Pages

Last Minute Drama ( 2 Cerita Dalam 1 Kisah)

Assalamualaikum wbt, 

Dah sarapan?....Hayatilah kisah ini...

Aku duduk di kerusi selepas menunaikan solat maghrib, menyaksikan perlawanan bola sepak antara M'gladbach dengan FC Bayern di Astro. Ini adalah Bundes Liga, kalau aku tak silap German punye liga. Masa aku tengok tu masih minit ke 60 lebih, FC Bayern mendahului 1-0. Mula-mula tengok macam tak berapa best, tapi lama-lama jadi best pulak sebab macam-macam skil yang pemain tunjukkan. Minit ke 70 lebih, FC Bayern menjaringkan gol lagi, jadi sekarang dah 2-0. Kalau ikut hati, macam takde harapan M'gladbach nak jaringkan gol(Aku bukan tau sangat team M'gladbach ne, bunyi macam mengelabah je) tapi main ok gak gua cakap lu.

Aku teruskan jugak tengok, tengok punye tengok, tadi aku niat nak ke surau, nampak dah lalai aku tengok bola ne. Ketika lebih kurang 15 minit lagi masa perlawanan berbaki, ketika itulah M'gladbach ne jaringkan gol melalui tandukan, apa lagi berpesta la team mereka. Aku yang duduk menyaksikan pun dapat merasai hangatnya kegembiraan mereka, ku lihat betapa gembiranya mereka dapat menjaringkan gol tersebut, yang merupakan satu harapan bagi mereka. Suka aku sebut, mungkin korang pernah dengar bola itu bulat, tapi aku tak nak kaitkannya dengan hal ini. Riak wajah penjaga gol team mereka amat ceria, dia terduduk di atas lutut kerana terlalu gembira. Hebatnya bola sepak apabila bola dapat menerjah jaring.

Serangan terus dilakukan oleh kedua-dua pihak, FC Bayern pun hampir-hampir menambah gol. Tiba-tiba tanpa disangka, dengan skil yang ditunjukkan oleh team M'gladbach tadi, selang beberapa minit selepas gol pertama, mereka sekali lagi menjaringkan gol(sebenarnya seorang ke yang jaringkan) hasil tandukan atas bola lambungan oleh rakannya. Sekali lagi mereka meraikan gol dan menyamakan kedudukan. Sekarang kedudukan 2-2. Wow, aku pun rasa tak percaya. Aku tau bola itu bulat( tak yah korang nak bagitau).

Sekarang dah masa kecederaan, dipendekkan cerita(aku terpaksa pendekkan, kalau panjang-panjang jadi nove la plak. Keputusan akhir kedudukan seri 2-2. Memang last minute drama.

Yang aku nak cerita betapa gembiranya dan bermaknanya gol yang pertama tadi yang mebuatkan mereka lebih bersemangat untuk gol kedua. Kesungguhan dan sikap tidak putus asa mereka membuahkan hasil ketika aku sendiri merasakan M'gladbach tu kalah. Satu lagi betapa gembiranya jika matlamat dapat di capai. 

Begitulah kehidupan, sika bersungguh-sungguh, tidak pernah putus asa dan gigih akan membuahkan hasil. Dalam Islam, selain usaha diiringgi dengan doa, dan sudah semestinya amalan taqwa.

Kisah Ke-2

Petang Semalam, sebaik balik dari tempat kerja(jgn salah faham, balik dari tempat kerja tak semestinya menandakan orang itu bekerja) aku melangkag keluar berjalan, Berjalan-jalan terus aku berlari-lari(jogging) , Aku nak bagi tau semalam aku jogging. Dah lama tidak mengeluarkan peluh. Niat aku nak keluarkan peluh, nak sihatkan badan. Namun, keadaan sosial masyarakat Kuching tak sebaik yang di sangka. Jogging punye jogging, biasalah perempuan, bila jogging pakai seluar fit-fit, kita yang tengok pun beristigfar(walaupun fitrah manusia menyatakan wow bestnye) 

Kadang-kadang geram gak, tak la pakai fit-fit, kalau pakai fit-fit pun, pakailah baju labuh. (sebaiknya wanita muslimah tidak di galakkan jogging di tempat awam). 

Satu pemikiran kita, dan yang terdetik di hati kita, perlukah kita jogging jika kita rajin solat. Kita kan nak sihatkan badan kerana jogging, tapi tahukah kita jika kita amalkan solat, sudah menyihatkan kita. Kerana itu, kita jogging kerana kurangnye solat dalam diri kita.

Fikir-fikirkan.....


2 ulasan:

Anonymous said...

Lewat juak mata ya nang sikpat nangga rompuan makei baju terit dikit. Maka nak jadi wali...

Anonymous said...

rmai laki skg mate keranjang.. dan rmai perempuan skg mcm telanjang.. seiring dan sekate.. xkn berbnyi kalau btepuk sebelah tgn. sekurg2nye ade meja pn dah boleh kasi bnyi. Whai Tuhan, bntulah hamba yg kdg2 gagal mngawal pandangan. Ampun ya Tuhan.

-->mozu