Pages

SPRING POTATO dan Idea Bisnes





Jumaat, sempena cuti kemenangan Malaysia, saya sempat mencuri masa untuk mengunting rambut di kedai baru, bersebelahan dengan pasaraya century, matang. Kedatangan saya di sambut dengan wajah lemah si penggunting. Di katakan lebih dari 20 pelanggan yang di layannya dari pagi tadi, dan adalah yang ke 21. Memang memenatkan jika pengguntingnya hanya seorang.

Sambil menunggu 'masa rehat' penggunting rambut (dia berehat utk makan tgh hari pukul 5 lebih), saya di sapa oleh seorang pemuda lingkungan umur 38 tahun. Seperti tahu apa yang terbenak di dalam hati, dia bercerita tentang perniagaan, tentang sewa kedai di e-mart Lee LING, tentang sewa kedai di luar e-mart, dan tentang choice ria yang di hadapan e-mart itu hendak di 'kuasai' e-mart. Panjang juga ceritanya, sambil mata ku sesekali melirik melihat penggunting yang tengah makan sama ada sudah atau belum.




Di pendekkan cerita, pemuda itu sebenarnya adalah yang merupakan peniaga Spring Potato yang bersebelahan kedai gunting rambut. Dia lalu memulakan cerita tentang perniagaan Spring Potato. Perniagaan ini asalnya di mulakan oleh seorang warganegara Korea di Malaysia yang berkahwin dengan orang Malaysia. Disebabkan dia warga Korea, dia bersama isterinya tadi membuka kedai Spring Potato di Kuala Lumpur. Perniagaan ini lengkap dengan stall dan mesinnya sendiri. Memang sesuatu yang tersusun. Pemuda ini pula menjalinkan francais dengan Spring Potato tersebut, dengan bayaran RM 1000 setahun kepada mereka. Walaupun stall nya nampak kecil, namun di beritakan mesin dan kelengkapan potato nya bernilai kira-kira RM 13 ribu. Pemuda ini memang bersemangat bercerita, dan terbit di benak hati, alangkah gembiranya melihat mereka yang mempunyai perniagaan sendiri, ia satu kepuasan yang tidak dapat di nilai jika di bandingkan makan gaji !

Selalu saya kagun dengan keberanian mereka berniaga sendiri, di dalam mereka penuh ketekalan, ketabahan dan kekuatan semangat selain ilmu perniagaan yang tidak ada di dalam teori buku-buku di Universiti.

Itulah perniagaan, jika kita buat bersungguh-sungguh, ia nampak mempunyai hasil yang memuaskan dan jika gagal pun, ia akan menambahkan keyakinan dan pengalaman. Saya juga mempunyai perniagaan on line sendiri, tapi secara jujur, saya hanyalah memasarkan produk orang lain, maka kepuasannya masih belum cukup maksimum, walaupun ada ketikanya pernah mencapai jualan 20 ribu lebih (apalagi jika kawalan harga bukan kita yang menentukannya 100% selain masalah ketepatan dan kualiti produk yang di jual)

Berbalik kepada Spring Potato tadi, anda boleh lihat ukurannya yang panjang, mempunyai 2 saiz besar dan kecil. Gambar menunjukkan saiz besar, dan lebih kurang 2 kaki panjang berharga RM 3.00 dan berperisa cheese. Anda boleh merasai keenakan spring potato ini berhadapan dengan century market di matang. Inilah yang sebenar keaslian spring potato.

Apa yang nak di ceritakan bukanlah semata-mata atas produk potato ini, namun semangat yang ada pada setiap peniaga sama ada penggunting rambut dan peniaga spring potato ini. Ia tiada dalam buku melainkan dalam diri si peniaga, walaupun kadang-kadang perniagaan ini nampak sukar, ingatlah, ia sudah pun dirakamkan dalam firman Tuhan

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini). surah al-insyirah (5-8)

dan akhirnya tempat tawakkal dan tempat memohon hanyalah kepada ALLAH sekalian alam...




0 ulasan: