Pages

Bolasepak - MALAYSIA VS MU





GAMBAR 1: RAKYAT MALAYSIA berbaju MU di MALAYSIA di perlawan MU menentang MALAYSIA
GAMBAR 2: Baju baru MU
GAMBAR 3: Baju Harimau Malaysia yang orang MALAYSIA malu nak pakai !



salam semua...

Tak pernah pernah blog ini mengupas tentang bola sepak..namun hari ini , atas permintaan ramai, saya memberikan sedikit ulasan tentang bolasepak malaysia dan kaitannya dengan semangat patriotik Malaysia. Lupakan tentang KEK LAPIS SARAWAK, jom kita cerita hal bola.

Anda tengok tak gambar pertama, ia adalah baju harimau Malaysia, dan kedua, adalah baju Manchester United yang baru dan ketiga adalah rakyat Malaysia yang memakai baju baru Manchester United di stadium Bukit Jalil, Malaysia.

Malaysia hampir menang dengan MU, setiap kali MU menjaringkan gol, Malaysia bersorak sorak dan setiap kali juga Malaysia menjaringkan gol, penonton Malaysia juga bersorak gempita.

Setiap hari di sekolah melainkan sekolah agama, kita nyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat. Itu cerita sekolah ...cerita lama. Sekarang kita masih nyanyi lagu Negaraku tapi kita pakai Baju Manchester United yang baru di hadapan PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA, negara kita, BUMI KITA. Kita tunjukkan kepada rakyat penjajah/asing, kita adalah rakyat malaysia yang patriotik? emm...kita harus malu dengan diri sendiri.

Lihat dan contohi pemain malaysia (Congartulations to Raja Gopal- he's done a good job)..walaupun penyokong memakai baju MU, mereka dengan penuh semangat memberi tentangan dan hampir menang dan membuktikan BAJU HARIMAU MALAYSIA yang dipakai lebih berharga dari baju MU yang baru

Aku tak kisah jika peminat MU marah kat aku lepas ne...malah aku tak kisah jika peminat MU tidak mahu membeli kek lapis ku...aku lebih sayang Malaysia dari selain itu....

JOM penyokong Malaysia, tukar baju anda esok hari, pakai baju HARIMAU MALAYSIA,...kita tunjukkan pada dunia, KITA ORANG MALAYSIA.... pada perlawanan kedua esok!

Regards

BAHTIAR MAHIDIN
PENJUAL KEK LAPIS YANG MASIH PATRIOTIK

0 ulasan: