Pages

Sana Sini

Salam…

Pelbagai isu yang berlaku di sekeliling kita, dari isu tidak mempunyai tauliah sampai kekejaman, penggunaan nama Allah dan pembunuhan sanak saudara di Tampin dan isu luar negara yang tidak kurang hebatnya, di mana pihak kerajaan Mesir seolah-olah menjadi YAHUDI!

Ada dua isu yang saya ingin ketengahkan, yang pertama adalah isu pengunaan nama Allah. Sebelum ianya menjadi isu, isteriku pernah bertanya kepadaku tentang perkara di atas, bolehkah mereka(yakni org kafir) menggunakan nama Allah?...Ketika soalan itu di ajukan, kami di dalam kereta menuju balik. Saya berfikir sejenak sebelum menjawab persoalaan di atas. Apa yang saya fikirkan, di sebaliknya ada pro dan kontra, dan saya menjawab begini, pengunaan itu bergantung kepada definisi apa yang dipakai, jika mereka memakai nama Allah tapi berlawanan/bertentangan dengan maksud ALLAH itu sendiri, maka mereka tidak layak memakainya. Namun, jika mereka menggunakan dengan persamaan maksudnya dengan apa yang ditakrifkan syariat Islam, maka bagi saya ia tiada masalah.

Andai mereka menggunakan perkataan Allah, maka mereka WAJIB mengakui, ALLAH itu esa, tidak beranak dan diperanakkan, tidak ada Ilah selain ALLAH, ALLAH itu tempat meminta, dan Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Nabi terakhir serta ISLAM adalah agama yang hakiki dan benar. Semua perkara ini WAJIB diterima jika mereka menggunakan nama ALLAH. Penggunaan nama ALLAH dengan maksud selain di atas jelas bertentangan dengan apa yang di firmankan ALLAH dalam AL Quran. Jika mereka berdolak dalik, itu bermakna mereka sengaja menentang Islam. Ringkas kata jom masuk Islam, dan anda boleh menggunakan nama ALLAH SWT…itu saja syaratnya…

Isu yang kedua yang saya ingin utarakan adalah tentang konvoi bantuan makanan kepada masyarakat Palestine. Ketika melihat akhbar online hari ini, saya berasa tersentak dan sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. Perasaan marah pun ada, jika saya di sana, pastilah saya salah seorang yang akan menentang Pengawal Mesir yang menutup sempadan ke Palestine. Bayangkan saudara seakidah melarang dan menghalang bantuan ke atas penduduk seakidah? Mudahan mereka yang terlibat menerima balasan dari ALLAH SWT!

Kita tidak hairan jika yahudi bersikap demikian, apa yang memeningkan orang Islam sendiri yang menghambat palestine. Mungkin mereka lupa apa yang pernah terjadi dengan bumi Mesir sepertimana yang dihuraikan di dalam Al Quran:

“Kami menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan daripada mereka itu”

1 ulasan:

aku mzke said...

Pandangan aku, penggunaan nama Allah oleh org kafir memang boleh krn kita tidak ada hak nk menghalang orang kafir sbgaimana tiada hak menghalang org kafir untuk melaksanakan syariat Islam.

yg menjadi MASALAH;
--> kerajaan islam di malaysia adalah kerajaan islam yg LEMAH. ...sehinggakan tak dapat nak menggubal perlembagaan yang selari dengan al-Quran n sunnah dan tidak mampu dicabar oleh orang kafir.
--> penggunaan nama Allah dibimbangi takut menimbulkan kekeliruan di kalangan UMAT ISLAM dan membawa kepada MURTAD.
--> persoalannya, apa TINDAKAN kepada org murtad? ... rasenye tiada apa2.
--> persoalannya, BOLEHKAH iman n pengetahuan umat islam sekarang menyelamatkan mereka dari kekeliruan akidah. ...rasenye umat islam di malaysia terutama muda mudi banyak yg teruk amalannya.

keengganan memberi guna perkataan Allah merupakan langkah untuk menutupi kelemahan2 di atas. bg aku, berpunca dr kesilapan org Islam sendiri.

KESIMPULAN

Pendapat raithab adalah terbaik.. mereka ptut masuk Islam kalau nak Allah sbg tuhan.

Pengharaman penggunaan nama Allah buat masa ini adalah PERLU... krn malaysia belum mampu berdepan dengan situasi yg terhasil akibat daripadanya.