Pages

HALAL JAKIM VS KEYAKINAN MANUSIA

Salam

Macam biasa…dah lama tak menulis, kini menulis…macam biasa..kan manusia itu suka kan kebiasaan…sebab itu ramai yang nak jadi ‘biasa-biasa’ je….tak betul apa aku cakap?

HALAL JAKIM VS HALAL KEYAKINAN

Isu halal tak sudah-sudah berlegar-legar di sekeliling kita. JAKIM selaku badan yang mengeluarkan SIJIL HALAL rupanya masih di ragui. Bukan SIJIL HALAL JAKIM yang di ragui tetapi hati manusia yang meragui HALAL JAKIM tersebut. Jom kita lihat contoh:

KES A

seorang pemuda A melihat logo HALAL JAKIM pada seorang penjual ayam berbangsa cina. Logo HALAL itu berwarna hijau dan besar serta jelas. HALAL JAKIM. Namun begitu, adakah anda rasa pemuda A itu akan membeli ayam dari kedai tersebut?

KES B

Seorang pemuda berbangsa Melayu dan beragama ISLAM (ada gak bangsa melayu tapi tak ISLAM- salah ker aku cakap?)…pergi ke kedai ANIC (terbalikkan) yang menjual ayam, yang menjual nya adalah mereka yang beragama ISLAM( namun kedainya kepunyaan bukan ISLAM) di tampal di keliling kedai logo HALAL JAKIM, memang sah dari JAKIM, bukan tipu punya aaa…em…adakah pembeli tadi akan membeli ayam tersebut?

KES C

Di suatu kedai lain,kedai runcit kepunyaan ORG ISLAM, penjualnya berkopiah, dengan nama kedai GLOBAL IKHWAN (jika anda di Batu Kawa, anda mesti familiar dgn nama ne). Seorang perempuan ingin membeli ayam, tanpa melihat apa apa logo HALAL JAKIM, dia terus masuk ke kedai tersebut, dan terus menyuruh empunya kedai itu memotong ayam tersebut. Mungkin ada tertera logo HALAL JAKIM di situ, tapi si perempuan tadi nampaknya tak berapa indah dengan logo tersebut. Kenapa perempuan ini berani membeli ayam tadi sedangkan 2 org pemuda dalam kes A dan B tidak berani (was-was) utk membeli ayam yang diingini.

Jelas kan kawan kawan, LOGO HALAL JAKIM dengan keyakinan manusia, mana satu yang dikuti.

YANG PERNAH DI DENGAR DI RADIO IKIM (ISU HALAL)

Em….pernah terdengar, suatu perbicaraan ttg isu HALAL..di katakan kita tak boleh harapkan perniaga bukan ISLAM utk membekalkan makanan untuk kita… kerana walaupun perniaga bukan ISLAM memohon untuk sijil HALAL, dan dapat SIJIL HALAL, kita tetap akan bertanya dan rasa was-was…memang benar apa yang di usulkan….Mungkin semasa penyemakan untuk kelulusan sijil HALAL, mereka akan mengikuti spesifikasi yang digariskan JAKIM…

Kesimpulan

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
(Diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim)

Begitulah…halal itu bukan pada HALAL JAKIM..tapi ia ada di dalam hati kalian…

Cadangan

Suka di cadangkan, tidak salah rasanya pihak JAKIM mewujudkan anak buah syarikat nya untuk mengawal selia penyembelihan ayam, maknanya, penjual akan mengambil bekalan ayam dari Pusat Penyembelihan JAKIM, mungkin seluruh negeri dan daerah ada satu tempat penyembelihan sama ada di kawal selia oleh JAKIM atau JAKIM sendiri yang melakukannya…namun jauhkan perkara ini daripada politik…selalu bila bab bab duit masuk..org politik pun sibok nak melobi….Jika kita benar benar nak pastikan HALAL JAKIM itu ada di hati UMAT ISLAM…tanya lah diri anda sendiri..adakah HALAL JAKIM itu ada pada hati kalian?

2 ulasan:

Sarah Zainuddin said...

Salam ukhuwah.hye, nice blog..entries suma bagus2..mntak izin nak link kan ur blog in my page?i dah add u.utk santpn rohani sendiri insyaAllah.may i?

AjeRi said...

bisnes manok sembelih jak kau.sik kau bisin2 agik lam blog tok...