Pages

Cerita PUSAK & PUSUK





Assalamualaikum...

Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia, diwajibkan kita berpuasa dan dengan puasanya kita, mudah mudahan kita lebih memahami maksud di sebalik makna taqwa.

Hari ini aku ingin ceritakan suatu kisah dan seterusnya membawa anda semua ke dalam ruangan
Mari Belajar Loghat Orang Kuching

Pada minggu lepas, aku membawa isteriku bersiar-siar di satok, dalam perjalanan ke kedai kek untuk mengambil kek, isteriku ternampak kucing meow, lalu dia pun berkata kepada ku " abang, pusuk,...abang, pusuk tu ha.."...aku pun pelik, pusuk?...mana pusuk?...rupa-rupanye dia ingin menyatakan pusak, namun yang terkeluar dari mulutnya adalah pusuk...

Pengajaran Ayat:

PUSUK dalam loghat sarawak adalah ikan bilis (yg kecil tu) dan PUSAK adalah kucing.

Contoh ayat dalam loghat kuching

1. Pusak itu suka makan pusuk dengan nasik.
2. " tolong beli pusuk lok di pasar satok lok"

Contoh maksud ayat dalam bahasa biasa

1. Kucing itu suka makan ikan bilis dengan nasi.
2. " Tolong beli ikan bilis di pasar satok"

Em...macam itu lah kawan kawan....PUSUK dan PUSAK adalah sesuatu yang berbeza walaupun pronounnya hampir sama.

Sekarang anda dah belajar 2 patah kata...ingat kawan kawan...

KITA ADA KUIZ dan UJIAN nanti...dan siapa yang dapat menjawab dengan betul akan dapat hadiah utama : 2 kek lapis sarawak...BETUL NE...

Soalan kuiz akan merangkumi soalan -soalan yang berkaitan dengan bab yg lepas dan mungkin ada soalan yang kawan kawan kena usahakan sendiri...

Sekian, wassalam...

Selamat Puasa


4 ulasan:

Ajeri said...

Boleh sik kita makan pusak ngan pusuk?

LamanKekLapis said...

boleh..sak ko..

aku mzke said...

yela tu nk bg hadiah kek.... nk mintak free pn xdpt..

mcm2 la bahasa sarawak ni.. panggil pusuk la, pusak la.. tp bleh plak letak name KUCHING!!!!

Haahahahaha.. just coding!

LamanKekLapis said...

ne lah org kite..nak bisnes..semua nak free...

tak nak keluarkan modal yg sikit...em..macam mana kita nak berkembang...

he..he...