Pages

Kerajaan Semut Part II

DEMONTRASI OLEH SEMUT JALANAN

Sambungan dari PART I

Suatu ketika, pernah sekumpulan kaum yang merasai mereka tertindas membuat demontrasi jalanan. Mereka di ketuai oleh Pesut, Pesut merupakan peniaga yang bekerja sendiri, dan juga merupakan ketua pembangkang di dalam Kerajaan ini. Pesut pernah melontarkan ungkapan tertentu bagi menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan ini. Antara ungkapan yang popular adalah ‘kuasa rakyat’, ‘rakyat tidak bodoh’, ‘kita lawan’ . Ramai juga yang bersetuju dengan si Pesut ini, mereka meletakkan harapan tinggi buat Pesut. Pesut lah yang bersungguh-sungguh untuk menukar kerajaan ini yang di anggap tidak telus, rasuah berlaku di antara pegawai peringkat tertinggi dan berlaku penindasan terhadap rakyat bawahan.




Walaupun begitu, demontrasi yang dibuat oleh Pesut ini mendapat tentangan hebat oleh Perdana Menteri Kerajaan. Mereka pernah di sembur air, pernah di sembur pemedih mata, pernah di tendang dan di tumbuk, itulah yang berlaku terhadap mereka yang membuat demontrasi. Pihak kerajaan menyatakan mereka membuat kacau bilau dan menghuru-harakan negara, lagipun perhimpunan memerlukan permit. Walaupun kuatnya tekanan yang diberikan oleh Kerajaan, mereka masih lagi bersama Pesut, pemimpin mereka. Ya, pemimpin yang mereka sayangi.

Demot masih mundar-mandir memerhatikan rakyat bawahan bekerja, sesekali perasaannya terharu melihat perit jerih mereka, namun dia juga pernah merasai perkara yang sama. “Bukankah ini adil namanya” getus hatinya. Jauh dari sudut hatinya, dia merasai ‘ketidak adilan’ yang berlaku, kalau tidak kerana dia mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan pihak atasan Kerajaan, nescaya dia masih menjadi rakyat biasa. “ah….ini takdir yang ALLAH tetapkan…tiada kena mengena dengan pihak atasan”…perasaan Demot bercampur-baur. Pernah terjadi, seorang pegawai di lucutkan jawatan semata-mata kerana dia memberi undi kepada pihak pembangkang. Demot bersimpati dengan pegawai tersebut, namun untuk melawan, siapalah Demot untuk melawan Perdana Menteri. Demot sedar, yang salah tetap salah, itu konsep mudah, sungguhpun begitu, tidak semua yang salah wajar di dedahkan, biar ia di sembunyikan, malah kalau betul pun, biar ia di nafikan…Demot ada keluarga yang hendak di sara kan…Demot bukannya pengecut, kepentingan keluarga harus di utamakan. Demot antara saksi pertuduhan rasuah seorang menteri, namun Demot terpaksa ‘menipu’ demi kelansungan hidupnya. Memang Demot tidak mempunyai ketegasan, rasa tauhid Demot masih kurang bahawa ALLAH yang memberi rezeki bukannya manusia. Demot yakin, ramai menteri-menteri yang seangkatan dengannya begitu juga. Tidak berani bersuara.

Lepot melihat Demut dai kejauhan…Lepot seolah-olah faham akan apa yang di fikirkan oleh Demot. Dia juga tahu, kerajaan ini sudah lari terpesong dari matlamat asal penubuhannya. Lepot yakin, hasil yang dijumpainya tadi akan ‘hilang’ bersama pihak atasan, mereka akan membolot semua sisa sumber tersebut. Makanan itu akan di jual, dan hasilnya akan di bahagikan sama dengan mereka. Rakyat dan pegawai bawahan seperti mereka Cuma akan mendapat gaji seperti biasa. Apalagi mengharapkan bonus. Jauh panggang dari api. “lihatlah sekarang, semua barang keperluan akan naik, bahan utama gula lah yang menyebabkan semua ini, dan ia akan terus naik walaupun sumber kekayaan sudah di jumpai di tanah sendiri” begitu getus hati Lepot. Seperti Demot, Lepot tidak menyatakan suara hatinya secara terbuka. Dia juga menjaga survival kehidupannya. Lepot mempunyai 2 orang isteri, dan 7 orang anak. Keluarga perlu di dahulukan.


bersambung....

2 ulasan:

naimisa said...

kesimpulannya, Demot si semut yang ada kesedaran untuk membetulkan yang tidak kena tetapi dia perlu jaga periuk nasi dia juga. Kalau dia tunjuk berani, dia tidak yakin pihak pembangkang akan simpati padanya, misalnya memberinya kerja yang sama dapat menjamin hidupnya sekeluarga.

Raithab said...

em..ada benarnya..namun cerita masih panjang...(itulah sebahagian realiti hidup)...thanks kerana komen saudara...