Pages

Mari Belajar Loghat Sarawak

Salam..

Hari ini aku ingin merasmikan dan menguar uar kan(ada ker bahasa nie)sesuatu yang tidak ada di dalam blog lain selain aku, yang tidak ada tercatat dalam blog lain selain blogku yang menarik...dan sesuatu yang menggegarkan...

Hari ini aku akan menambah satu lagi ruang di sisi blog ku..yakni ruang Mari Belajar Loghat Orang Kuching....

Setiap dua minggu ia akan memaparkan satu perkataan dengan contoh ayat yang mudah difahami dan contoh ayat itu akan dibuat dalam bahasa dan loghat orang kuching, sarawak.

Kenapa saya cakap loghat kuching, kalau cakap loghat sarawak, loghat sarawak nie terlalu banyak..orang kuching sendiri belum tentu faham apa yang di cakapkan oleh orang yang berada di pedalaman.

Untuk pengajaran pertama dikhas kan di dalam post ini, selepas ini ia akan di letakkan di sisi blog.

Loghat Patah Perkataan Pertama:

1. KEDAK; KEDAKNYA.

MAKSUD: Kedak bermaksud macam, seperti.

Contoh ayat dalam loghat orang kuching:

Muka miak ya kedak Allahyarham michael jackson.

Contoh Ayat dalam bahasa biasa

Wajah budak tu macam Allahyarham michael jackson

Sekian saja untuk kali ini..berjumpa di lain hari, lain masa..lain tahun..

Wassalam..selamat mencuba adik adik...

2 ulasan:

AjeRi said...

Woi, ruangan bahasa Sarawak ya dah dipolah Aied la. Refer balit blog nya nun.

Raithab said...

ti ku pun..aku dah lamak niat nok molah...