Pages

Tradisi Yang Sudah Lama Ditinggalkan

Warkah 1
Aku berasa seperti kembali dalam tahun 90-an, ketika aku berumur 12 tahun ke atas apabila aku berada di Kampung Trosor, Sg Siput, Perak.
Suasana kampung di sini membuatkanku berasa seronok dan pasti aku akan merindui kampung ini. Tradisi makan bersama keluarga yang kekadang je di buat di rumahku, merupakan suatu rutin harian di rumah ini. Sesuatu nilai yang kami tidaklah menjadikannya rutin semasa di Kuching, dan ini mengingatiku semasa zaman 90-an dulu, makan bersama-sama sesama adik beradik.
Warkah 2
Ada ketika, penikahan kekadang membuat sesuatu yang tidak ada menjadi ada. Em, hayati kisah ini. Aku menziarahi opah( nenek isteriku) tak jauh dari rumah kami, sesampai di sana, aku lihatlah betapa ramahnya mereka melayani tetamu dan betapa rapatnya isteriku dengan saudara-maranya. Sembang punye sembang, tetiba aku ternampak Muhd Haikal(adik isteriku) bermain dengan sepupu sebayanya, permainan yang sudah lama kami tinggalkan di Kuching, sarawak. Nak tau diorang main apa? Ingat tak permainan terup, dua tapak tangan dihentakkan ke lantai, angin yang terhasil akan meniup kad itu untuk menterbalikkan kad itu. Jumlah kad yang terbalik itu menjadi daun terup kepunyaan pemenang. Kalau korang lahir pada 80-an, mesti tau punye permainan ne. Aku berasa manisnye tradisi permainan ini yang aku jumpai di sini. Betul-betul mengimbau kenanganku semasa aku kecil dulu.
Tradisi yang sudah lama di tinggalkan, kini ia segar kembali dalam ingatanku, mengamit masa lali untuk dihayati semula oleh generasi terkemudian.
Warkah 3
Akhir sekali, pesananku bagi yang belum berkahwin, InsyaAllah ada jodoh dengan orang jauh(luar dari Sarawak), aku rasa itu lebih baik dan bermakna kerana kita dapat tengok, dapat sesuatu yang tidak ada di tempat kita. Banyaknya hikmah berkahwin, bagi sesiapa yang baca blog ini yang masih bujang, aku sejujurnya menasihati, marilah kita berkahwin, jangan dok fikir hal kerja je...InsyaAllah, rezeki akan datang selepas itu....bukankah setiap detik Allah melimpahkan rezekinya...
Wassalam.
9 Disember 2008.
Kpg Trosor, Sg Siput, Perak.
Wassalam.

0 ulasan: