Pages

Comel notebook ne..




Hari ini, setelah meneliti dan mengkaji selama sebulan dua, akhirnya aku telah jatuh cinta pada sebuah notebook…walaupun pelbagai pilihan yang ada, dan hati kekadang menyatakan sekejap nak yang nie, sekejap nak yang tu…pertimbangan demi pertimbangan yang dipertimbangkan, dan hampir-hampir juga aku membeli notebook itu dari seorang student dari Kedah yang hendak menjualnya dengan harga RM1200, namun pada petang itu, aku seusai kerja di opis, aku singgah di Wisma Saberkas, lagipun hari hujan jadi aku jalan-jalan la kat kedai pc di sana. Jalan-jalan dari atas ke bawah, notebook itu memang harga asal dia RM1669, 1 GB RAM…kat tingkat atas aku pergi..masih harga sama, aku pun jalan-jalan lagi…tingkat bawah aku tengok macam takde pun notebook tu, namun sales girl itu bertanya dengan pelat cina nya..”mauk cari brand apa”…aku pun menjawab brand tut..tut…lalu dia mengambil notebook itu, yang hairannya harga dia cuma RM 1499..wow..menarik harganye..dia cakap harga jatuh kerana lepas nie ada model lain yang akan keluar pulak…baguslah dah murah sikit…


Tanpa melengahkan masa, aku terus menunjukkan minat (benda baik dan ada depan mata- bukan sale girl tu tau..note book tu benda baik)…untuk pengetahuan semua..lama dah aku survey dalam internet notebook nie..memang harga dalam internet dan sebelum ne RM 1669…tak caya Tanya aku…Dipendekkan cerita…aku pun menelefon isteriku…bincang dengan isteri walaupun sebelum ne aku dah bagitau dia bahawa aku nak beli note book, isteriku ok je…cuma adalah aku nak bagitau dia supaya ada duit emergency kalau apa apa hal…yelah kami banyak gak nak pakai duit untuk flight dan modal kek lagi…
Setelah mencapai kata sepakat, aku mendepositkan wang pendahuluan, boleh ambik terus sebenarnya cuma kedai tu takde guna bankcard, jadi aku guna visa untuk wang pendahuluan..aku selalu jarang bawak duit banyak-banyak dalan beg duit..kad kan ada…aku juga upgrade ram note book ini kepada 2 GB…em..oklah…puas hati gak….tambah RAM harga naik lebih kurang 50 lebih…


Keesokkanya aku dengan semangat pagi menuju ke wisma saberkas untuk mengambil notebook itu dan menjelaskan baki pembelian. Dengan semangat berkobar-kobar aku ke sana..aku balik pun dengan semangat tak turun turun lagi..he…he…yang bestnye orang di dalam rumah ne tak tau lagi aku beli notebook baru…diam-diam dulu…dah lama-lama sikit baru bagitau…he..he…
Syukur AlhamduLillah..sekarang bolehla aku buat kerja-kerja peribadi, kerja-kerja bersangkutan dakwah, kerja-kerja yang setaraf dengannya dan tak lupa juga kerja-kerja bisnes ku…sama ada bisnes internet atau manual…em..semangat sikit..mudahan aku dapat menjadi kaya yang sabar, kaya yang syukur…dengan kekayaan itu aku dapat menunaikan kewajipan ku membantu mereka yang susah dan memerlukan….
Nak tengok note book tu…comel sangat…em…ne gambor dia…


10.09 pm , 9 Mei 2009
Jalan Astana, Kuching. Sarawak

3 ulasan:

Anonymous said...

alhamdulillah ko dah ada notebook... tapi lebih bagus agik mun kawu ncipta notebook... hahaha.. mun ko rasa ko terer lah..

kawansahabat90 said...

assalaamualaikum. boleh tolong check email ktk? kmk ada hantar email. melalui kawansahabat90@yahoo.com.my.
terima kasih. kmk hantar ke bahtiarmahidin@yahoo.com.

Ajeri said...

Notebook ko jaik! Hahahahaha, aku kat Mukah tok.