena sekejap di rumah sebelum ke rumah kawan isteriku untuk menghantar kek lapis dan kain pua kumbu, sebelah petangnya pula kami sekali lagi ke Kuala Kangsar untuk menghantar Kek Lapis kerana kawan yang seorang ne, dia berada di rumah selepas asar, jadi kami pun pergi lagi ke KK memandangkan kami dah berjanji untuk berjumpa selepas asar. Sesampai di rumahnya, kami pun masuk ke rumahnya setelah dipelawa masuk, kalau tak pelawa takkan nak masuk terus. Dia bersama suaminya yang juga seorang cikgu dan anaknya yg berumur 6 tahun setengah. Isteriku ini boleh tahan jugak bersembang, sembang punye sembang, suaminya datang, suaminya juga seorang cikgu, aku sempat bertanya khabar dan bertukar cerita dengan suaminya, daripada cerita itu, aku mengetahui suaminya mengajo’ (loghat perak) orang asli di pedalaman kampong Sg Siput, aku tak tau pun ada orang asli yang tinggal di hulu kampong ini. Dia bercerita jalan tu ke sekolah tu tak leh naik kereta, jadi dia naik moto ke sana dan singgah ke rumah kawan nya di sana untuk menukar motonya ke moto scrambler, wow cikgu ke sekolah naik scrambler(betul ker ejaan aku?)…teringat juga aku kisah cikgu yang merangkap kawanku yang naik bot ke seberang sungai untuk mengajo di seberang sana, yang ngerinya, pagi-pagi bila air surut, si buaya ramai-ramai mempamirkan tubuhnya yang seksi bersidai di pinggir sungai tu..em..ngerikan.



Besar pengorbanan cikgu dan luas pemandangan mereka, sanggup sebegitu dalam mendidik anak bangsa, mudah-mudahan mereka dengan tulus mengajo bukan semata-mata kerana di ‘anugerahkan’ dengan gaji yang besar baru sanggup melakukan rutin harian yang mencabar seperti itu. Aku ucapkan tahniah kepada guru-guru yang sebegini. Merekalah guru untuk generasi akan datang.



Kita tinggalkan kisah tersebut berlalu , sepertimana berlalunya rutin harian seorang guru. Aku kembali menceritakan tentang bisnes part time aku di sini, menjual kek lapis, sebahagian gambar Kek yang aku ambik untuk di hantar dengan orang tengah, dan orang tengah ini diberikan komisen jika orang yang order atas nama dia. Sekurang-kurangnya dapat juga keuntungan kek lapis ini membantu dan menambahkan pendapatan yang sedia ada, ketika perlukan duit dalam masa kecemasan. Itulah yang berlaku pada aku, duit keuntungan Kek aku gunakan ketika aku dalam keadaan kecemasan dan tika ‘menunggu’ hujung bulan.
Biasa begitulah rakyat kebiasaannya, menunggu hujung bulan, menanti hujung bulan…bulan je tak tiba ke riba mereka. Inilah yang hendak aku ubah dalah diriku, aku tidak mahu ‘bergantung’ dengan keadaan ini, biar kita ada sesuatu yang dapat memutar keadaan kebiasaan itu. Aku nak menjadikan diri ini luar biasa, biar jalan yang tidak dilalui oleh orang kebanyakkan, biar aku seorang yang melalui jalan itu agar aku dapat menjadi orang berharta pada jiwa dan kebebasan berkerjaya pada yang aku minat. Aku pasti betapa ramai yang diluar sana, mengimpikan perkara yang sama, kebebasan kewangan, membeli tanpa had, menginfaq tanpa bicara, melakukan dengan rela hati….em..kita boleh jika berusaha dengan cara yang luar biasa, kita dapat jika berfikir secara positif, kita mampu jika punya visi dan matlamat untuk mengubah diri kita sendiri.



Maka atas sebab itu, aku membeli buku yang berkaitan dengan tujuanku, agar aku dapat memahami dengan sempurana apa yang aku inginkan, supaya aku bergerak dan berbuat atas landasan ilmu dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Jom, kawan kawan, kita berubah..Hari ini mesti lebih dari hari semalam, kalau hari ini kita dapat solat maghrib berjemaah, esok kita dapat 2 kali solat berjemaah, kalau hari ini kita bertasbih satu kali, esok kita bertasbih 3 kali, kalau hari ini kita mendapat pendapatan RM 2000, esok kita akan dapat RM 3000 sebulan, kalau hari ini kita tidak solah, esok kita akan solat , kalau hari ini kita membaca satu halaman Al Quran, esok kita gandakan 2 halaman. Kita boleh jika kita mahu, sebaliknya kita gagal kerana hati kita sudahpun ‘berpendapat’ sebegitu! JOM BERUBAH dari segenap segi untuk keredhaanNYA!



9.18 Malam, 11 Jun 2009
104 A, Trosor, Sg Siput(U)
31000, Perak.

0 ulasan: