Pages

Blog-blog yang kuikuti...

Salam ceria..
Pagi Jumaat ini aku ke opis macam biasa, macam biasa juga aku naik motosikal, macam biasa juga hujan pagi menemani aku, namun aku tak basah di timpa hujan sebab seperti aku ceritakan dulu, aku dah pun beli baju hujan baru (full coverage) pada tubuhku. Itu antara sebab aku tak basah. Apa yang aku nak ceritakan ne, bukan pasal rutin harianku, walaupun korang terpaksa membacanya sebelum tujuan cerita ini. Biasalah dalam novel apa-apa pun, kena baca introduction dulu.
Sebenarnya, dalam pemerhatian aku sepanjang aku mempunyai blog, ramai manusia yang berbakat besar dalam menulis, mungkin salah satu sebab, blog ne bebas, maksudnya bebas dari segi masa dan fikiran. Pabila ku membaca blog-blog yang kuikuti, ada rencana yang menarik, memberi manfaat dan ada juga 'terlalu alim', dan ada juga blog yang jiwang, ada juga blog yang 'menyampah' bila membacanya, ada juga blog yang membuatkan kita ceria dan senyum sorang-sorang. Apa-apapun aku ucapkan syabas dan tahnia atas kalian semua. Kalian telah memberi maklumat dan info yang melengkapkan hidupku.
Sehubungan itu, aku menasihati penulis blog, sama-sama kita menulis dan memberi bauh fikiran agar kita selalu diingati dan dihargai. Satu lagi, sebelum aku terlupa, sesiapa yang mampu dan berkeupayaan, jangan lupa mensedekahkan dan menginfaq harta kalian kepada Palestin, inilah tanggungjawab kita saudara Islam sesama Islam. Aku dengar 7 Febuari ne, akaun itu di tutup, sebelum di tutup, rajin-rajinkan tangan kalian untuk berinfaq.
Wassalam

2 ulasan:

rantong said...

Sekadar ingat-mengingati.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong

Ajeri said...

Blog kau sik update. Update kan nun!