Pages

Kisah Long Bedian dan Penyembah Tuhan

Pemandangan kota Miri, yang sebelah kiri tu, Boulevard dan bangunan yg satu lagi masih dalam pembinaan.


Lori pihak kontraktor yang membawa muatan kayu terperosok di dalam tanah. Mereka bermalam di dalam lori dan ditemani unggas hutan la jawabnya...


Lori sawit yang 'tumbang' ketika melalui jalan becak di Long Bedian. Crane diperlukan untuk mengangkat lori ke 'bentuk' yg asal.

Tapak projek yang akan dibangunkan Sekolah Menengah Long Bedian, yang pertama di Sarawak menggunakan kuasa solar sepenuhnya.



Luas berjalan, luas pemandangan, itu kata pujangga yang sering kita dengar. Sebenarnya bukan pemandangan sahaja yang luas jika kita berjalan jauh, banyak lagi yang luas dalam dimensi yang lain, seperti 'luas' badan dihinggapi letih, 'luas' duit dibelanjakan dan 'luas'nya pengalaman yang dimiliki.

Perjalanan ku ke Miri tidak lah seindah yang kujangka, walaupun sebelum ini aku pernah ke Miri, namun tidak pula aku sedar bahawa tempat yang ditujui, Long Bedian itu merupakan tempat perdalaman, yang jauh ke kesunyian hutan. Ketika aku sampai di Miri Airport, ada beberapa orang wakil dari konsultant dan Architect serta M & E datang juga dari Kuching, jadi kami tidak lah bersendirian ke Long Bedian, biasalah..apabila hal hal sebegini semuanya diuruskan oleh pihak kontraktor...dari pengangkutan sehinggalah makan..maklum lah kontraktor projek dengan nilai jutaan ringgit. Kami menaiki 3 buah Hilux terus ke sana rupa-rupanya, seanggapaku kami ke hotel; dulu untuk check in, tapi aku dimaklumkan, perjalanan ke Long Bedian memakan masa 6 jam perjalanan...wow..6 jam seperti kita naik bas dari Johor Ke kelantan....

Aku terkejut sedikit dengan berita itu, namun aku bukanlah anak manja yang tidak biasa merasai susah senang. Berita lain yang mengejutkan adalah..jalan ke sana bukanlah jalan biasa, ia adalah jalan balak...tapi bukan jalan balak seperti di negeri semenanjung, jalan ini berbukit bakau dan berlenggang lenggung, serta perjalanan ke sini menggunakan 3 pengangkutan, dari kapalterbang , naik Hilux dan menggunakan feri.

Hujan lebat menghiasi bumi Miri ketika kami sampai, dan sudah tentu kita dapat bayangkan jika hujan berterusan, jalan balak akan lebih teruk dari biasa dan amat berbahaya. Namun syukur alhamdulillah, kami selamat sampai setelah perjalanan selama 6 jam lebih dari jam 8.30 pagi bertolak dan sampai sekitar jam 2.30 petang (termasuk singgah makan)...sampai disana kami makan lagi padahal meeting sepatutnya bermula pukul 3.oo ptg, namun semuanya keletihan dan tidak banyak yang perlu dipersoalkan pada masa begini. Setelah makan, kami memulakan meeting, dan cuma mengambil masa tidak sampai sejam ...kami bersiap sedia untuk balik ke Miri...ini disebabkan jika bertolak lewat kami akan sampai malam di Miri, dan agar perjalanan ke dalam hutan tidak gelap, maka kami bertolak awal. Bukan tidak mahu tidur di sana, cuma kami mengerjar masa untuk balik keesokkannya.

Tidak abis lagi aku menceritakan betapa sakit pinggang dan tulang belulangku ketika ke sana, dan aku pasti mereka yang lain pun merasai begitu. Usahkan tidur, jalan yang tidak rata dan beralun alun seolah olah sedang menaiki kapal (lebih ok lagi naik kapal), alun alunan itu langsung tidak boleh membuatkan kami tidur di dalam kereta walaupun mata mengantuk.

Dengan jalan yang kecil, dan lori balak dan lori sawit beransur ansur, adalah berbahaya untuk pemandu dari lalai, dan hasilnya kesilapan yang sedikit boleh membawa padah, inilah yang berlaku kepada sebuah lori sawit yang 'tumbang' , sebuah lori yang membawa muatan kayu untuk projek kami tersangkut ketika cuba mengelak lori balak. Lori ke tapak juga kekadang terpaksa berhenti di dalam hutan kerana jalan terlalu becak dan tidak memungkinkan perjalanan. Aku terfikir, pemandu lori seperti ini, mesti sudah biasa tidur di dalam lori jika keadaan mendesak, di tengah hutan belantara, kiri kanan hutan dan depan belakang hutan, mujur tiada binatang buas...tapi siapa tau jika ada...lagipun mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan ini, tapi tidak bagiku.

Ketika aku sampai di Long Bedian, perkara pertama aku cari adalah tempat untuk aku solat, aku bertanya dengan seorang cikgu yang kebetulan mengikut kami bersama, jika ada surau di sini. Jawapannya tiada, dan aku sudah menjangka keadaan ini. Dengan penduduknya terdiri dari bangsa penan dan kayan, mereka adalah penganut Kristian, adapaun sekolah rendah Long Bedian, cuma ada 6 guru Semenanjung, dan dulu aku dengar ada seorang Guru Islam di sana tapi sudah di tukarkan ke bahagian lain. Kalau ada pun Penyembah Tuhan Sekalian Alam di kampung Long Bedian ini, ianya boleh dikira dengan jari, mungkin 5-10 orang sahaja...atau mungkinkan aku seorang sahaja yang pada masa itu sedang solat di bilik meeting tersebut!

Diceritakan oleh Guru Besar SRK Long Bedian, orang penan yang menghuni kampung ini adalah mereka yang tidak melihat ilmu itu sesuatu yang berguna, mereka(orang tua) lebih merasakan anak anak penan dan kayan cuma sebagai golongan yang mewarisi apa yang di buat dan dikerjakan oleh mereka, dan anak anak lagilah hanya sekadar ke sekolah melengkapkan jadual mereka. Dikhabarkan juga kaum penan dan kayan di sini dahulu kala memang tidak mahu bersekolah sehinggalah mubaligh kristian datang dan kita akan lihat di sini ada gereja yang menandakan mereka adalah penganut kristian (yang sebelum ini tiada agama)...bayangkan betapa jauh mubaligh ini pergi sampai ke Long Bedian, dan aku jadi malu sendiri, dan aku tidak pasti adakah Pendakwah kita pernah sampai di sini.

Dengan populasi yang tidak sampai 200 orang di kampung tersebut, kadang kadang aku terfikir, berbaloi kah sekolah yang menelan kos berpuluh juta dibina di sini? Kosnya mahal disebabkan perjalanan membawa bahan binaan adakalanya tidak dapat digerakkan melalui darat...dan menggunakan tongkang....aku rasa kos memindahkan mereka dari kampung ini lebih murah dari kos membina sekolah ini.

Sebelum sampai di Long Bedian, kita akan melalui Long Lama, dan kawasan ini dihuni oleh dayak, sepanjang perjalanan kita akan lihat rumah panjang (long house) dan kami juga melihat rumah panjang yang paling panjang...long long house...memang panjang...

Ketika dalam perjalanan balik ke Miri, kami sampai malam di kota Miri. Kami mungkinlah tidak seletih pemandu yang membawa kami, dan mereka adalah pemandu yang terbaik (belum tentu F1 driver dapat menandingi mereka)...melalui jalan bengkang bengkok, naik turun bukit, dengan tanah becak..ya merekalah johan buat masa ini.

Itulah kisah di Long Bedian, kemajuan yang dirasai oleh kita di Kuching tidak dirasai oleh mereka, malah di sana tiada line telefon, tidak ada guna ada hand set di sini. Air mereka cuma mengharapkan takungan air hujan (mungkin mereka tidak perlu bayar bil air) dan akhir sekali tiada cerita Penyembah Tuhan Yang Maha Esa di sana, jika anda ke sana sebagai orang Islam, laksanakanlah solat walaupun di sekeliling anda semuanya org kafir, walaupun mereka melihat 'keganjilan' anda menunaikan solat, sujudlah di bumi Long Bedian sebagai tanda mulianya Islam!

Beruntungnya kita memperolehi hidayah Islam, dan iman, jika dibandingkan dengan mereka di Long Bedian, mungkin mereka pernah mendengar Islam tapi tidak memahami addin ini. Maka , kembalilah kita, nafas kita hanya untuk Dia....

Miri Airport
3.15 PM, Thursday







5 ulasan:

aku mozu said...

Menarik kisah Long Bedian...
best! Byk pngajaran.

maeimai said...

Salam..saya salah seorang guru yg btugas di SK Long Bedian.. best juga baca coretan tentang Long Bedian.. Namun, begitulah hakikatnya..kami di sini hanya mengharapkan air hujan untuk minum, mandi dan makan...seperti sekarang..
kemarau..kami hanya mampu menunggu turunnya hujan..air yang ada perlu disimpan untuk makan & berwuduk

Raithab said...

em..tak sangka pulak ada mereka yg tersendiri dari Long Bedian yang komen..mengajar di SK Long Bedian ker?...saya selalu tunpang solat kat rumah cikgu kat sana utk solat jamak...

em...mudahan kesukaran itu mempunyai makna yang besar utk anak bangsa...

maeimai said...

saya dah hampir 2 tahun mengajar kat sini... sekarang ni kami dah berpindah ke rumah baru... bangunan baru pun hampir siap .. mungkin tahun depan kami akan berpindah ke bangunan yang baru pula.....

Anonymous said...

Sekrang long bedian dah maju line telefon sudah ada...