Pages

cerita di sebalik kek lapis dan isteriku

Assalamualaikum wbt,
Sebenarnya saya malu untuk menceritakan cerita ini, tika orang lain sibok mengerjakan ibadah sempena ramadhan, merebut ganjaran pahala , saya sibok dengan pengurusan tempahan kek lapis raya ini, dan mudah-mudahan apa yang saya buat merupakan ibadah kepada nya, walaupun tidak sama nilai pahala mereka yang membaca Al Quran ketika saya sibok membalut kek dan menulis nama dan alamat pada kotak kek lapis.
Sesuatu yang harus diketahui, kebiasaanya saya akan me'gepos' kek lapis yang ditempah pada hari Isnin sahaja, kalau terlajak pun, hari selasa. Hendak dijadikan kisah, saya dan isteri merangkap sahabat dan teman baikku akan pergi ke kedai kek lapis untuk mengambil kek yang ditempah. Untuk edisi raya ini, bukan sedikit kek yang hendak di ambil, sebab itu, pada isnin sebelum ini, berkotak kotak kek di hantar, dan minggu ini juga banyak sampai saya terpaksa pos pada hari selasa. Adapun pos pada hari selasa di sebabkan kedai kek masih belum menyiapkan tempahan saya, jadi saya kena menunggu esok (selasa) untuk packing kek tersebut.
Itu rutin harian pada isnin, namun tahukah anda apa yang berlaku pada hari sabtu dan ahad. Kadang-kadang saya cuba membahagikan masa antara 3 perkara ini, yang pertama masa untuk keperluan rohani saya, perjuangan saya...dan yang kedua masa untuk isteri saya dan yang ketiga masa untuk perniagaan ini (kek lapis serta saudagar on line blog). Ini saya tak tambah lagi masa untuk kawan kawan dan masa untuk saya beribadah...em..kadang kadang terharu juga...di manakah hilangnya masa saya. Pada ketika saya sibok mengurus hal hal kek lapis , ada deringan telefon kawan yang meminta serunding, pada ketika itu juga ada kawan yang meminta tolong booking tiket Air Asia, dan pada itu juga lah nak beli bekas untuk kek lapis.
Dijadikan cerita, saya juga terlibat dalam Program Remaja Raikan Ramadhan di Kuching, yang saya hadiri di dua tempat, satu di HIKMAH Kuching dan satu di Kampung Buntal, syukur saya dapat menghadirkan diri dan memberi komitemen pada program da'wah sebegitu. Saya juga sedang membuat blog untuk HIKMAH Petra Jaya cuma keterbatasan masa saya tidak mengizinkan saya untuk menyiarkan berita aktiviti prog 3 R (Remaja Raikan Ramdhan) di hikmahpj.blogspot.com..blog ne tak publish lagi.banyak kerja nak di buat...
Berbalik cerita saya pada hari sabtu dan ahad, saya dan isteri ke kedai kek untuk mengambil kek, sampai di sana, ada pelanggan dari KL yang mahukan kek lapis, sesuatu yang normal bagi penduduk semenanjung yang datang dan membawa balik kek lapis sarawak. Namun, sesuatu yang tak normal apabila pelanggan memaksa agar penjual kek memberi mereka harga murah dari sepatutnya dengan alasan mereka kenal dan kawan kepada pemilik kedai kek itu (yg ketika itu tidak ada di sana). Apa bila di telefon, pemilik kedai kek hanya memberi sedikit diskaun pada pelanggan yang konon konon kenal pada pemilik kedai kek itu. Dengan sedikit diskaun itu, pelanggan itu masih tidak berpuas hati, dan hendak harga yang lebih murah lagi...mendukacitakan mendapat pelanggan sebegini, malah dia mengeluarkan ayat ayat yang 'gah' dan dengan pakaian ala ala korporat, masih meminta diskaun yang melampau...kadang kadang saya hairan melihat telatah orang KL (sesetenga-sesetengahnya..maafkan saya)...mereka datang dengan pakaian 'smart' dan berkedudukan namun perangai mereka macam orang jalanan...patutkah mereka hendak mengambil tempahan orang lain yang jelas jelas sudah dinyatakan kek tersebut adalah kepunyaan orang lain, patutkah mereka menyatakan dengan angkuh bahawa pekerja kedai kek itu tidak melayani mereka dengan baik semata mata permintaan melampau mereka tidak dituruti...saya pelik dengan akhlak orang sebegini, mereka membeli tanpa diredhai oleh penjual..berkah kah perbuatan sebegini...
Saya berkata kepada penjaga kedai itu , jika ada lagi pembeli sebegini, suruh je diorang balik dan tak yah datang lagi, melayani mereka adalah sesuatu perbuatan yang membuang masa dan sia sia.
Tamat cerita itu...
Cerita seterusnya adalah cerita hari sabtu malam ahad, saya dan isteriku seperti biasa selepas tarawikh, menjamu selera makan kek cheese (isteri ku buat-ambil bahan bahan dari internet)..selepas menjamu, kami akan bekerja untuk membungkus kek kek dan melabel kek yang sudah berselerak di atas meja....seharian masa membuat kerja sampai lah hampr pukul 12 malam ...dan buat lagi sampai lah isteriku dah layu untuk bekerja...mata dan sembam...saya pun menyuruhnya naik ke atas ..dan tido...walaupun disuruh berkali kali, isteriku lebih rela duduk tidur dari meninggalkan saya membuat kerja sorang sorang...
Akhirnya kami habis dalam pukul 1 pagi lebih, dan saya masih menampal alamat ke setiap kotak dan akhirnya saya habis kerja pukul 2 pagi...ini cerita 7 hb september 2009....
Minggu ne, ahad, saya dan isteri sudah sedia untuk mengambil kek pada petang hari, ada kek yang dah siap ada yang belum, yang penting ambil je yang dah siap..dan pos mesti hari isnin pagi...mana mana yang sudah ada kek nya...
Sampai di rumah lewat senja, sejam lagi hendak berbuka, seusai solat asar...saya duduk dengan isteri saya sambil bersembang...terpacul di mulut isteriku bertanya soalan sambil senyum senyum..."abang, malam ne abis kul berapa?" Saya berasa lucu dengan soalan itu, sebelum ini, isteriku ada berkata, hari ne, kek lebih banyak dari minggu lepas, mestila lagi lewat tidurnye....he..he...boleh dia tanya pukul berapa tidur malam ne...memang..saya sedar betapa letihnya bekerja tanpa rehat, saya melihat sesuatu di dalam diri isteri saya...dan sering saya sebut, dia adalah kawan saya, di mana mana saya bawa dia untuk menemani saya sama ada ke kedai kek atau ke mana sahaja...
Malam itu berlaku perkara yang sama...pada tahap 12 malam, isteriku dah letih tapi masih menemaniku...bila ku suruh tidur, dia masih menidakkannya, katanya hendak menemaniku...
kadang kadang saya terkilan dengan pengorbanannya yang tinggi...sepertimana saya selalu sebut pada dia..biar kita sama sama susah dan sama sama senang...

2 ulasan:

Mr Smile said...

Salam,

kesian bos. Sik apa, pahala menjamu orang makan kek lapis insyaAllah dapat. Mun bisnes dah maju lebih gik dah boleh upah orang tukang bungkus. Sik payah susah-susah.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin.

Saudaramu..

Raithab said...

em...terima kasih...mudah-mudahan aku sudah menyempurnakan fardhu kifayah...memnyediakan makanan halal untuk muslimin dan muslimat...