Pages

Sifat Para Sahabat Dalam Perniagaan

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanye tak update blog, selain sibok dengan rutin seharian, ditambah kesibokan dalam mengurus tempahan kek lapis sarawak. Em...banyak kerja perlu dibuat, tempahan pembeli kek adalah suatu amanah yang perlu diselesaikan dengan baik dan sempurna.

Tidak sedap rasanya hati bila menerima komen kek sampai sudah rosak, em..memang ada satu dua komen, dan keadaan ini menyebabkan saya mengambil keputusan untuk mengganti kek lapis yang rosak. Biarlah rugi sedikit di dunia, asalkan tidak dipersoalkan di akhirat.

Kalau kita imbas kembali sifat para sahabat yang dulu, mereka antara orang orang mukmin yang jujur dalam perniagaan, sehinggakan buah epal yang rosak diberitahu akan rosaknya sebelum dijual. Jika kita fikir, sanggupkah kita sebagai penjual menceritakan kecacatan barang jualan kita kepada pembeli? Inilah sifat para sahabat yang menjunjung tinggi nilai taqwa berbanding keuntungan semata-mata, tidak seperti ekonomi barat yang 'target' nya semata mata keuntungan, dan bukan berorientasikan menlengkapkan fadhu kifayah.

Saudagar kaya Abdul Rahman Aus RA, merupakan contoh terbaik seorang jutawan tawqa, zuhud dan dermawan. Walaupun begitu, beliau antara yang lambat menghampiri syurga, kerana banyaknya harta yang perlu dihisab. Ini pula kita, dan belum tentu harta yang kita ada melepasi hisab di hari akhirat nanti...mudahan kita berjaga-jaga dalam perkara ini.

Sebenarnya banyak lagi kerja yang belum selesai, dan perjuangan kita seakan-akan baru bermula...langkah hari ini akan menentukan hari esok....sibok sibok pun masih sempat aku menukar template blog ne...cantik tak kawan kawan?

1 ulasan:

CReaTiVe SiFu said...

Usrah anda membosankan? Ceriakannya dgn e-book 100 Aktvt&Games Kreatif Usrah dgn harga RM10 shj (harga asal:RM30) :-D
Sms: 014-2311856 @ 019-6320905