Pages

Sekelip mata, takdir mengubah hidupku...

Assalamualaikum wbt, dah lama sudah tidak menukilkan warkah buat semua...em..ne cerita-cerita yang ku kutip dan ku titip semasa berada di Sg Siput, Perak.

Saat yang tidak dirasai, takdir mengubah status diriku menjadi seorang suami. Ia juga bermakna aku akan mempunyai 2 ayah dan 2 ibu, yang mana aku wajib metaati, menagsihi dan menghormati mereka dengan sesungguhnya.. Selain dari itu, aku juga menjadi abang long kepada adik-adik ku di sg siput memenuhi tanggungjawab ku sebagai abang.

Semakin berat amanahku terutamanya apabila mengenangkan ayah dan ibu ku(kedua-duanya) dan sampai saat itu, aku akan berasa sedih betapa beratnya tanggungjawab ku sebagai seorang anak.

Sayugia, aku terlalu gembira dan kegembiraan ini tidak mungkin dapat diungkap dengan kata-kata manis, kegembiraan ini tidak mungkin digambarkan dengan puisi puitis, kegembiraan ini tidak akan difahami oleh orang yang belum berkahwin. Sesungguhnya kegembiraan ini adalah nikmat ALLAH SWT, yang di anugerahkan kepada hambanya.

Di catat pada 7 Disember 2008
Kampung Trosor, Sg Siput. Perak.

0 ulasan: