Pages

isu TEOH BENG HOCK, Dr Reduan Tee, YB Lock, Yb Zulkifli

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat.

Jari jemari ini sudah lama tidak menghingap ke blog ini, walaupun seharian menghadap note book, yang disingahi cuma forum dan forum terutamanya http://kedahonline.net dalam bab politik. Kebelakangan ini tertarik dengan bab politik sehingga mengabaikan perniagaan internet, malah langsung tidak mengupdate apa apa di lamankeklapis, dan cuma sedikit sahaja di saudagar-on-line.blogspot.com.

Jika kita di forum, pelbagai orang dan ragam kita jumpa, malah orang pun seperti kita dan beranggapan seperti kita. Banyak orang, banyaklah ragam, betul peribahasa itu. Kekadang di dalam forum, terjumpa 'org yang hebat' yang menyalahkan semua pendapat org lain, dan ada juga yang macam lalang, menyokong dan mengiyakan sahaja. Begitulah dunia forum.

Di dalam blog pula, lagi panas, apa lagi di Malaysia, bagi mereka yang kurang sedar, blog 'orang politik' adalah blog yang paling glamor, dan diminati ramai berbanding blog para artis. Para artis mungkin boleh menang di kaca TV, namun jika di internet, org politik lah 'artis'.

Saya ingin menyentuh sedikit isu , sama ada isu ini dipolitikkan atau tidak terpulang pada anda, tapi ia sedikit tentang politik. Isu politik tidak pernah saya sentuh semenjak blog ini ditubuhkan dan saya tidak ingin menjadikan blog ini blog politik.

Anda tentu kenal Dr Reduan Tee, dan anda juga kenal Loke Siew Fook dan anda mungkin mengenali Zulkifli Nordin.

Cerita bermula dari tulisan Dr Reduan Tee, dalam tulisan dalam utusan Malaysia

....Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini....

...Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah...


sumber : utusan online

Maka dikatakan lahirnya pendapat dari Loke , bunyi nya macam ne

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock. (sumber: http://lokesiewfook.blogspot.com)

di selarikan ..pendapat Zulkifli Nordin yang mendakwa ayat di bawah dikeluarkan oleh Loke, bunyinya macam ne

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

(sumber : http://zul4kulim.blogspot.com)

AL QURAN 'berkata':

WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6).

Saya tidak menyatakan ketiga tiga kenyataan di atas adalah benar dan hakiki dari penulis berkenaan. Apa yang saya ingin tegaskan, isu ini betul betul memanaskan semua kaum dan agama terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Ketika mana saudara YB Zulkifli Nordin menghentam YB Loke,setelah YB Loke menghentam Dr Reduan tee dan sesudah Dr reduan Tee memberi pandangannya, ketika inilah semuanya berlaku.

YB Loke menafikan apa yg ditulis oleh YB Zulkifli yang dia mengeluarkan ayat ayat sebegitu dan membuat laporan polis atas blog (http://sjsandteam.wordpress.com- tak yah buka dah di block!)dan berkata, itu bukanlah blog kepunyaannya.

Ramailah yang menghentam Loke dalam komen terhadapnya dan ramai gak yang memberi sokongan begitu juga dgn Zulkifli Nordin. Tapi yang saya tak faham, ttg berita yang kita baca dalam blog dan terus kita jadikannya isu, bijakkah kita menilai perkara sebegini?

Umat Islam marah apabila membaca tulisan di dalam http://sjsandteam.wordpress.com, yang menghina Islam, memang patut marah, tapi umat Islam wajar menyelidiki dahulu kesahihan siapa yang menulis blog tersebut sepertimana firman Allah di atas.

Saya sendiri mengambil masa yang panjang untuk meneliti isu ini, dan di dalam forum pun isu ini diketengahkan dan akibatnya kita bergaduh sesama kaum dan agama.

Tanpa usul periksa , kita menyalahkan seseorang atas apa yang dia tidak ucapkan!

Tentang Dr Reduan Tee, sedikit sebanyak pendapat dia memang benar, namun dalam dimensi yang lain, pendapat dia di dalam utusan sedikit berbaur perkauman dan emosi.

Saya juga tidak bersetuju dgn pandangan Loke dgn menyatakan kenyataan Dr Reduan tidak sensitif dgn bayi yang tidak berdosa, padahal Dr Reduan tidak menganggap dan menuduh bayi itu berdosa, ini antara kesilap fahaman (mis understanding) dalam memahami apa yg ditulis Dr Reduan Tee.

Inilah politik Malaysia, yang berbaur perkauman, mengambil satu sumber tanpa selidik yang akhirnya merugikan semua pihak.

Mungkin kita lupa, arahan dari Yang Maha Berkuasa atau kita lalai kerana terlalu beremosi berpolitik di sana sini....WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6).

Apa apapun, di dalam dunia blog, kita seolah olah tidak dapat mempercayai mana satu yang hakiki...yang berkata lurus pun bengkok, yang bengkok lagi bengkok..yang bermadah manis belum pasti indah, yang bermadah kasar belum tentu benar.

1 ulasan:

aku mozu said...

memang panas...
memang bengang..
jika segalanya benar tentang isu n kenyataan2 yg dikeluarkan oleh pihak2 ini, rase ingin bg penampar (kpd yg tertentu n berkenaan shj).