Pages

Suatu Pengalaman

Kicauan burung, bunyi kepakan ayam, sahut menyahut grincingan beburung dan kehijauan laman rumah ini membuatku tertarik dengan suasana tempat ini, sesekali diganggu dengan deruan enjin lori dan kereta. Itulah suasana pagi di sini, di Kampung Trosor, Sg Siput.

Indahnya suasana kampung yang tidak dapat dinikmati di rumahku, Nikmat yang harus dihargai dan disyukuri.

Pada minggu -minggu ini, terjadi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, di sana rumah-rumah runtuh dan ada yang terkorban dalam tragedi tersebut. Ku berfikir, betapa mudahnya Allah menarik nikmat dalam kadar sekelip mata. Dia juga yang memberik hikmah yang kekadang tidak difahami manusia.

Ketika menziarahi pakcik di sini (diorang panggil pakcik Wah), dia bercerita tentang pengalamannya ketika membesarkan anak-anak. Pada masa itu, pekrjaan hanyalah menoreh getah(masa ne pun pekerjaan orang kampung menoreh). Pada ketika itu, mereka suami isteri bekerja, semasa ke ladang getah, mereka juga membawa anak-anak yang masih kecil, berulang-alik dari ladang getah ke rumah yang jauhnya lebih kurang 5-7 kilometer. Begitulah kehidupan hariannya, mereka tidak mahu menyusahkan orang tua mereka untuk menjaga anak mereka, biarlah mereka susah untuk membesarkan anak-anak nya. Pakcik Wah menyatakan, memang sengaja tidak mahu menghantar anak-anak yang masih kecil itu ke rumah orang tua, kerana ingin berdikari sendiri. Semangat itu ku rasa sudah lenyap pada masa ini, lagipun mungkin perkembangan pada zaman ini tidak mengizinkan untuk nya berlaku pada masa kini...

10 Disember
Kampung Trosor, Sg Siput. Perak.

0 ulasan: