Pages

Sibu Oh Sibu...

Sibu oh Sibu…

Sibu salah satu bandar di Sarawak. Pelbagai kaum menduduki sibu dan majoriti mereka adalah bangsa cina.

Sebaik melangkah ke sibu kali pertama, tidaklah terasa sangat kecacatan bandar Sibu, melangkah kali kedua pun tidak terasa, namun bila melangkah kali ketiga di siang hari, Sibu seolah-olah bandar tanpa nafas, Sibu seolah-olah bandar yang kami diami pada tahun 1990 an di Kuching. Sibu mengambarkan terkebelakang tahun mundur ketika bandar-bandar lain naik membangun.

Sesampai di Lapangan terbang Sibu, perkara yang pertama di cari adalah tandas. Sampai di tandas, niat hendak membuang air terbantut melihat sistem yang digunakan di dalam tandas tersebut. Tiada air, tiada saluran paip, yang ada hanya tisu. Tidak jadi buang air. Terus ke kaunter teksi, jam menunjukkan pukul 7.10 minit pagi. Tambang teksi RM 35.00 ke Wisma Sanyan, mahal gak getus hatiku, em mungkin jauh bandar Sibu dari lapangan terbang. Telahan tu betul apabila teksi mengambil masa lebih kurang 40 minit lebih ke Wisma tersebut.

Teksi Sibu vs Teksi Miri

Ketika menuju ke Wisma Senayan, Teksi memecut laju dan dengan pantas memotong kenderaan lain, dengan jalan yang tidak berapa elok, keadaan itu membuatku kurang selesa. Namun, ketidakselesaan itu tidak mengheningkan pagi itu, kami berbual tentang perihal masing masing. Pemandu teksi itu yang berasal di Kuching sudah menetap 20 tahun di Sibu, dahulunya sebagai penghantar ‘ration’ ke Kem Tentera, dan sekarang sebagai pemandu teksi buat meneruskan kehidupan. Sepanjang cerita tercantum juga bab politik, terus terang bertanya tentang politik, sambil sambil dia menunjukkan rumah rumah Datuk datuk yang ada di Sibu. Memang rumah Datuk Datuk yang di kenali di sekitar Sibu besar dan luas, tapi bila difikirkan…Sibu tidak lah ‘besar’ dan ‘luas’ sedemikian rupa. Pemandu ini memang menyokong DAP, aku cuma mengiyakan, alasan nya, dia berpendapat di mana mana pemerintahan, wajar ada ‘lawan’ yakni pembangkang. Satu alasan yang biasa di dengar.

Perjalanan balik menuju ke lapangan terbang Sibu juga hampir sama, walaupun pemandunya seorang keturunan Melayu, dia juga memandu laju, memotong kenderaan seolah-olah ada perkara yang hendak di kejar. (aku pun tak faham) Adakah semua pemandu di Sibu sebegini?

Walaupun begitu, teksi teksi di Sibu mudah di dapati, di mana-mana kita akan terserempak dengan teksi. Tidak seperti di Miri, agak sukar mencari teksi. Lain cerita nya di Miri, teksi nya tidak selaju teksi Sibu, teksi Miri lebih rileks, jalan pun ok, dan lebih santai kecuali jika kita yang menyuruhnya laju sedikit (kerana hendak mengejar masa penerbangan). Memang berbeza, jika anda tak percaya, anda boleh cuba teksi di Miri dan di Sibu, memang ada bezanya !

Sibu bandar?

Bila melihat Sibu, lebih banyak perkara yang ‘negatif’ berbanding positif. Satu tadi kes tandas, bukan di lapangan terbang sahaja kemudahan air tiada, malah di Wisma Sanyan, bilik air juga langsung tidak mempunyai sesalur air. Guna tisu sahaja. Sepatutnya pihak pentadbiran tempatan lebih peka isu ini, ini bukan isu perkauman, ini isu hak asasi rakyat. Mungkin sesetengah golongan selesa menggunakan tandas tanpa air, tapi tidak bagi orang melayu. Selalunya orang melayu akan masuk tandas ini dan akan keluar terus dari tandas ini di sebabkan tiada sesalur paip air yang di sediakan. Amat mengecewakan. Hak asasi ini wajar di utarakan.

Sistem Perparitan

Sedih melihat bandar Sibu, tidak jauh dari bandar Sibu, di sepanjang perjalanan menuju ke lapangan terbang, kita lihat sistem perparitan tidak terurus, kadang-kadang air bertakung, kotor dan langsung tiada sistem perparitan. Sungguh memalukan. Sebab itu penulis menyatakan ketika melalui jalan yang di kiri kanannya rumah datuk yang besar dan luas, bandar Sibu tidak lah ‘luas’ dan ‘besar’ dengan insfrastruktur asas sesebuah bandar. Kadang-kadang kita geli melihat sampah di dalam longkang, tayar kereta, botol mineral dll nya berserabut dalam longkang tanpa pembersihan. Secara kesimpulannya, Sibu memang tidak bersih.

Jalan

Jalan raya di Sibu pun tidak berapa bagus, yang bagus dan di dalam pembinaan hanyalah di sekitar kawasan kawasan perumahan yang di duduki oleh orang kaya sahaja, selebihnya jalan beralun-alun sepanjang perjalanan, ada kalanya baik dan adakalanya berlopak-lopak.

Tidak tahulah apa yang menarik di Sibu, mungkin projek projek yang membuatkan Sibu ‘di lawati’. Tanpa projek, Sibu ibarat bandar tanpa nafas ! lihat saja Lapangan Terbang Sibu…anda akan ketemu jawapannya…(benarlah di tangapi orang- Sibu tidak ada apa-apa)

Begitulah Sibu, bukan hendak memburukkan Sibu, tapi inilah pandangan dari mata pihak luar. Sibu oh Sibu….

P/s: tulisan ini semata-mata pendapat peribadi penulis.

9 Disember 2010

Sibu Airport

4 ulasan:

zmah said...

Semua tandasnya guna tisulah...??Susah juga bagi muslim...

Anonymous said...

beritahu juga yang baiklah

Anonymous said...

Zmah... x susah pun jadi muslim. Istinjak la guna tisu. Islam itu mudah. Wallahu a'lam

Anonymous said...

Wisma Sanyan hanya tingkat 5 disediakan sesalur air. Itulah,.. malu bertanya sesat jalan. One more thing, kenapa pergi Sibu hanya kerana nak pergi Wisma Sanyan? Kenapa tak pergi je ke Bukit Aup, Lakeside Permai, dan home stay di kanowit ke?
Rasanya, cik puan perlu tahu jugak kalau cik puan berjaya bawa kereta di Sibu..nak pergi mana2 pun tak susah nak driving.. Bak kata kawan2 dari semenanjung, kalau boleh bawa kereta di sibu,..pergi mana2 pun tak takut nak driving.. Kalau Sibu teruk sangat, kenapa almost every month ada je aktiviti sepanjang tahu erk?? Takkanlah dia orang nak buat base jumpt di sibu kan??? Apapun..makanan di SIBU adalah termurah dari SEMUA DAERAH OR NEGERI.. Rugi kalau ada tak merasa tinggal di Sibu.