Pages

TANGAN GHAIB TIDAK LAGI GHAIB? PKR agenda FREEMASON?



Dengan nama Allah Yang Esa...tiada illah selain Dia...dan Nabi Muhammad SAW hambaNya dan pesuruhNya...

Apa yang diceritakan sekejap lagi adalah suatu isu dan persoalan yang berat. Pembaca di harap bertenang dan jangan terlalu emosi terutamanya yang ber'mazhab' politik Malaysia. Selama ini, kita lihat politik Malaysia tidak ubah seperti politik yang dipenuhi dengan kata-kata nista, kata-kata fitnah, dan semuanya di halalkan demi kelangsungan politik sesebuah parti. Sebilangan 'orang PAS' dengan mudah menyindir UMNO sesat, dan sebahagian 'orang UMNO' menyatakan PAS mempolitikkan agama. PKR pula (yang ahli-ahlinya ramai yang dari UMNO) berkata UMNO sudah di hujung nyawa, ketuanan melayu yang di canangkan adalah omongan kosong. Ketiga-tiga parti ini sebahagian besarnya adalah terdiri dari orang melayu ISLAM.

PAS PKR dan DAP bergabung tenaga untuk menjatuhkan UMNO, sebelum, semasa atau selepas 'pertembungan' parti ini, ada satu tangan ghaib (yang sebenarnya tidak ghaib) yang menyelinap masuk secara perlahan namun berkesan dalam 'mengawal' politik Malaysia. Tangan ghaib ini sudah lama memainkan peranannya bukan sahaja di Malaysia malah di dunia seperti yang anda sedia maklum.

Tangan Ghaib menampakkan diri secara terbuka

Peristiwa WTC - ketika WTC di langgar oleh kapalterbang, 100 orang yahudi yang bekerja di situ tidak hadir pada masa tersebut. Ini salah satu jalur kebenaran yang menyatakan perlanggaran WTC sebagai suatu perancangan rapi dan tersusun. Ini salah satu 'tangan ghaib' yang mengatur urusan sebegini.

Di Malaysia, apa yang terjadi?

Anda pernah pergi ke KLCC?..pernah dengar nama SUN way pryramid?..pernah dengar SURIA KLCC?...pernah tengok bendera PKR?...kita terjah seimbas lalu...

KLCC


SUN WAY PYRAMID


Suria KLCC

LOGO PKR


Em...anda sudah lihat sebahagiannya...(sebenarnya banyak lagi)...sekarang kita lihat logo Freemason dan warna serta tanda-tanda nya....

LOGO ASAS FREEMASON

Warna Biru langit
warna dan tanda kegemaran Freemason dan yahudi. (ahli Freemason adalah dari keturunan Yahudi- pendeta yahudi) selain itu juga di kaitkan dengan Kesatria Templar yang kalah perang salib. Di sebelah kiri adalah bendera Yahudi yang akan menyokong kelahiran Dajjal.


Seperti di ketahui, freemason lahir dari perkataan Free stone mason, tukang ukir yang mengukir secara terperinci dan penuh kesenian. Antara simbol lain adalah matahari, mata satu yang di miripkan dengan kebangkitan dajjal, piramid dan bintang 5 segi sepertimana bendera yahudi.


Lihat gambar di sebelah kiri, matahari, mata satu, semuanya mempunyai maknanya tersendiri.

Lihat dua tiang- simbolik ini di letakkan pada KLCC.

Selain itu, nama matahari seperti SUN way pyramid, SURIA KLCC, adalah simbol matahari dan di kuatkan lagi logo SURIA KLCC berwarna biru langit. Matahari adalah sembahan oleh agama-agama pagan.


Lihat pula logo PKR...(di katakan logo mata ini sempena mata lebam Anwar?)..dan lihat dua tiang merah di tepi bendera tersebut selain mata satu simbolik pada mata dajjal. Kita jangan lupa, Anwar merupakan pensyarah di beberapa Universiti di luar negara. Kenapa Anwar amat mudah mendapat tempat di luar negara. Mungkinkah ada tangan ghaib yang mengaturnya? Kenapa warna biru langit di guna pakai? Adakah PKR merupakan agenda FREEMASON?


anda boleh lihat web rasmi PKR di sini http://www.keadilanrakyat.org/en/keadilan/pengenalan/identiti-parti . Di tengah-tengah ini menampakkan simbol mata yang miring di kiri. Mirip simbolik mata dajjal !


Tak lupa, STARBUCKS...anda pernah lihat wanita di dalam logo STARBUCKS ini?..lihat bintang 5....ia adalah logo yahudi dan freemason. Ini lah tanda-tanda freemason bertapak di bumi kita.

Namun, malangnya, kita berbangga-bangga menjamu selera di STARBUCKS.....lihat lagi apa yang di katakan oleh CEO STARBUCKS...dan anda boleh cari sendiri, betapa STARBUCKS adalah penyumbang kepada Zionis !




Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan)

Kehadapan Pelanggan Starbuck,

Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel...

Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga.

Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores

Bagaimana FREEMASON menyebarkan pengaruhnya dengan ekonomi.


[Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.]


[Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji ]


Apa itu Freestone mason (freemason) ?

[Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.]sumber: [http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason]



Cerita Dajjal dari hadith Nabi SAW


Kenapa saya bercerita tentang semua ini?


Segelintir kita, ada yang percaya 100% tentang perkara simbolik freemason ini, dan ada segelintir yang kurang percaya dan menyatakannya ia terjadi secara kebetulan.

Kita kembali kepada hadith Nabi SAW

Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Narsani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” [Al Baqarah 120]


Dengan pelbagai sangkaan dan 'kebetulan', kita menafikan kewujudan illuminati atau freemason, sedangkan mereka sedang menjalar di masyarakat kita. Apa yang sedihnya, kita juga antara menjaja dan mempromosikan mereka malah 'menderma' wang kita kepada mereka.

Starbucks, Mc Donald (sekadar menyebut beberapa syarikat yang menyokong freemason dan yahudi) adalah syarikat yang membiayai mereka. Sudah terang lagi bersuluh.

Artikel ini di tulis agar kita berhati-hati, termasuklah dalam perkara politik, kerana politik salah satu antara 'tangan' yang boleh mengawal negara, dan politik juga lah yang merupakan pintu masuk freemason.

Atau, kita mungkin tidak berapa kisah dengan apa yang berlaku di luar sana, kerana kita masih mempunyai logo bintang dan bulan di seluruh dunia !



Artikel ini tidak bermaksud bahawa parti yang di nyatakan sebagai agen yahudi atau sebaris dengannya, ia mengajak kita berfikir seluas-luasnya, dan berfikir tentang tangan ghaib yang sudah memperlihatkan diri mereka !

0 ulasan: