Pages

Titian Hidup di Kota KL -Bahagian 3





Turun Interview, Jalan Jalan di downtown KL…10 Julai 2009 pukul 8.00 pagi

Sebelum aku jalan jalan, aku dah abis interview di KKR, lepas jumaat lah aku jalan jalan.(SMART TAK AKU, SIAP PAKAI BAJU COAT LAGI)

Aku keluar ke hotel tu, dan sekarang perut aku dah lapo..aku pun makan di Gerai Nasi Kandar Penang,,,sedap gak..nak tau berapa harga RM9.00…termasuk air limau…em..murah bagi orang KL….kan..kan….Setelah melantak..aku pun hendak ke masjid, dari jauh aku nampak sign Masjid Negara…jauh ker dekat ker itu aku tak tau..aku ikut je …aku tengok gak orang bawah sejadah , em..dalam hatiku..mesti diorang nak ke masjid ne…em…aku pun follow orang tu…jalan punye jalan..orang yang bawak sejadah tu dah hilang ntah ke mana…aku yakin lagi jalan yang lurus selalunya betul..aku pun luruskan jalan..bukan aku terus berjalan lurus…setelah 13 minit jalan lurus, aku jumpa lagi orang bawak sejadah sangkut ke bahu, em..memang sah jalan aku betul..sekitar ne..namun orang tu menyonsang arus..ait takkan aku kena berpatah balik kot…aku dah pun patah balik follow orang tu…dalam sekelip mata aku jumpa 3 orang sekawan pun bawak sejadah…macam feksyen la plak…3 orang tu pergi ke arah lurus bukan menyonsang..oleh kerana aku selalu mendegar berpisah itu azab, berjemaah itu rahmat, aku ikut yang 3 orang..aku patah balik aku follow 3 orang sekawan tadi…em..jalan punye jalan..3 sekawan ne berhenti..di kedai..aku pun tengok ramai yang berhenti sambil sejadah di bahu..

Sah diorang ne niat nak solat kat jalanraya dan kaki lima je…aku jalan ke depan, nampaklah masjid , aku pun mempersiapkan diri untuk masuk. Aku naik atas sekali dengan bawak beg traveller, dan selamba buat buat tau, dan dok di saf depan. EM…khutbah pun bermula dengan 3 bahasa menginggatkan untuk menutup alat telefon. 5 minit lepas tu, khutbah Jumaat bermula…mula mula aku tak kisah lagi…dia baca ayat Al Quran permulaan khutbah….dah dia masuk skit, rupanye dalam bahasa india…rupa rupanye aku solat di masjid India, yang aku faham dia sebut Allah je..yang lain aku tak berapa nak faham…memang tak faham pun. Setelah abis solat Jumaat, ada satu yang menarik perhatianku, orang-orang di dalam masjid tak balik pun lepas imam baca doa, lepas solat sunat tak balik gak…aih..ada makan free ker lepas ne…diorang dok je..dan ada yang berzikir…alim alim orang kat sini…mungkin ini faktor yang memberi keseimbangan antara orang yang berbuat maksiat di KL dan mereka yang beriman di KL. Makan Free…? Nak tau apa yang free…doa…em..doa free yang di baca imam tu, ne doa kedua, diorang semua tunggu doa kedua, bukan sikit yang menunggu, ramai, aku di tingkat 3, ramai lagi orang tak balik menunggu doa imam Jumaat tu…em..wali Allah ker imam ne sehinga orang sanggup tunggu untuk mengaminkan doanya.

Shah Alam-rumah kawan se-UTM ku-11 Julai 2009 pukul 5.00 petang
Aku ke Shah Alam (sebelum ke KL Sentral aku naik LRT -tu gambar kat atas)untuk bermalam di rumah kawan ku, cerita untuk sampai di shah alam, aku naik KTM. Tiket KTM RM2.50 je, murah la bagiku tapi tak bagi orang shah alam yang turun naik KL. Aku pun tunggu kat platform no 5. Kalau ke jalan melalui shah alam, kena tunggu jurucakap KTM sebut “transit menuju Port Klang akan sampai 5 minit lagi” kadang kadang dia sebut “transit…menuju Sentul”..em begitulah…bagi orang tak biasa, mana tau kan,,,tapi aku ada bawak map bersama ku..aku tengok la…oh…maknaya aku naik bila dia sebut port klang. Ramai naik transit Port Klang ne, sampai 2 trip KTM tu, baru aku boleh naik, tu pun berpadat-padat, berhimpit-himpit, dan yang paling lucah sikit(tak disengajakan) buah dada salah seorang yang berhimpit kat aku terkena badanku, bukan aku sengaja pun....aku pun berfikir, setiap hari orang selangor kawasan ini mengalami perkara yang sama, aku tak sempat nak ambik gambar dalam keadaan berhimpit-himpit tu, aku rasa orang yang dah ada pengalaman naik KTM berhimpit himpit mesti nanti takde masalah nak pergi Mekah, dah biasa dah berhimpit himpit.

Satu lagi, kalau nak tau 1 malaysia yang diwar warkan PM Najib, naiklah KTM, bermacam macam kaum ada dan dari warna hitam, sawo matang, hitam manis, sampai putih sepet dan istimewanya mereka ‘bersatu’ secara tak sengaja dan terpaksa… Rasa menyesal aku tak dapat ambik gambar walaupun niat dah ada.

2 ulasan:

Princess Azah said...

salam...g interview ye..good luck..

Raithab said...

terima kasih...