Pages

Titian Hidup di Kota KL -Bahagian AKHIR


Tikus Di Allamanda, PutraJaya



Assalamualaikum,

Ini adalah bahagian akhir kesinambungan cerita titian Hidup di Kota KL.

Setelah aku terlepas dan di tinggalkan flight untuk ke Kuching, aku dan kawanku masih berlegar-legar di kawasan kaunter Air Asia. Pada tika itu, hari dah pun maghrib, bagi melegakan hatiku yang bercelaru, kawanku memberi idea, baik kita solat maghrib dulu.

Seusai solat maghrib, kawanku memberi cadangan agar kita ke Putra Jaya di sebabkan masa flight aku esok pagi (aku beli tiket baru, kira tiket lama tu burn begitu sahaja), takkan nak tunggu kat airport je. Cadangan itu tidak aku tolak dan tidak aku terima mentah mentah mulanya, walaupun otak ku masih celaru dan tension, aku masih waras lagi mempertimbangkan idea idea bernas dan berbaloi dari kawanku. Ada dua kemungkinan pada masa tu, yang pertama aku stay di surau atau tempat makan di LCCT atau keluar dari situ dan ikut idea kawanku. Cadangan pertama memang tiada masalah, yang keduanya bermasalah...

Kenapa?....dari LCCT ke PutraJaya bukannye dekat, ambik masa dalam 1 jam lebih gak kalau naik moto dan kawanku cuma ada 1 helmet...kawan ku ne kuat nak pergi allamanda, semangatnya nak tengok wayang kat sana, em aku tak kisah...sekarang ada satu helmet..macam mana?...

Aku malas nak cerita lebih lebih ...sampai jugak aku ke allamanda, Putra Jaya, tapi macam mana kau sampai kat sana? adakah aku pinjam helmet orang di LCCT atau sebaliknya...nak tau, pergi je ke blog kawanku yang bersamaku tika tu....sila ke blog ne
Jgn malu malu ke blog nye..tajuk cerita dia 2 rekod 1 istikharoh.

Yang aku nak cerita...tika di allamanda, besar besar dan gah rupa allamanda ne...ada satu tempat aku minum di dalam tu, ketika sudah pertengahan malam, ruang tempat minum sudah hendak ditutup, pekerja-pekerja Bangladesh yang bekerja di situ sibok mengemas kerusi dan meja, sedangkan kami masih duduk minum di situ.

Mataku meliar liar melihat sekeliling, sambil bertukar-tukar cerita dengan kawan ku tentang silat di malaysia, cerita cerita lama semasa di UTM, dll. Ketika sedang rancak bercerita, mataku melihat tikus, bukan seekor tapi banyak...sekejap sekejap keluar dari tempat pasu yang terletak di kawasan minum tu. Baru sekejap tadi aku melihat allamanda ne, macam suatu tempat yang happening, gah dan moden kononnye, tetiba aku lihat seekor tikus berlegar-legar dan main main kepung sesama mereka...di tempat yang standard tu kira, rupenye ada tikus yang bersama 'memeriahkan' allamanda ne. Kalau tak percaya, jika anda ke allamanda, ada di tempat makan bawah tu, cari dan tengok pasu yang besar berwana coklat, dan tengok dalam pasu tu, mesti korang jumpa tikus tu.

Tak caya lagi taip kat google, tikus allamanda, korang jumpa blog ne , ada cerita ttg tikus di allamanda.

Em...itulah hakikat kehidupan, kekadang kita lihat kesempurnaan atas apa yang dibuat dan direkacipta manusia, kita lihat gah nya apa yang di lalui, kita lihat besarnya apa yang dibina atas nama kemodenan dan kemajuan, namun kita lupa, apa saja yang dibuat dan diilhamkan kepada manusia untuk mencipta sesuatu semuanya datang dari Allah dan apa saja yang dibuat oleh manusia sama ada dari segi fizikal dan idea pasti punye 'aib' dan kelemahan.

Begitulah Allah mengingatkan manusia yang hidup, Allah menyedarkan hati mereka betapa penciptaan Allah sahaja memiliki kesempurnaan, dan Allah memberi penjelasan di dalam surah Ar Rahman yang bermaksud

"Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang hendak kamu dustakan?" dan surah surah lainnya yang menjelaskan erti kesempurnaan ciptaan Tuhan Yang Maha Sempurna.

Tidakkah engkau lihat kepada unta, bagaimanakah ia dijadikan?; kepada langit, bagaimanakah ia ditinggikan?; kepada bumi, bagaimanakah ia dihampar? kepada gunung-ganang; bagaimanakah ia dipasak?'. 'Tidakkah kamu memikirkan tentang apa(yakni benih sperma) yang kamu pancarkan itu? Adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadikannya?' 'Tidakkah kamu lihat apa yang kamu tanam itu? Kamukah yang menumbuhkan atau Kami yang menumbuhkannya?' 'Tidakkah kamu lihat air yang kamu minum itu? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kamikah yang menurunkannya? Jika Kami kehendaki, Kami boleh menjadikan masin; masihkah kamu sekelian tidak tahu bersyukur?'

Em...fikir fikirkan...

Wassalam...





2 ulasan:

aku mozu said...

aiseh.. ingat ke ko letak gambar pasu yg ko amik tu. hehehe..

ai sape empunye web yg ade cite tikus jugak tu. Kwn ko ke?

LamanKekLapis said...

aku pu tak tau..ko taip kat google..tikus allamanda..ada gak...ingat aku sorang je bercerita..