Pegawai Penyiasat Am itu memulakan kerjanya seperti biasa, sebelum di lantik menjadi pegawai, dia adalah rakyat biasa bertaraf marhain. Ke mana ketua nya suruh pergi, dia pergi, suruh angkut makanan, dia setuju tanpa bantah. Sekarang, dia tidak lagi melakukan pekerjaan seperti itu, sekarang dia bebas sedikit, ruang hidupnya tidak seperti dahulu, namun dia sedar, selagi berpangkat pegawai, ada lagi yang lebih berkuasa darinya. Dia adalah salah seoarang daripada beribu pegawai yang ada. Tiada istimewa.
“em…sukar benar tahun 2011 ini, semenjak gula di naikkan, jarang sekali aku menemui makanan yang berasaskan gula” begitu selalu getus hati kecil Demut ketika sedang menjalankan kerja sebagai Pegawai Penyiasat Am. Pegawai sebegini di tugaskan untuk menyiasat dan mencari sumber tempat makanan, setelah di jumpai sumber ini, pegawai ini akan menyebarkan maklumat ini kepada Ketua Penilai. Ketua Penilai akan terus pergi ke tempat tersebut untuk menyemak sama ada makanan itu baik dan berkualiti untuk di makan, selain halal. Jika semuanya sudah di periksa, maka Ketua Penilai akan membawa informasi ini ke Pegawai yang lebih tinggi pangkatnya. Pegawai inilah yang akan mengerahkan rakyat biasa untuk menganggkut makanan tersebut secara bekerjasama. Seperti biasa, rakyat biasa akan akur dan menerima arahan.
“woi…aku dah jumpa..aku dah jumpa” jerit si Lepot , Lepot juga adalah pegawai seangkatan dengannya. Mereka sama-sama satu kursus induksi dahulu, kursus yang bertujuan untuk ‘membersihkan’ pandangan mereka terhadap Kerajaan sekarang. Ya, kerajaan ini sudah banyak berjasa, banyak menyumbangkan kebaikan, kita wajar menyokong kerajaan yang sudah memerintah berpuluh –tahun lamanya. Tidak mungkin kita lupa apa yang kerajaan ini telah lakukan untuk rakyatnya.
Pegawai Penilai datang menemui Lepot sambil di temani oleh 5 orang pembantunya. “tempat sumber ini besar, sudah tentu Perdana Menteri gembira dengan kejayaan ini” itu kata Pegawai Penilai. Lepot hanya mendiamkan diri dan hanya tersenyum. “em…manis..manis….memang sah ini adalah makanan untuk Perdana Menteri kita” sekali lagi Pegawai Penilai bersuara. Demot tumpang gembira hasil penemuan ini. Tanpa berlengah masa, setiap pegawai menjalankan tugas biasa, dan akhirnya rakyat di kerah bagi menganggkut makanan tersebut. Berbondong-bondong rakyat datang membantu, ada yang berbadan besar dan ada yang berbadan kecil. Ada yang datang secara sukarela, ada yang datang secara paksa. Inilah kehidupan yang terpaksa di lalui sama ada suka atau tidak. Namun, mereka semuanya mempunyai disiplin yang tinggi, berbaris dan tersusun secara teratur. Ketaatan yang mereka belajar semasa kursus induksi dahulu merupakan asas perpaduan walaupun mereka semua bukan dari bangsa yang sama. Lepot sendiri adalah dari bangsa Init, yakni keturunan campuran kaum In dan kaum It, manakala Demot adalah kaum asal negara ini. Sungguh pun begitu, tidak semua yang datang bekerja menunjukkan taat setia, ada yang melawan dalam diam, ada yang melawan secara terang-terangan.
1 ulasan:
Borgata Hotel Casino and Spa - Dr.MCD
Borgata Hotel Casino and Spa The 김제 출장마사지 casino boasts a huge pool, a bar, 충청북도 출장샵 spa, spa and casino, and a fitness 강릉 출장마사지 center. Borgata's hotel 창원 출장샵 offers a sauna, a fitness 아산 출장샵 center and
Post a Comment