Pages

Titian Hidup di Kota KL -Bahagian 2





gambar pertama pukul 11 malam di KL, kedua gambar kul 6.30 pagi di KL....em..tak lengang pun jalan...Gambar ketiga wallpaper di dinding tuneshotel

Sesampai jejak kakiku di LCCT. –9 Julai 2009, pukul 4.45 petang

Aku terus mengambil tiket bas Sky Bus ke KL Sentral. Sesampai di KL Sentral, aku ‘blank’ sekejap walaupun kakiku terus je melangkah, sebab kat KL Sentral kan ramai orang, jadi buat buat je confident katak…langkah punye langkah aku dah berada di tingkat atas, sekarang aku nak cari KL Monorail…terpusing pusing jumpa la kaunter pertanyaan, aku pun tanya, sebab kaunter tu untuk bertanya, bukan berjawab. Perempuan yang ramah itu pun memberitahu, “kalau nak gie KL Monorail, kena keluar dari sini, “amboi kena keluar dari sini plak”..bentak hatiku…dia pun menunjukkan jalan dengan tangannya sekali…aku pun mengiya-iyakan katanya, takkan nak menidakkan.
Setelah itu, aku pun melangkah keluar sepertimana yang di arahkan. Dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan diri, aku ke bawah untuk keluar…tapi aku tak jumpa jalan macam mana aku nak ke KL Monorail, aku naik semula dan pergi lagi ke kaunter pertanyaan. Aku turun lagi setelah mendapat penjelasan, dan aku pun ikut ruang perjalan kaki. Sampai di simpang pejalan kaki, aku dah confius, kiri kanan, kiri ker kanan, nak bertanya, semua orang kat situ jalan laju laju, biasa la..orang KL…kiri kanan..kiri ker kanan…aku ambik kanan…selalu mulakan dengan kanan dapat pahala…jalan jalan..em..memang sah aku tak silap..syukur aku jumpa sign KL MONORAIL warna merah…lega sikit…

Medan Tuanku (berdekatan TuneHotel)- 9 Julai 2009 pukul 7.00 petang

Aku berhenti di Medan Tuanku, aku memang tak pernah sampai di sana, aku sebenarnya dah survey, Medan Tuanku tak jauh dari Tune Hotel. Itu kajian…namun sesampai aku di Medan Tuanku, aku tak nampak pun Tune Hotel, yang aku nampak Prudential…jalan jalan jumpa gak..kalau lari tak sampai seminit pun ke Tune Hotel…betul lah dalam iklan yang diwar warkan Tune Hotel..ambik masa 3 minit kalau jalan kaki…kalau jalan ikut perut mungkin ambik masa 2 hari kot..atau tak sampai sampai..terpulanglah…



Sampai di TunesHotel

Em..cantik hotel ne, tapi orang kat kaunter tak berapa nak cantik…ha..ha….dipendekkan drama, aku masuk hotel dan malam tu aku makan kat sebelah hotel tu, kedai biasa je..aku ingat murah la…aku makan nasik goreng ayam dan the o…tau tak berapa..air RM 1, dan nasik RM 6…em…murah bagi orang KL..tapi tak bagiku…kedai biasa je..namun harga international….Sebelum aku lupa, dalam perjalanan ke kedai makan tu, ada mat salleh tegur aku “do you speak english” aku pun jawab…”of course”…dia pun bertanya “ do you know where the hotel around this place”…mula mula aku tak faham dia cakap sebab laju sangat..aku suruh dia ulang lagi…lepas tu aku tanya “how long u want to stay? He said” 3-4 nights..nak tau apa aku fikirkan..mula mula aku jawab ne tUne Hotel ne depan mata…dia cakap dah penuh…terdetik dihatiku..sebab bilik aku tune hotel double bed…terdetik..baik aku suruh dia dok dengan aku..suruh dia bayar RM 50…utk malam ne..sebab..esok aku dah check out…macam tu la aku rasa….tapi aku rasa je..aku pun dah dok kat meja makan untuk makan..dan orang putih tu pun dah blah…malam malam ne memang tak berapa nampak hotel kat mana…kalau siang mudah je cari…

bersambung....

3 ulasan:

ajeri said...

Pahal ko ngajak urg putih tido ngan kau? Buang tebiat?

Raithab said...

yalah tek..dapat aku nyuruh nya bayar RM50 share hotel...

tp aku sik berani, ada aku di liwat nya kelak...

SAYYID AL EDRUCE said...

... lak urg puteh ya mdh ko gay....