Pages

Titian Hidup di Kota KL

Titian Hidup di Kota KL

Assalamualaikum wbt…

Syukur ku panjakan kepada Ilahi kerana mempermudahkan urusanku di dunia, mudah mudahan di akhirat pun begitu jua. Sewajarnya kita sebagai hamba wajib senantiasa mendoakan agar dipermudahkan urusan, diluruskan jalan dan ditunjukkan arah tujuan.
Ini cerita aku di KL, dekat dengan downtown KL, sebenarnya banyak yang hendak diceritakan dalam minggu ne, antaranya penerbanganku dari Kuching ke KL, bagaimana aku lone ranger ke hotel, dan seterusnya menuju matlamat asal ku ke Kementerian Kerjaraya Malaysia, dan yang paling menyeronokkan bagaimana aku jalan jalan makan angin di KL tanpa mengetahui arah jalan yang jelas walaupun tujuan nya jelas…Em, baik aku cerita satu persatu agar semua pembaca faham.

Penerbangan ku Ke LCCT Terminal.-9 Julai 2009, Jam 12.30 tengahari

Sebenarnya aku punye flight pukul 1355 petang hari Khamis, 9 July 2009. Dalam pukul 11.30 macam tu, ayahku pun berkemas kemas untuk menghantar aku ke Kuching International Airport(KIA). Aku biasa je, selamba dan menurut perintah. Aku ke KL untuk interview KKR, di Dewan Mafozz Khalid, KKR. Sebelum sampai ke KIA, ada bunyi sms yang menerjah ke telefonku, no 66300 berbunyi “ URGENT! Air Asia Flight AK5207 from Kuching to LCCT on 9th July 09 is now cancelled and moved to Later Flight…”em…cantik bunyi ayat ne, maaf pun tidak ada, terus cakap cancel….aku nak kutuk nie Air Asia, ne dah 2 kali flight aku di cancel dengan sembrono dan tidak senonoh. (kejap lagi aku bagi alasan kenapa aku cakap macam tu)…dah geram dah ne..Diteruskan drama, aku pun dah sampai ke KIA, sesampai aku di sana, aku gie la kaunter Air Asia, tanya tanya kalau ada flight awal yang aku boleh masuk…jawapan perempuan berbaju merah dan berambut panjang lurus itu, menyatakan tiada lagi kekosongan. Aku pun bertanya lagi, dipendekkan cerita, aku di ‘standby’ flight pukul 3 ptg (1500), itu pun dia cakap kalau ada kosong, kalau takde confirm 1730 aku berangkat. Aku pun solat zohor sebab kita kan orang Islam, aku solat jamak di KIA surau, dan ayahku dah tadi dah balik sebab aku cakap aku nak tunggu di sini je.

Sebelum aku meninggalkan kaunter Air Asia tadi, sempat aku bertanya, kenapa flight cancel tetiba, guruh takde, hujan takde, emm…kenapa…macam biasa, perempuan berbaju merah tu berkata ada masalah teknikal, itu jawapan yang sama ketika flight aku cancel kali pertama, dan sekarang aku mendapat jawapan yang sama untuk kali kedua…menarik kan Air Asia…Ada beberapa isu yang timbul di sini dan aku akan memanjangkan perkara ini kepada KPDN atau pihak yang berwajib. Isu tersebut adalah:

1. Air Asia sudah membazir masa ku yang amat berharga pada masa itu, kalau masa penantian flight yang di cancel itu, aku membuat kerja bisnes ku , masa selama 2 jam itu, dapat memberi nilai yang beerti dalam bisnes internetku. Selain itu, Air Asia juga telah menyebabkan kerugian kepadaku kerana menyebabkan aku lewat sampai di hotel (Tune Hotel).

2. Air asia menyatakan sebab flight di cancel adalah kerana masalah teknikal, aku pulak tidak berfikir sebegitu (bukan aku sengaja nak bersangka buruk), aku lihat yang standby pukul 1500 tu, ada beberapa orang sahaja, aku kira tak sampai 15 orang ke bawah, jadi aku membuat pendapat aku sendiri bahawa, penerbangan pada pukul 1355 itu Cuma ada 15 orang penumpang, adalah suatu kerugian bagi Air Asia membawa 15 orang sahaja ke LCCT utk flight itu. Maka, cara terbaik adalah dengan membatalkan penerbangan itu.

3. Cara Air Asia menangani masalah ini tidak profesional sama sekali, sepatutnya Air Asia sebagai sebuah syarikat penerbangan meminta maaf atas apa yang berlaku dan menelefon penumpang yang terlibat bukannya sekadar sms.

Emmm…cukup sekadar tiga, yang jelas aku akan memanjangkan cerita ini ke pihak yang berwajib walaupun aku tahu ada di dalam tiket itu, rules yang harus customer terima, aku akan sertakan di bawah ini. Walaupun begitu, aku inginkan kebenaran, betulkah pesawat Air Asia mempunyai masalah teknikal sepertimana yang di dakwa atau sekadar ingin melepaskan masalah mereka kepada pengguna flight. Di bawah ini adalah apa yang tertera pada itinery Air Asia

4.5 Ac:curacy :All fares, prices, flight schedules, routes published, prebooked products and services are correct at the time of publication and are subject to change at any time and from time to time withoutprior notice.
5.3 Flight Change: Once a booking number has been issued, flight changes are subject to the following terms: Inside of forty-eight (48) hours prior to the scheduled flight departure time, no changes are allowed. The charges for flight change outside of forty-eight (48) hours prior to the scheduled flight departure time are provided for in the fee schedule, subject to the following conditions:(a)if a lower fare is available, the
difference in fares will not be refunded to the passenger;(b)if the new flight booked is in a higher fare class than that of the cancelled booked flight, the difference in fares shall be paid by the passenger before the cancellation or change can be made;(c)the change is not confirmed until we issue you a new Itinerary and/or booking number.(d)changes on route(s) are not allowed.
9.2 Cancellation, Changes of Schedules: At any time after a booking has been made we may change our schedules and/or cancel, terminate, divert, postpone reschedule or delay any flight where we reasonably consider this to be justified by circumstances beyond our control or for reasons of safety or
commercial reasons. In the event of such flight cancellation, we shall at our option, either: (a)carry you at
the earliest opportunity on another of our scheduled services on which space is available without
additional charge and, where necessary, extend the validity of your booking; or (b)should you choose to
travel at another time, retain the value of your fare in a credit account for your future travel provided that
you must re-book within three (3) months therefrom.
9.3 Sole remedies: Upon the occurrence of any of the events set out in Article 9.2, the options outlined in
Article 9.2 (a) to (b) are the sole and exclusive remedies available to you and we shall have no further
liability to you.

Kalau betul pendapat aku, bolehkah Air Asia membatalkan flight jika bukan atas sebab keselamatan? Kalau betul Air Asia mempunyai masalah teknikal, adakah pengguna yang menanggung bebannya. Kalau begitu, di mana hak pengguna yang harus dilindunggi?
Namun aku tak rasa ia masalah teknikal, ia masalah bilangan yang tidak memungkinkan keuntungan yang maksimum pada pihak Air Asia.
Emosi tulisan aku hari ini…

to be continued....perjalanan ku di KL tak abis lagi citer..

2 ulasan:

aku mzke said...

oohooo... x sabar nk dgr cite pengalaman dr KL ko seterusnye. Bile waktu aku nk muncul???? ahaks~

Raithab said...

sabar..belum lagi..kalau nak letak semua..dah jadi novel...aku rasa part 3 atau 4 , watak ko muncul...